Sunday, January 15, 2012

15 Januari 2012

Bismillah dan As-salam...

Hm... baru ju bangun tido sejam lalu sebab orang baru yang nak masuk rumah datang...
tapi memang camnila selalu pun kalau kerja malam...
Selalu balik kerja malam, lepas mandi, basuh baju, online sat,
then around pukul 8.30 am aku mula tidur... nak jaga pula pukul 1 tengahari...
mungkin jam biological aku dah terbiasa macam tu,
tak kunci alarm pon dah terjaga...
dan selalu kalau petang nak rehat2, dalam pukul 4 camtu tidur dalam sejam untuk ambil mood kerja malam yang xle nak lena... huhu....

Alhamdulillah... orang rumah baru nampak Ok...
hope boleh ngamla... Amin...

Tah terpanggil nak ceta...
benda biasa je...
Aku dulu mengaji UITM diploma in science kat Arau perlis,
Year 2, dapat tawaran misi,
abah dengan kuasa 'veto' nya, suruh aku berhenti sebab nak anak dia jadi misi...
mungkin abah nak anak dia salah sorang tahu menjaga orang tua bila sakit kelak...
walaupun sebenarnya aku teringin sangat nak jadi cikgu...
mungkin dikatakan rezeki, dah 4 tahun aku berkhidmat dalam kerjaya ini...

Seryes, sampai sekarang aku masih kurang berminat dengan kerjaya ni,
apatah lagi bila menjadi orang tengah antara Dr,  pesakit, keluarga, pharmacy etc...
layan kerenah orang bukan senang...
namun aku bersyukur aku masih dapat lakukan tugas kerjaya aku dalam keadaan yang termampu bila memikirkan inilah rezeki aku,
dan dengan duit inilah akan aku guna sebagai sumber rezeki yang halal buat aku...
mudah2an Allah mengurniakan keihkhlasan buatku sepanjang berkhidmat ini... Amin... :)

Bercakap pasal kerja jugala,
nak cakap juga pasal seorang pesakit ni...
adik lelaki yang berusia 21 tahun dan meninggal dunia semalam,
anak ke 3 dalam keluarga, sebelum ini, 2 orang abangnya telah meninggal dunia juga kerana penyakit yang sama dengannya iaitu kanser Hati...
perkara yang aku suka berkaitan dengan adik ini kerana,
keluarga beliau amat tabah...
mungkin kerana sudah banyak dugaan yang telah mereka hadapi...
dan aku amat tertarik bila menguruskan jenazahnya yang amat senang dan dengan jelas senantiasa berada dalam keadaan tersenyum...
kuasa Allah bukan...
mungkin ada kebaikkan yang beliau lakukan dan Allah sentiasa bersamanya...
 mudah2an Allah menempatakn beliau bersama dengan Orang2 yang beriman... 
Amin... :)

Btw, malam ni kerja lagi...
dan esok terus balik Kg...

Mood : Sedang mengupdate blog sambil mendengar Radio Fly FM online...

P/s : bila terfikir balik mungkin menjadi guru bukan rezekiku kerana aku amat lemah berbahasa... apatah lagi nak berkata2... 
kalau tidak, teruk anak orang lain...
huhu 


Ya-Allah, jika diizinkan olehMu, kelak
kurniakanlah aku zuriat agar aku dapat menjadi guru kepada mereka dan mendidik mereka dengan cara yang termampu olehku... Amin... :)
Sekian , Wassalam...

No comments:

Post a Comment