Thursday, December 30, 2010

A brand new year - anonymous

A brand new year 2011 is here,
Open your heart and be of good cheer.
A year full of promise and good things to come.
In your list of resolutions, let good deeds be one.
Help one another and give of your love,
for that will be pleasing... :)

Tuesday, December 28, 2010

Kena Tag! and im answering...:)

Bismillah dan salam...
Kena tag la pulak... okla... ni la jawapannya... :)

1. Adakah Anda Rasa Anda Hot?!
... hish... ada ka soklan macam ni?


2. Update waLLpaper yang digunakan sekarang?!
hm... pic twins ni... hihi... cute betul!... sori na kaklang... anakmu memang mencairkan jantung hatiku...






3. CeRita Pasal Gambar Nie?!
gambar Twins kak lang yang diambil seminggu sblm balik dr Aussie... budak2 ni membesar kat sana... aku kagum betul dengan ibu diorang... dapat membesarkan Twins ni sambil belajar... sungguh mengkagumkan!

4. kaLi Terakhir MaKan PizZa?!
bulan 10-2010.. masa tu aku bawa adik aku kuar beli barang sekolah dia... then blanje la makan menda ni...



5. Lagu Terakhir aKu Dengar?!
hm... maher zain - for the rest of my life... aku sedang dengar sekarang!

6. aPa Yang anda Buat selain selesaikan Tag Ni?!
hm... harini aku cuti... pagi tadi pi pasar beli barang2 nak masak...
pastu tgari tetiba letrik takda... cess!... aku dah selesaikannnya dengan owner rumah... ade problem kat main letrik rumah katanya...
then aku on9... main game farmville sat... etc...
kerja rumah semestinya!

7. Selain nama SendiRi, anda Dipanggil Dengan nama Apa?!
Abah panggil zalikha
ummi dan adik2 panggil along
dan kadang2 ummi panggil akak...
sepupu dan ibu saudara panggil Ta... hehe... base on mase kecil aku bila ditanya nama apa... aku yang baru pandai berkata2 menjawab jalita!... so lekatla nama tu sampai sekarang!
kawan2... ika...
yang baru kenal... slalu panggil siti... :)

8. Tag Lagi 5 Orang~
hish... nak tag sapa? aku bknnya ada ramai pembaca pon... berblog ni hanya utk luahan yang tak terucap!... huhu... im sorry!


    9. Siapa Orang Nombor 1 denGan Anda?!
    * kosong*

    10. kataKan Sesuatu Kepada Orang Nombor 5?!
    * kosong*

    11. No.3 ada Hubungan Dengan SiaPa?!
    * kosong*

    12. bagaImana Pula Dengan Orang No.2?!
    * kosong*

    13. Kata2 CinTa Pada Orang No. 4?!
    * kosong*

    14. BerikaN fakta Yang Anda Tahu Tentang Orang Yang anda Tag?!
    * kosong*

    hmm... angah sori na.. . ada jawapan yang tak terjawab...
    nak tag balik pon... nantila... :)

    sekian, wassalam...


    Saturday, December 25, 2010

    Tahniah Diyana...

    Bismillah dan salam...
    aha... nak bercerita ttg kawan baik yang melansungkan majlis pertunangannya hari ini...
    Congrats!
    kami kenal since darjah 6...
    then dia masuk sekolah menengah berasrama aku hanya bersekolah di sekolah
    berdekatan dengan rumah aje...
    mase tingkatan 4 dia kuar dari sekolah asrama masuk sekolah aku...
    so kami sekelas...
    terus berkawan sampai sekarang...
    dan skrg dia sedang bertungkus lumus utk final year Master Di USM...
    hmmm...

    btw dyn... Selamat Bertunang!
    gembira buat hang... :)


    walau bagaimana pun aku x dapat hadir... huhu...
    staff xcukup kat wad Nefro HKL ni...
    sorry yea!

    apapun hepy sgt2 utk minah ni!
    :D

    Sekian,
    wassalam...


    Saturday, December 18, 2010

    Natasha Bedingfield - "Single"

    Bismillah dan salam...
    Masa dok layan You tube tadi..., terjumpa lagu orang puteh ni...
    quite nice!
    Positive message for singles!!.. hehe... nice song anyway and nice lyric too!!




    Ah yeah that's right
    All you single people out there
    This is for you....Yeah

    I'm not waiting around for a man to save me
    ('Cos I'm happy where I am)
    Don't depend on a guy to validate me
    (No no)
    I don't need to be anyone's baby
    (Is that so hard to understand?)
    No I don't need another half to make me... whole

    Make your move if you want
    Doesn't mean I will or won't
    I'm free to make my mind up
    You either got it or you don't

    [Chorus:]
    This is my current single status
    My declaration of independence
    There's no way I'm trading places
    Right now a star's in the ascendant

    I'm single
    (Right now)
    That's how I wanna be
    I'm single
    (Right now)
    That's how I'm gonna be

    Ah yeah uh huh that's right

    Don't need to be on somebody's arm to look good
    (I like who I am)
    I'm not saying I don't wanna fall in love 'cos I would
    I'm not gonna get hooked up just 'cos you say I should
    (Can't romance on demand)
    I'm gonna wait so I'm sorry if you misunderstood

    [Repeat Chorus]

    This is my current single status
    My declaration of independence
    There's no way I'm trading places
    Right now a star's in the ascendant

    I'm single
    (Right now)
    That's how I wanna be
    I'm single
    (Right now)
    That's how I'm gonna be

    I'm single
    (Right now)
    That's how I wanna be
    I'm single

    Everything in it's right time everything in its right place
    I know I'll settle down one day
    But 'til then I like it this way... it's my way
    Yes I like it this way

    Make your move if you want doesn't mean I will or won't
    I'm free to make my mind up you either got it or you don't
    'Til then I'm single

    This is my current single status
    My declaration of independence
    There's no way I'm trading places
    Right now a star's in the ascendant

    This is my current single status
    My declaration of independence
    There's no way I'm trading places
    Right now a star's in the the ascendant

    I'm single
    (Right now)
    That's how I wanna be
    I'm single
    (Right now)
    That's how I'm gonna be
    (repeat)

    sekian ,
    Wassalam...

    Monday, December 13, 2010

    Jadual Gaji Tahun 2011

    Bismillah dan salam...
    hehe... ternampak jadual ni kat FB dayah...
    save la pic ni... maklumla... i kan keja ngan gomen...
    memandangkan tak sampai sebulan je nk masuk tahun baru...
    share la... senang nk plan sumtin nnt...:P



    Sekian ,
    Wassalam...

    Tuesday, December 7, 2010

    Udang Berempah...

    Bismillah dan salam...
    teringat aku masa mc haritu ummi suruh aku masak udang ni...
    aku nk share resepi dia coz memang simple...
    slalu kaum keluarga akan suruh kami masak menu ini sekiranya ada buat makan2 besar..
    dan kadang2.. kawan ummi suruh ummi masak menu ini untuk pengantin...

    bahan2 nya : 

    - udang besar digaulkan dgn garam dan kunyit seterusnya digoreng sampai keemasan.
    angkat udang tersebut dan ketepikan ( amaun udang ikutla...)



    - minyak masak 5 camca besar
    - bhn tumis ( daun kari, bawang merah potong halus, bwh putih dipotong halus, bunga lawang, kayu manis) sekiranya ada daun pandan... blh letakkan sedikit...
    -3 biji bawang besar ( dikisar)
    - 3 peket kecil rempah ikan... ( lagi banyak rempah diletakkan.. lagi sedap)
    - 2 biji bawang besar ( dimayang)
    - 1 biji cili besar ( dimayang)
    - garam dan gula.

    cara2nya :

    Panaskan minyak masak...
    masukkan bahan tumis hingga naik bau dan keperangan...
    masukkan bawang yang dikisar dan rempah...
    masak dalam api yang sederhana sehingga naik minyak...
    masukkan bawang yang dimayang...

    masukkan bahan perasa (garam dan gula)
    kemudian masukkan udang dan cili yang dimayang.

    siap!
    ( masakkan ini selalunya rasa sedikit manis)


    cubala... insyaAllah.. nk buat lagi... :)


    sekian'
    wassalam...

    SALAM MAAL HIJRAH 1432 ...

    Bismillah dan Salam...

    Salam Maal hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat...
    cepatkan masa berlalu...
    sedar tak sedar... umur aku pon meningkat satu angka jadi 27 tahun... 
    kalau ikut kalendar islam la... 
    sbb aku dilahirkan pada 5 Ramadhan 1405
    hm... dah berusia kan...
    Apapun...
    Azam tahun baru ni..
    SEMOGA AKU MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK
    DAPAT MENINGKATKAN AMALAN DAN
    SENTIASA DIREDHAI OLEH ALLAH...


    sekian, 
    wassalam....


    Monday, December 6, 2010

    Jodoh...

    Bismillah dan salam....

    Seperti biasa... mungkin disini tempat yang sesuai untukku meluahkan kata hati...
    Semalam aku ada sembang2 ngan kawan lama..
    yang sememangnya sudah berkahwin
    ... dan mempunyai zuriat... (tahniah!) :)
    kemudian dia bertanya kpd aku...
    "bila masa nak makan nasi minyak"
    jawapan yang biasa...
    " tak dapat hidayah lagi"
    kemudian dia menjawab
    " ika memilih sangat kot"
    kemudian aku menyambung...
    "belum masanya lagi kot"
    kemudia menulis...
    " jangan memilih sangat ika oi"
    YA-ALLAH...
    sedihnya....
    entahlah...
    terkesima aku...
    aku hanya terdiam...
    buat pertama kalinya aku tidak menjawab soalannya...
    terus aku tukar topik...
    :(
    agak pedih
    kawan yg aku agak baik slama ini
    mengeluarkan kata2
    susahkan...
    perempuan kalau tidak berkahwin seusia aku dikatakan memilih...
    seryes aku ckp...aku tak memilih...
    aku sedar siapa aku...
    tiada kelebihan...
    namun, aku tak pandai nak berkawan2...
    ummi pon ada tanya...
    tapi aku tak ada jawapan sebab aku tak berkawan...

    aku pernah hampir berkawan sekali..
    tapi perkenalan itu tidak kekal kerana dia tak dapat menerima aku seadanya...
    dan pernah diperkenalkan dengan seseorang oleh kawan ibuku...
    namun... dia berkawan dengan aku hanya kerana mahu lupakan kisah cinta lamanya...
    kemudian tidak sampai 3 bulan dalam sesi bekenalan,
    pasangan lamanya kembali menangih kasih yang terputus..
    si polan ini terus tidak mnghubungi aku...
    dan setelah itu... sedikit tertutup hatiku...
    aku tak salahkan sesiapa...
    mungkin lelaki2 tersebut bukannya jodoh yang terbaik buatku...
    begitu juga aku tidak baik buat mereka...
    dan sebenarnya aku lebih suka menyukai situasi bercinta selepas berkahwin...
    ia lebih baik kan???
    setiap masa aku berdoa agar dipertemukan jodoh... namun Allah belum kurniakan lagi...
    kerana mahu menguji aku...
    :)

    Bila Allah memakbulkan doamu,
    Mka Dia menyayangimu.
    Bila Dia lmbt mkbulkn doamu,
    Mka Dia ingin mengujimu.
    Bila Allah tidak makbulkan doamu,
    Mka Dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu.
    Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
    kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya :D



    Aku percaya...
    setiap ciptaan Allah itu ada pasangannya...


    Kalam Allah dalam Surah Ar-Rum : 21


    yang bermaksud; "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

    dan dalam Surah az-Zumar:6


    yang bermaksud, "Allah telah menciptakan kamu sekalian dari satu hakikat dan satu jenis yang sama, kemudian Dia membuat dari jenis itu pasangannya". (Surah az-Zumar:6)

    dalam surah yassin ayat 36


    Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
    ( Surah Yassin Ayat 36 )


    Sekiranya tiada jodoh buatku didunia ini... insyaAllah...
    mudah2an aku akan bertemu dengan si dia di akhirat kelak...
    Amin...:)

    sekian ,
    wassalam...

    Borang Transfer...

    Bismillah dan salam...


    semalam dah siap isi borang transfer..
    cuma tinggal nk submit je harini...
    aduhai...
    macam2 perasaan bersarang di kepala aku...
    risau pulak tempat kerja yg baru...
    dimana pulak?
    ok ke tidak?
    bagaimana pula keadaan persekitaran nanti...?
    entahla...
    yang penting hidup berdekatan dengan keluarga adalah yang terbaik...
    mudah2an...insyaAllah... :)

    Allah telah menentukan yg terbaik buatku...
    kerna disebalik kesusahan ada kesenangan...

    "surah Al-insyrah"

    فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

    [94: 5] Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan,

    إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

    [94: 6] Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan.

    sekiranya diluluskan mungkin bulan Mac atau Ogos aku akan berada di tempat baru...
    sekian,
    wassalam...

    Thursday, December 2, 2010

    Dihargai...

    Bismillah dan salam...
    Em.. hari ini baru 2 hari aku bekerja slps 2 bulan Mc.
    Dan sesungguhnya terasa dihargai kerana..
    ramai pesakit ( pt )mencari aku...
    Alo Mici... lama tak nampak... ingat u dah pindah.. ( tanya sorang ibu pt terhadap aku...)
    la... misi... pakcik dok cari2... baru hari ni nampak... ( tanya pakcik Manan pulak )
    dan ada pesakit yang memanggil aku dr jauh utk bertanya tentang diriku...
    hmm...
    agak tersentuh...
    bagi aku...
    Rasa dihargai bukannya perlu dibuktikan oleh sijil2 yang diiktiraf..
    juga bukan dari pujian yang melambung2...
    dan hadiah2 yang diberikan...
    cukuplah sekadar sapaan khabar...
    sesungguhnya aku terharu...


    sekian,
    wassalam...




    Sunday, November 28, 2010

    Ayam pedas kicap.

    Bismillah dan salam...
    Aku br je siap masak ayam ni..
    nama sebenarnya aku tak pasti..
    blajo pon hanya tgk sepupu aku masak masa pi rumah dia..
    lupa nk tanya resepi dia...
    so aku letak la ayam pedas kicap...
    tapi nk kata letak kicap banyak tak pon...
    tapi bolehla share resepi dia...


    Bahan2 :
    - ayam dipotong ikut saiz yg disukai, gaulkan dgn garam dan kunyit seterusnya digoreng sampai garing.
    angkat ayam tersebut dan ketepikan ( slalu buat setengah ekor ayam)


    -minyak masak 3 camca besar.
    - bhn tumis ( daun kari, bawang merah potong halus, bwh putih dipotong halus, bunga lawang, kayu manis)
    sekiranya ada daun pandan... blh letakkan sedikit...


    -cili kisar 7 camca besar ( blh letak lebih sekiranya mau pedas)
    - bawang besar sebiji dikisar
    - kicap 5 camca. ( slalu guna kicap manis kipas udang )
    -sos 3 camca ( slalu sos cili kimball)
    - garam


    cara masakkannya :
    masukkan minyak masak...kemudian masukkan bahan tumis... masak sampai naik bau...
    kemudan masukkan cili kisar.. kacau sampai kering..
    masukkan bawang besar yg dikisar, kicap dan sos...
    kacau dan perlahankan api sedikit...
    biar sampai pecah minyak..
    masukkan garam...sekiranya menggunakan kicap masin... tambah gula.. ikut citarasa masing2...

    masukkan ayam yang telah digoreng..
    siap!
    * Amaun bahan2 diatas blh diubah ikut selera masing2..

    so far resepi ni mmg biasa saja..
    tapi rasanya mmg berlainan dr masak kicap lain sbb ia ditumis dahulu dan diletakkan cili kisar..


    sekian,
    wassalam...


    Friday, November 26, 2010

    Kurik Kundi

    Bismillah dan salam...
    Tadi tertengok gambar dan video kenangan masa student2 dulu...
    teringat ttg group aku agak aktif tarian...
    hmm...
    kurik kundi dalam kenangan...

    Sekian,
    Wassalam

    Berubat Bell's Palsy

    Bismillah dan salam...
    Di kesempatan utk menghabiskan sisa MC aku...
    nk berkongsi pengalaman berubat penyakit Bell's palsy yg aku alami...
    sekiranya ada sesiapa yg senasib dgnku..
    ikhtiar la...
    mudah2an dgn izin Allah...
    ia sembuh spt sediakala...

    TREATMENT HOSPITAL
    slalunya hospital akan membekalkan ubatan
    - steriod. ( prednisolone)
    - dibekalkan blm tempoh tertentu bergantung kpd symptom pesakit
    ( berfungsi utk membantu saraf utk berada pada keadaan yg optimum)
    namun ubatan ini mempunyai fungsi yg banyak serta EFEK yg yang kurang enak iaitu
    peningkatan berat bdn...adusss!!!
    - vitamin ( utk muscle)
    metylcobalt dbekalkan slm 3 bulan..

    pihak hospital jg merujuk aku dgn terapi cara kerja
    ataupun physio..
    terapi yg diberikan ialah infrared treatment
    dan current shock
    ( utk ransang saraf dr scr luaran)
    aku jg diajar teknik senaman muka...
    mcm yg tlh aku mention sblm ini..

    emm...
    selain itu aku jg ada berubat KAEDAH TRADITIONAL...

    treatment yg aku ikuti ini sememangnya terkenal..
    tapi tak baik nk mention kat sini...
    dia ckp aku TERKENA!
    aduss!!!
    yg ni mmg x sedap den dengar...
    sesungguhnya lbh baik kita mengelak dr
    berfikir dan menuduh sesiapa..
    aku mmg tak ambil kisah...
    iktiar sajala...
    tapi Allah tak izin aku sembuh...

    Aku jg ada pergi berubat dgn bomoh di sbrg jaya..
    bomoh ni tak mention pon kononnya aku terkena..
    tapi dia kata ada benda ikut pulak...
    aku bertawakkal shj kerna niat nk berubat...
    NAMUN...aku agak kurang yakin dgn perubatannya
    kerna
    BACAAN AYAT AL-QURAN YANG TIDAK JELAS..
    hanya bila kalimah ALLAH disebutnya kedengaran...
    namun ayat lain mulutnya terkumit2 membaca..
    tidak berbunyi lansung...
    kemudian sewaktu membaca 'doa'
    tangannya berpusing2 ala2
    conduct er koir.. tapi tangannya menghala ke bumi...
    seryes...
    mmg aku TAK YAKIN!

    MENGURUT
    em...
    nk ceta bab mengurut ni..
    mak aku pon blh mengurut jgk...
    tapi aku tak tahan...
    sakit..
    so aku dbawa mengurut ke rumah makcik urut yg terletak di
    Sungai Acheh atas suggestion makchaq aku..
    ok la urutan makcik ni...
    namun... ia tak berkesan kpd aku...

    and the last one...
    Mak Da aku ada beritahu yg ada tempat mengurut yg agak femes di kulim..
    pakcik ni hanya berurut di kaki,
    tapi ramai pesakit lumpuh pergi dan lega...
    ( dgn izin Allah)
    so..
    aku pon pergila....

    ALHAMDULILLAH...
    pakcik ni... dia suruh panggil Tokwan
    nama Zakaria.
    dia urut kaki...
    mula2 sakit taktau nk ckp
    namun beransur kurang
    dan Alhamdulillah...
    dgn izin Allah...
    sehari demi sehari symptom sakitku berkurangan...
    tokwan jg menyuruh aku mambawa
    akar bayam, sarang burung, madu,
    habbatus sauda, dan macam2...
    ianya dibaca dgn AYAT AL-QURAN YG JELAS KU DENGAR..
    (antaranya surah AR-RAHMAN.. dsb)
    brg2 yg dibawa utk aku makan dlm tempoh tertentu,

    Alhamdulillah....

    sekian ,
    wassalam...