Friday, July 20, 2012

Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah...
Malam ni malam pertama untuk Umat Islam melakukan solat sunat Taraweh...
huhu... aku pula?
( malam terakhir bekerja Malam...)
Bekerja itu Wajib... bertaraweh itu sunat... ( untuk diriku )
Mudah2an Allah mengurniakan aku kelapangan waktu semasa bekerja untuk melakukan yang sunat... InsyaAllah. Ameen :)

Apapun bersyukur kepada Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi... Alhamdulillah... :)
Mudah2an kita memperolehi Ramadhan yang tersangat Indah, InsyaAllah...
Berdoa agar kita dikurniakan keseronokkan,
keindahan dan kenikmatan beribadat sebagaimana yang diberikan kepada hamba2Nya yang berIman. Ameen :)

Huhu... rindu dan tersangat rindu...
Ya-Allah, murahkanlah rezekiku dan terimalah aku di Tanah suciMu untuk beribadat lagi...

Insyaallah, mudah2an dapat melepaskan rindu...

 Rindu juga untuk menjadi makmum kepada IMAM- IMAM ini 
T.T
Syaikh Mahir bin Hamd al-Mu'aiqili

Oh ya... niat jangan lupa ye :)


Salam Ramadhan al-Mubarak semua :)

Sekian, Wassalam...

Tuesday, July 17, 2012

Sunyi...:(

Bismillah dan As-Salam...
SAYU
'
'
'
'
'
'
SEDIH
'
'
'
'
'
'
'
SUNYI...

Hm... inila yang selalu menghampiri aku...
mungkin keadaan ini menjadikan aku lebih dekat denganNya...
Mudah2an...

Ya-Allah...
Ampunilah dosa2ku...
Kejutkanlah aku yang sentiasa lalai,
Ingatkanlah daku yang selalu terlupa,
Sekiranya Sunyi, sayu dan sedih ini merupakan kifarah keatasku diatas BumiMu...
insyaAllah aku reda...
  Jadikanlah aku insan yang senantiasa bersyukur,
sabar dan reda dengan ketentuanMu...
Tetapkalah Imanku
Kurniakanlah aku CINTA yang senantiasa berkembang dariku buatMU...
Ameen 
T.T





Sekian, Wassalam...

Jadual Kerja 1 Julai - 28 Julai 2012

Bismillah dan As-salam...
Jadual Kerja tarikh yang dinyatakan...


1 Julai - Ptg
2 Julai - Ptg
3 Julai - Pg
4 Julai - Pg
5 Julai -  Malam
6 Julai -  Malam
7 Julai -  Malam
----------------------------------------------------------
8 Julai - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
9 Julai - Kelepasan Malam ( cuti kelepasan Malam )
10 Julai - Ptg
11 Julai - Pg
12 Julai - Pg
13 Julai -  HK ( cuti mingguan )
14 Julai - HK Owing (  1-7 April 2012 
----------------------------------------------------------
15 Julai - HK ( cuti mingguan )
16 Julai - HK Owing ( 13-19 May 2012 
17 Julai - HK Owing ( 3-9 Jun 2012 
18 Julai -  Malam
19 Julai -  Malam
20 Julai -  Malam
21 Julai - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
----------------------------------------------------------
22 Julai - Kelepasan Malam ( cuti kelepasan Malam )
23 Julai - Ptg
24 Julai - Ptg
25 Julai - Ptg
26 Julai - Ptg
27 Julai - Pg
28 Julai - HK ( cuti mingguan )


Cuti tahunan = 43 hari
cuti public holiday 2 hari  ( 7/7 12) ( 14/7/12)
HK owing 3 hari utk minggu (10-16 Jun )( 17- 23 Jun )( 1-7 Julai )
total semua... 48 hari... 


Bermula Julai 2012, night duty shift berubah dari 2 malam ke 3 malam...
Hm... tak ada kata selain...


Ya-Allah jadikanlah pekerjaan ini pekerjaan yang halal buatku...
sebagai punca yang baik membentuk darah dagingku
sebagai salah satu ibadah keranaMu.


Sedih juga...:( aku memang ada apply kalau boleh sepanjang bulan puasa,
selain kerja malam, aku nak kerja pagi, insyaAllah kalau boleh nak pi Solat Taraweh kat Masjid. Namun harus akur yang semua orang juga ada komitmen lain...
huhu... Redala Zalikha :)


Sekian, Wassalam...

Sunday, July 8, 2012

Nostalgia Kanak2... :)

Bismillah dan As-salam...
Ada masa ni sempat terjah blog orang lain...
dan ada terbaca post berkaitan dengan ni...
hihi... tersenyum seketika... :)

NOSTALGIA KANAK2... :p
      • Buka kipas meja, nak bercakap depan kipas semata2 mahu mendengar suara berubah 
      • Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita
      • Naik basikal, lepas tangan dari 'handle' nak rasa hebat 
      • Lukis burung  guna huruf V
      • Lukis matahari di penjuru atas kertas atau antara bukit.
      • tutup peti ais dengan perlahan nak tengok bila lampu dia padam 
      • Masa kecil. Fikir bentuk hati macam ni ----> 
Hihi... malu nak ngaku.
Tapi hampir semua ada pada saya... :P

Sekian, Wassalam...

Sunday, July 1, 2012

Bye2 June... 1/2 fasa 2012 telah berlalu pergi...-.-"

Bismillah dan As-salam...
Pejam mata, buka mata, then pejam pastu buka balik...
sedar tak sedar dah sampai 1/2 Fasa 2012...
CEPATNYAAAAA!!!
huhu...

Perasaan : Entahla... -.-"
Alhamdulillah :) bersyukur masih dipanjangkan usia...
mudah2an Allah berikan kudarat dan kesedaran agar dapat berubah menjadi insan lebih baik... InsyaAllah... Ameen :)
(Ya-Allah... bantulah hambaMu ini... huhu)

Btw... 
banyak benda yang aku lalui sepanjang bulan ni...
walaupun kerja memanjang...dan tak nafi letih...
namun mungkin cara ini menghalalkan rezeki aku... 
mudah2an diberi ilmu dan kesihatan fizikal dan mental yang baik untuk bekerja... insyaAllah :)

Btw pic ni diambil 17 june lepas...
SubhanAllah... Kelahiran seorang baby gurl dalam ICU kami.
ibunya mengalami komplikasi jantung. berkemungkinan pembedahan bakal dilakukan sekiranya keadaan tidak stabil...
Namun kuasa Allah melebih segalanya...
Alhamdulillah tepat jam 3.48 pm... bayi ini selamat dilahirkan secara normal dalam Icu kami...
sungguh teruja... seryes. air mata aku terkeluar bila melihat kelahiran ini...
walaupun sudah banyak kali mempunyai pengalaman yang sama...huhu...
Tenangnya ...
Selamat datang ke dunia yang sementara...
Mudah2an Allah memberkati hidupmu dan menjadikan engkau insan yang senantiasa disayangi olehNya... Ameen :)
( Oh ya...aku memang ada minta kebenaran ibu bayi ini untuk mengambil gambar anaknya )


Bersama Murnirah...
Kawan masa mengaji Misi dulu dekat kelantan masa tahun 2005-2007
Masa kat HKl dulu ada sekali dua jumpa Mun di Kg. baru sebab kami sama2 menyewa di Sana. 
Mun kerja di IJN.
Lepas Mun berkahwin, tak ada lansung kesempatan nak bertemu...
anak dia pun dah berusia 2 tahun.
Dan sekarang, dia menyambung post Basic di sini dan practikal di Ward aku...
tak sangka kan... berjodohan untuk berjumpa lagi dan bekerja bersama untuk seketika setelah habes jadi studen misi tahun 2007 dulu...
minggu ini minggu terakhir Mun di sini... 
dan minggu depan selepas exam dia akan balik KL bekerja kembali di IJN... :)
huhu... rindunya :(

Ni pic 20 June. majlis Tahlil Untuk Arwah Tok dan Wan...
serta kenduri untuk sambut Ramadhan...
Tak semua hadir :(


23 Hb june aku kerja Malam...
berkesempatan menghadiri Majlis Perkahwinan Umaira...
kawan sekolah menengah. Rasanya last Jumpa Mira kat Kl 2 tahun sudah kat Tasik Titiwangsa... Masa tu Joging petang Weekend rasanya. tapi xsempat nak tegur sebab nampak dari jauh...

Tahniah Mira... Semoga perkahwinan berbahagia hingga ke Jannah,
semoga menjadi isteri idaman suamimu...
cepat2 timang baby... saya nak anak sedara lagi :)

Dan ini... Marissa Mahathir
alahai... bila minta dia senyum nak tangkap gambar, cenggini caranya dia senyum...
ni bukan senyum anak. ni nak menggoda ni :P
hihi... dulu masa ibunya berpantang, aku pernah buat entri masa melawat dia...
klik sini...
huhu... x sukanya sebut... cepatnya masa berlalu -.-"
Dah besar budak ni...
Alhamdulillah... cergas budaknya :)
Walalupun berusia 2 tahun, Imah cakap kalau di rumah asik nak pegang pensil dan buku abjad berwarna... dan masa pergi kenduri ni pun Imah ada bawa buku abjad bewarna untuk diamkan si Marissa yang aktif ke sana sini...
perkembangan yang baik bukan... Keep it Up Anak!!!... :)


Yang Ni Marissa dengan Ummi...
muka Marissa macam abi Marissa... :)

 Yang ni Marissa dengan Kakak... LOL!!!
last jumpa dengan akak ikha masa Marissa kecildan ummi tengah berpantang dulu... :P
hihi... Btw dengan Acik La... ( Dah sedar Diri... )
aduhai anak... Kamu sungguh CUMIL!!! :)
Semoga Marissa menjadi anak yang solehah, Berjaya di Dunia dan di akhirat Ye sayang...
Ameen :)


Btw...
Dah Masuk Bulan Sya'aban...
berbaki 19 Hari masuk Ramadhan... InsyaAllah... :)
Selamat berpuasa sunat bulan Syaaban semua... :)


Sekian, Wassalam...