Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Perjalanan dalam kehidupan... :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum... :)

Hidup adalah satu perjalanan...
yang kita rasa ia mungkin panjang...
namun lamakah sekiranya di hitung?



 " Dia (Allah) berfirman, "Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?"


 Mereka menjawab, "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, 
maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung." 


Dia (Allah) berfirman, "Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, 
jika kamu benar-benar mengetahui."

Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) 
dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"
( Al- Mu'minun 23 : 112-115 )


Kadang2 mata tak nampak untuk mencari arah tuju...
hanya petunjuk dan harapan dari Sang pencipta untuk memilih,
selebihnya kepada Dia lah kita perlu bertawakkal...
kerana dari Dia kita datang dan kepada Dialah kita akan kembali...
Ya-Allah, Aku memohon hidayahMu...
Ameen ( T.T )







Hm... entri ni sebenarnya aku tulis bila hendak mendelete gambar2 lama
 yang penuh di dalam handphone ku... gambar yang aku tangkap januari yang lalu...,
terdetik ketika memandu secara berganti dengan Angah sewaktu dalam perjalanan 
dari KL ke kuantan, untuk ambil adik ke 3 dan barang2nya,
kerana bercuti semester hampir 2 bulan :)

Perjalanan yang menginsafkan, 
terdetik di dalam hati tentang erti kehidupan,
perjalanan yang telah dipilih,
yang sedang di pilih,
Dan bakal di pilih...
bagaimanakah sekiranya yang dipilih itu terdapat rintangan di tengah2nya...
liku2 yang ada,
mampukah insan yang kerdil ini menempuhnya?
dan yang paling penting,
Adakah ia berada dalam rahmat dan reda Allah?
Ya-Allah, aku memohon petunjuk...

( Terima Kasih cik google atas gambar ini... :) )


Hm...
Dan teringat bait2 puisi yang dilagukan ini...
Erti sebuah kehidupan bagi yang menghargai...:)


Ya-Allah, jadikanlah aku insan yang senantisa menghargai 
kehidupan yang engkau berikan buatku...
sesungguhnya NikmatMu itu tidak terhitung banyaknya untuk ku...
Jadikanlah aku insan yang senantiasa bersyukur... 
Ameen, Ameen, Ameen :)


“ Dan di antara mereka ada orang yang mendoa :
Wahai Rabb kami, berikanlah kami kebaikan di dunia, 
kebaikan di akhirat dan jagalah kami dari azab neraka.” 
( Al-Baqarah 2 : 201)



Doa Istiqarah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW 


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


Beristiqarah memohon petunjuk dari Allah atas perkara yang bakal dilakukan...
berkaitan dengan kehidupan...
dan memohon petunjuk agar Allah mengerakkan hati untuk memilih jalan kehidupan
yang boleh mendekatkan kita kepadaNya...
insyaAllah kata tidak akan pernah menyesal...
kerana Dia sebaik-baik pemberi petunjuk...
 :)
Dan apa jua jawapan daripadaNya,
InsyaAllah, kita akan reda kerana sebaik2 reda adalah Reda dari yang Esa...

Terasa bererti dan mahalnya hidup bertuhan...
denganNya, ada tempat memohon petunjuk, 
pengharapan dan pergantungan...
Alhamdulillah...aku bersyukur... :)


 ( Terima kasih kepada ibu google...
senyumannya sungguh menawan kan?


Sekian,Wassalamualaikum...

Sunday, September 1, 2013

Cinta Kerana Allah :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum... :)


Benar...
Cinta yang terindah ialah cinta yang dapat mengabadikan diri kita kepada 
Allah Subhanahu wa ta'alaitu...
cinta yang menjadikan kita dekat...
Ya dekat dengan sang Pencipta...
Cinta yang membuatkan apa2 saja jalan dan pilihan yang kita buat 
hanya menggapai Reda  Yang Esa...
sungguh bacaan dari blog ini banyak menghuraikannya...
klik sini...

Teringat penulisan Ustaz Hasrizal yang sangat ku suka dalam buku Aku Terima Nikahnya...

" Terimalah seseorang seadanya...
kebaikkan disyukuri, kekurangan itu diredai..."

InsyaAllah... ia salah satu titik tolak yang boleh membuatkan 
kita dekat dengan Tuhan yang Maha Pencipta...

Teringat bait2 indah karangan 
Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi dalam 
Ya- Cintailah manusia itu kerana agamanya...
insyaAllah, kita sama sekali tidak akan kecewa...
sungguh buku ini memberi inspirasi dan ilham...

InsyaAllah,
berniat di hati akan membeli buku ini,
selepas habis buku2 yang aku baru beli habis dibaca...

  


"Ya Allah, berikanlah cintaMu kepadaku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu."

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 
"Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, 
puasa bulan Ramadan,
 menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, 
maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)




Sekian, Wassalamualaikum...

Thursday, May 16, 2013

Malaysiaku.... :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah...
Diatas kehidupan yang diberikan hingga saat ini,
syukur dengan nikmat2Mu kurniaanMu Ya-Allah... :)

Kehidupan di Dunia hanya sementara,
Saya senantiasa berdoa kepada Allah agar saya tidak terlalu taksub dengan keindahannya...
dan Mudah2an Allah kurniakan saya rasa cinta yang amat mendalam pada hari Akhirat...
Ameen, Ameen Ya-RabbalAlamin...
:(




"Politik"
Seryes, dulu aku sangat malas berkata2 isu ini...
Isu yang aku lansung tak suka sebab di dalamnya banyak mengaibkan satu sama lain...
( mungkin kerana pendedahan yang sebegitu aku terima dari kecil lagi...
kerana itulah pendedahan yang diberikan kepada rakyat Negaraku...)
Namun, bila usia semakin meningkat...
baru aku sedar, bahawa politik itu sememangnya penting...
Politik berperanan pada seseorang individu bermula dari institusi kekeluargaan 
iaitu peranan  sebagai seorang anak, isteri atau suami,
ke peringkat kejiranan, bersama dengan rakan sekerja
 hingga yang paling tertinggi pada peringkat pemimpin sesebuah negara...
( betulkan saya sekiranya saya silap )

Dan Alhamdulillah,
pilihanraya Malaysia baru saja berakhir,
dan sebagai Rakyat Malaysia,
Saya menerima keputusan pilihan raya tersebut dengan reda walaupun timbulnya perasaan tidak selesa dengan proses pilihan raya seluruhannya...

Berkemungkinan penulisan saya ini menunjukkan bahawa saya menyebelahi sebelah pihak,

namun, berada di Negara yang 'kononnya' mengamalkan sistem Demokrasi,
saya rasa saya juga ingin menulis...

Seketika, Gambar juga dapat berbicara...
:)

Ada ura2 yang mahukan parti2 ini bersatu...
Namun, yang menjadi jurang antara kedua2nya...

Langsung tidak bermaksud bahawa kesemua penyokong
 "pasukan" biru hanya pentingkan keduniaan,
Manakala "pasukan " hijau " hanya pentingkan akhirat..

Namun, ini adalah penilaian peribadi saya berkaitan dengan DASAR yang 
dipegang oleh  kepimpinan teratas parti2 berkenaan ...

Sungguh, saya sangat bersetuju dengan penulisan Ridhuan Tee ini...
Klik link ( sini )

Bacalah Al-Quran,

Bacalah kitab Allah iaitu mukjizat Nabi Muhammad yang masih Allah 
jaga untuk kita beriman...
Bacalah Al-Quran sambil membaca Tafsirnya sekali...
( seelok2nya bergurulah kerana kadang2 kita mempunyai pemikiran yang sangat cetek... )
InsyaAllah, Di situ kita akan lihat betapa tegasnya Allah membuat peraturan...
( Permulaan Surah an-Nur 24 )
Antara surah yang banyak menekankan tentang peraturan Allah...


Bila menonton ini, saya tertanya2...
Apakah itu "Demokrasi"?

Kadang2 terfikir berada di Negara kita, bolehkah kita bersuara?
Sekiranya bersuara dikatakan tidak bersyukur...
Sekiranya bersuara adakah suara tersebut "dilayan"...
dan Sekiranya bersuara, kita dipanggil pengkianat negara...
Sesungguhnya kadang kala, saya rasa tak salah dengan adanya demonstrasi kerana 
dengan cara itu sahaja highligh yang ingin di sampai dapat disuarakan ,
Namun himpunan itu dikatakan merusuh pulak...
huhu...



Sama2lah kita memberi peringatan, 

yang hidup ini hanya sementara,
Kita digalakkan untuk menyeimbangkan kehidupan di Dunia dan di Akhirat
Sesungguhnya, Yang pasti, 
kita pasti disoal apa yang telah kita lakukan diatas muka bumi ini,
termasuk siapakah pemimpin yang kita pilih di kalangan kita...

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
 (Surah Al-An'Am 6 : 32)

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." 
(Surah Al-Ankabut 29 : 64)

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." 
(Surah Muhammad 47 : 36)



 Saya menulis di sini hanyalah untuk menyatakan pandangan peribadi saya
untuk negara Malaysia yang sangat saya cintai...
iaitu Negara tumpah darah saya,
Negara dimana Allah takdirkan saya sebagai salah seorang rakyatnya, 
begitulah juga dengan Kaum Cina, India serta lain2 yang ada dan dilahirkan di sini...
(tiada sesiapa pun pernah meminta si mana tanah yang mahu dia dilahirkan, bangsa dan keturunan apa yang sesuai buatnya diatas muka bumi ini dan yang penting agama apa yang ditekankan kepadanya semenjak dilahirkan )
Rakyatnya pula terdiri dari perbagai golongan, miskin, sederhana dan kaya...
dan mengharapkan keadilan dan kesamarataan dipimpin oleh pemimpinnya...

Apapun jua perjuangan kepartian serta ideology yang berbeza,

Memperbaiki diri menjadi insan yang terbaik serta
Mengekalkan Hubungan silaturahim sesama insan adalah salah satu tunggak utama dalam kehidupan...



"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). 
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
( AL-Hujurat  49 : 13 )

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. 
Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
(An Nisaa’ 4 : 1)


Dan sungguh...
sebagai hamba Allah yang diberi nikmat yang tidak terhingga 
diatas muka bumi pinjaman dariNya,
Saya bersyukur... Alhamdulillah...

 " Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang salih, 
sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya
atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya."
( Ţāhā 20 : 112 )
Sekian, Wassalam...

Thursday, March 14, 2013

14 Mac 2013

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah, 
berbaki cuti sehari hari ini,
Dengan sedaya upaya akan mengupdatekan blog ini...
InsyaAllah,kerana Allah... :)

Seryes, sungguh pantas,
selepas 3 Mac yang lalu ( hari pertunangan adikku ), 
aku direct kerja hingga Ahad,
sedar tak sedar harini sudah bertarikh 14 Mac...

Sedar tak sedar jugak, aku sudah berkhidmat di HPP selama 2 tahun...

"Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan)."

" Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan
 Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
( Ar-Ra'd 13 : 2-3)

Pemandangan harian yang sungguh memberi ketenangan buatku 
sewaktu pergi kerja atau pulang ke rumah...
Alhamdulillah, Terima kasih Ya-Allah... :)

huhu... cepatnya masa berlalu...
Hm... 
Hidup ini adalah pinjaman dari yang Esa,
setiap hari berada di tempat kerja,
banyak mengingatkan tentang kematian,
namun kadang2 aku tertanya bersediakah aku???
Maha Suci Allah, aku belum bersedia Ya-Allah,
tidak terkira bilangan dosa2ku...
Aku memohon Ampun Ya-Allah... (T.T)

Hari terakhir bekerja malam yang lepas,
membantu kawan aku menguruskan pesakit ini,
yang baru pulang dari bilik bedah kira2 jam 3 pagi,
Subhanallah... Allah masih sayangkan beliau,
terlibat dengan kemalangan Motocycle versus Lorry,
Comminuted fracture hampir keseluruhan kedua2 kakinya,
Tambahan large Vessel yang membawa darah ke organ kaki sudah ruptured..
akhirnya perlu di amputasi kerana itulah jalan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa beliau bagi mengelakkan blood loss yang banyak dan kepatahan kaki yang tidak dapat disambungkan kembali...

Ya-Allah, Tabahkanlah hati insanMu ini,
Jadikanlah dugaan ini menjadikan dia insan yang lebih rapat denganMu...
Ameen, Ameen Ya-Allah, Ameen ya Rabbalalamin...

Kaki yang telah diamputasi...
untuk diberikan kepada keluarga bagi proses pengkebumian secara Islam...

Kadang2 kita tak terduga itu dan ini,
kadang2 kita merancang namun mendapat apa yang tidak pernah dirancangkan...
sedangkan Allah Maha mengetahui yang terbaik untuk kita...

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
( Surah Al-Baqarah 2 : 216 )

"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."

( At Takwir 81 : 29 )


Dan ini pemandangan sebaik sahaja memasuki Feri hari Isnin yang lepas,
Rasanya Jam 7.30 pagi macamtu,
Hm... melihat mereka, seryes, aku pun sama...
sangat mengantuk...:)

Pemandangan indah ini juga di dalam Feri,
seorang Hamba Allah sedang membaca al-Quran...
Maha suci Allah Tuhanku,
Terima kasih juga atas pemandangan yang indah ini... :)

Oh Ya... Hepy World Kidney day...
Hari khamis minggu ke 2 Bulan Mac setiap tahun...
Hm... sudden missing Nephro so Much... huhu :(

Sekian, Wassalam...


Tuesday, March 12, 2013

Hari pertunangan angah... :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum... :)


Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” 
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Tiada niat untuk menghebahkan pertunangan adik saya, 
Namun, insyaAllah, niat dan tujuan yang baik ,
saya mendoakan agar Allah memberkati dan merestui majlis pertunangan ini,
yang sangat simple dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga ...

Hm... 
Alhamdulillah, adik kedua telah melansungkan pertunangannya pada 3 Mac lepas,
mudah2an Allah permudahkan urusan perkahwinannya kelak, InsyaAllah, Ameen...

Btw, seperti biasa,
biarlah photo berbicara :)
Tahniah angahku yang Gojes :)
Along hepy untuk hang :)

Lebiu... ^.^ V

Kepunyaan En.Rosley...

Ibuku yang hepy... heee :)

Tokwan yang semakin sihat, Alhamdulillah :)

Angah dan bakal mertua...InsyaAllah :)

Ladies in yellow:)

Hm... hantaran/hadiah berbentuk makanan diberikan kepada pihak lelaki...
( Adat melayu )



Sabda Rasulullah S.A.W :
“Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” 
- [al-Adab al-Mufrad, Hadis No: 594 dengan Sanad yang Hasan]

Walaupun sekadar adat, asalkan tidak bercanggah dengan Islam,
insyaAllah saya rasa ia dapat diteruskan,
tambahan dapat menjalinkan hubunga silaturahim dan 
ikatan yang baik bagi kedua2 pihak keluarga... :)
mudah2an ianya tidak keterlaluan/melampaui batas insyaAllah :)


Kanak2 penyeri suasana... :)

2 orang kanak2 kecil yang paling terkini...
Muaz ( berusia 11 bulan ) dan Aish Khalish ( lagi 4 hari berusia 2 bulan )

Amirul Muhaimin dan Muaz...

Aina Batrisya, Nurin Nasuha dan Muhammad Naufal...

Hal orang tua2... hehe :)

Maklang Faridah dan Pakcik Bakri,


Antara Sepupu sepapat yang hadir :)

Alhamdulillah,
bertunang sudah angah,
Permudahkanlah Ya-Allah urusan perkahwinan angah dan Fadzil
( bakal adik iparku... )
insyaAllah Along senantiasa doakan yang terbaik buat Kalian...
Ameen :)

Oh ya... saya menghormati kehendak orang tua2 yang mahu saya meminta sesuatu 
kerana adik saya 'langkah bendul'. 
Mungkin niat orang2 dahulu mahu menjaga hati si kakak...
Namun, perkahwinan adalah sesuatu yang memudahkan,
buat apa perlu susah2 kerana Alhamdulillah, InsyaAllah...
saya sangat gembira dengan proses penyatuan hati adik saya
( ^.^V" )


Sekian, Wassalam...