Thursday, June 21, 2012

Jadual Kerja 2 Jun - 30 Jun 2012

Bismillah dan As-salam...
Jadual Kerja tarikh yang dinyatakan...
3 Jun - Ptg
4 Jun - Ptg
5 Jun - Malam
6 Jun - Malam
7 Jun - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
8 Jun - Ptg
9 Jun - Ptg
----------------------------------------------------------
10 Jun - Pg
11 Jun - Pg
12 Jun - Pg
13 Jun - Pg
14 Jun - Malam
15 Jun - Malam
16 Jun - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
----------------------------------------------------------
17 Jun - Ptg
18 Jun - Ptg
19 Jun - Ptg
20 Jun - Pg/ Ptg 
21 Jun - Ptg
22 Jun - Pg
23 Jun - Malam
----------------------------------------------------------
24 Jun - Malam
25 Jun - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
26 Jun - ptg
27 Jun - Ptg
28 Jun - Pg
29 Jun - Pg
30 Jun - HK ( cuti mingguan )


Cuti tahunan = 43 hari
HK owing 5 hari utk minggu (1-7 April 2012)(13-19 May )
( 3-9 Jun ) (10-16 Jun ) ( 17- 23 Jun )
total semua... 48 hari... 


Untuk Double duty 20 jun kena claim...( kalau ikutkan aku nak cuti je... :( )
huhu... seryes. agak letih...
tahun ni staff kami mengandung hampir 20 orang.
dan ada yang sedang bercuti bersalin dan sekiranya kerja orang mengandung selalunya tidak akan menjaga pesakit yang terlalu kritikal. kerana sekiranya Emergency, CPR tidak digalakkan dilakukan oleh mereka.
Ya-Allah mudah2an aku senantiasa ikhlas...Ameen 


Maaf kekadang terfikir. 
Agak 'bias' hanya kerana aku masih single, orang sini...
cuti yang selalu aku request tak dapat...
priority itu lebih kepada yang bersuami, kampung halaman jauh 
dan mempunyai anak kecil...
( Ini rezeki diorang... insyaAllah sampai waktu bila aku berkomitmen kelak Allah akan kurniakan lebih dari itu. kerja waktu pejabat @ berhenti kerja mungkin? 
Dapat aku menumpu sepenuh perhatian kepada keluarga...InsyaAllah... Ameen :)  )
- Duhai hati... Sabar,redha dan bersyukurla... 
InsyaAllah ketetapan Allah itu sememangnya terbaik buatmu :) -


Sekian, Wassalam...

Monday, June 11, 2012

Permata untuk Isteri - Kopratasa...

Bismillah dan As-Salam...
Entah kenapa... terngiang2 puisi ni...
puisi yang indah dilagukan... huhu :(

Sekian, Wassalam...

Panduan menjadi Wanita Solehah :)

Bismillah dan As-salam...
Sedang free ni dan ada masa...
sempat terjah blog2...
dapat juga info dan peringatan untuk diri sendiri untuk menjadi wanita yang baik... mudah2an... InsyaAllah :)

Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)



Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (HR Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (HR Ath-Thabrani)

Firman Allah swt. "... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (an-Nisaa’: 34)

Nabi saw. bersabda, “Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Nabi saw. bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga pada hal wanginya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah saw. dan para sahabat melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang , Rasulullah saw. melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda saw. menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalau kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
Sumber Link

Ya-Allah... 
Jadikanlah kami wanita2 muslim yang solehah diatas muka Bumi MU... Ameen :)

Sekian, Wassalam...

Sunday, June 3, 2012

Barakallah buat Diyana dan Ariff :)

Bismillah dan As-Salam...
Dulu, aku pernah tulis tentang kawan baikku ini...
Entri bulan December 2010...
masa tu entri berkatan dengan majlis bertunang dia yang tidak dapat aku hadiri...
dan termaktub sudah di Loh Mahfuz 1 Jun jumaat lepas 
Diyana menjadi isteri dengan lelaki yang di kasihi 
beliau. Ariff... :)

Selepas sah di Ijab Qabul kan dengan insan yang Di cintai... :)

Kegembiraan berganda... :)
( ciplak pic dari photoghraper Diyana )
huhu... sedih, 
tak ada dah masa untuk gi lepak2 kat USM lepas ni...
Diyana pun dah abes buat Master dan akan mengikuti suaminya pergi Labuan...
Tiadala teman untuk kongsi suka dan duka...
teman yang sangat memahami perasaan dan memberi kata semangat di kala hati gusar...
Terima Kasih kerana sudi menjadi kawan yang terbaik di dalam hidupku...
Mudah2an persahabatan ini kekal hingga ke syurga wahai Kawan... :)
apapun... aku tumpang bahagia buat mu...
tahniah ye!!!... :D


Juga... aku semakin kehilangan teman bila adik ke3 aku sudah meninggalkan aku...
bukannya gi mana pun...:P
 Farzana a.k.a Najwa telah mendaftarkan diri memasuki UITM untuk pengajian TESL... 
berminat sangat bidang pendidikan... 
Mudah2an Allah Maqbulkan cita2Mu Untuk menjadi pendidik terlaksana ye adik... 
Ameen... :)
(hajat kekanda dahulu tidak kesampaian... mungkin ia bukan rezeki ku... :) )

Dan ini, Majlis persandingan Ainah...
Teman sekerja yang juga baik denganku...
Tahniah Ye adik!!!
Tumpang bahagia juga untuk Kamu :D


" Barakallahu lakum wa baraka Alaikum wa jama'a bainakum fii khaiiir"


" semoga Allah memberkati untuk kalian dan memberkati keatas kalian
dan menghimpunkan Kalian di dalam kebaikan "
(- HR Abu Dawud, Tarmidzi , Ibnu Majah, Ahmad)

"Apabila seseorang perempuan menunaikan solat 5 waktu,
berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kehormatan,
serta menutup aurat dan taat kepada suami,
maka berhaklah ia masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya. "
- Hadith Rasulullah SAW.


Teringat tulisan Ust. Hasrizal dalam buku aku terima nikahnya.
Erti sebuah perkahwinan :
" Terimalah seseorang seadanya...
kebaikkannya disyukuri dan
Kekurangannya diredhai, InsyaAllah... "

Semoga bila sampai waktunya, Allah mengurniakan aku pasangan dan menghadiahkan aku perkahwinan yang senantiasa berada dalam RedhaNya...
InsyaAllah...Amin... :)

Sekian, Wassalam...