Sunday, January 30, 2011

cuaca di sini...

Bismillah dan As-salam...

Beginilah cuaca sekitar pusat negara kita sehari dua ini...
hujan rahmat mungkin...
sekurang2nya dapat cuci jalan raya yang kotor...
mengurangkan debu2 yang berterbangan...
menyirami pokok2 sekitar alam...



apapun best juga kalu dapat ZZZzzzzzZZZZzzzz ...
exp lepas balik kerja ni... hehe... :P

sekian, wassalam...

Saturday, January 29, 2011

29 januari 2011

Bismillah dan As-salam...


( Blog ini seakan menjadi diari dan tempat luahan hati kini...)

Hari yang tenang mungkin... :)... Alhamdulillah...
Semalam... sebelum terlelap... aku terdetik di hati ini... ingin pergi ke pantai...
tempat yang tenang bagiku... dan sememangnya aku sangat sukakan laut...
Dan alhamdulillah....
Allah kurniakan permintaan itu... bermimpi berada di dalam suasana laut...
dan bila bangun... alhamdulillah... entah mengapa aku sangat terasa tenang...
syukur Ya-Allah...
sememangnya tidurku tidakla secumil baby ini...hehe
( mekasih Mr. google for the pic)

Kemudian... seperti biasa sekiranya shift pagi. aku akan bergegas ke tempat kerja
jam 6.20 pagi...
sampai saja... terus memulakan tugas seperti biasa...

kemudian dalam jam 7.30 pagi...
ada pesakit berada dalam keadaan tenat...
seperi biasa... bantuan dilakukan secara yang termampu...
jam 8.30 pesakit itu telah disahkan meninggal...
kemudian prosedur seperti biasa dilakukan...
walaupun ada bermacam2 perkara berlaku...
agak sedikit kelam kabut keadaan ward...
aku tetap rasa tenang...
sesungguhnya ketenangan itu tidak mungkin aku miliki tanpa anugerah dariMu...
:)

Syukur Ya-Allah...

sekian, wassalam...

salam kepada As-salam...

Bismillah dan As-salam...
Sedikit perkongsian disini...
saya baru membacanya didalam laman web sosial yang setiap hari saya kunjungi...


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” 

Sumber... klik di sini

Sekian, Wassalam...

Friday, January 28, 2011

Bismillah dan salam...




Ya Allah... 
If I can't have what I want, 
Then please let me want what I'll have...
Amin

sekian, wassalam...

Monday, January 24, 2011


"Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." -
- An- Nahl : 96

2 malam yang meletihkan... :(

Bismillah dan salam...
aduhai *sigh*... kalau mengeluh pahala pon tak dapat bukan?
(tapi aku slalu buat juga... huhu...)
apapun... dah lega... baru je abes duty malam...
entahla ngapa... sekarang nk kata jona tak la sangat
( jona - malang buat sesorang untuk medical field)
tapi letih melayan kerenah orang...
kalau cerita pon buat tambah dosa...
cuma satu je dalam hidup ini...
hidup janganlah sombong...
baik ilmu tak banyak... yang penting adab tu wujud...
janganla ilmu melangit tapi adab sama paras dengan kuman bawah kaki...
*sigh*

teringat dulu pernah aku baca ini...

KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI BERKAITAN

SOMBONG DAN ANGKUH


  • Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita
  • Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
  • Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya
  • Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.

  • Mudah-mudahan Allah tetapkan imanku dan jadikan aku orang yang tidak berubah ke arah yang dibenciNya... Amin...


sekian wassalam...



Saturday, January 22, 2011

Masalah letrik lagi! *sigh*

Bismillah dan salam...
Seminggu ini... aku mengalami masalah gangguan bekalan letrik yang teruk... 
jenuh msg dan call owner rumah ni...
banggunan yg aku sewa ni ada 8 rumah semuanya dan yang alami masalah ini hanya 3 buah rumah termasuk rumah aku... ceh!
masalahnya skrg paip yg ada dawai bekalan letrik ( maaf aku tak pandai bahasa wayaring ni..) ke rumah kami  dimasuki air... jadi perkara biasa yg berlaku kalau letrik terkena air mesti tertendang la suis utama tu...
 ( hish teruk kan cerita aku?? seryes aku tak pandai nak story mori ni)
nak kata punca air dari mesin basuh kami.. rasanya tak sangat...
skrg kat KL musim hujan.. then paip tu pulak lokasinya tidak berbumbung... 
( jadi... paham2 la... )
letrik ada x sampai 2 jam... then off balik...
hish!!!
aku tak kisah sgt tidur kepanasan...
cuma yg geram ni...nk iron baju terpaksa menumpang...
habis barang basah dalam peti tu busuk!...
susah betul... online pon malam je... tu pon dah make sure bateri lappy ni full... kl dah empty... bye jela!
tadi dah datang pakcik2 wayaring tu... dah tukar wayar baru...
hope ada perubahan... Amin...

sekian,wassalam...

Sunday, January 16, 2011

Ummi dan Abah... ( -.-' )

Bismillah dan salam...
Seminggu ni. aku baru ada masa nak menyusun pic yang berlambak dalam lappy aku ni... huhu... cam berat dah... nak beli hard disc baru... Risau pisang berbuah 2 kali sebab dulu aku pernah ada hard disc... dan hobi aku takda kerja lain asik snap gambar je... dan semua pic2 aku simpan dalam hard disc tu... then masa final year student nurse, kawan aku pakat minta nak simpan dalam lappy masing2... kemudian aku pon bagi... yang sedihnya... aku dapat balik yang dah rosak... huhu... tak boleh nak baca hard disc tu... dah banyak kedai aku tanya leh dapat back up ke tak data dlm tu... semua cakap memang dah tak boleh nak tolong... pasrahje la... cuma masih ada yang tersimpan sedikit dlm lappy yg hampir penuh muatan data ni huhu... :(... terpikir nk burn dlm cakera disc. tapi belum berkesempatan...

sedang menyusun pic2 yang ada. terjumpa balik pic2 yg aku snap masa Abah dan ummi sedang tidur...
sedar tak sedar abah dah berusia 53 tahun manakala ummi pula dah 49 tahun... :(... cepatkan masa berlalu...?


sekitar tahun 2007

7 jan 2009


11 mac 2008

25 jan 2009


Aidilfitri 2008


sewaktu ummi ke kelantan... masa ni aku masih mengaji nak jadi misi...
awal tahun 2007 ( seingat aku...)

aku mengaku... agak jahat... semasa melihat mereka tidur aku pasti akan memandang lama di bahadian dada untuk memastikan samaada mereka bernafas atau tidak...aku juga akan merenung raut wajah mereka... kedutan yang banyak telah muncul... kekuatan mereka tidaklah segagah sewaktu kecilku...

Ya-Allah. janganlah kau cabut nyawa mereka selagi harapan yang diharapkan oleh mereka ini terhadap 4 orang anak mereka belum terlaksana... dan jadikanlah kami anak yang terbaik buat kedua ibu bapa kami, anak yang senantiasa menyenangi hati mereka... serta dapat membalas jasa mereka yang tak terhingga banyaknya....(T.T)

DOA BUAT IBU DAN BAPA...

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
- Surah Ibrahim 41



Sekian, Wassalam...

Saturday, January 15, 2011



"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
- Al-Baqarah [186]


Friday, January 14, 2011


" Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar "
-Al-Baqarah [153]

"Surat permohonan pertukaran..."

Bismillah dan salam...

Hari ini dapat surat dari putrajaya...
menyatakan sudah menerima surat pertukaran yang telah dipohon tengah bulan Dec last year...

( yg mulanya ditolak kerana borang tersebut aku ambil dr Hospital Pulau Pinang..)
perasaan... entahla... sayang memang sayang...
tempat pertama berkhidmat...
walaupun surat menyatakan bahawa surat permohonan aku telah diterima dan didalam proses, tetapi aku rasakan aku semakin hampir meninggalkan tempat kerja ku ini... :(
sememangnya bukan dengan kerelaan hati sangat walaupun kadang2 terdetik hatiku untuk berpindah... dan agak berbelah bahagi...
namun bila Abah menyuruh... dan aku terpaksa akur... (-.-')
mungkin kerana ketua aku yang sangat pelik perwatakkannya...
(tiada niat untuk memburukkan sesiapa...maafkkan aku... :( )

semasa permohonan pergi umrah bulan ogos tahun lepas... cuti mingguan aku dan cuti kelepasan Am tidak boleh diambil kerana aku ke luar negara... sedangkan aku tidak mengambil cuti yang sekali sahaja dibenarkan kepada orang islam untuk melakukan haji... ( itu penyebab abah mula berbunyi... tak salahkan abah... dia juga bekerja kerajaan... tahu juga selok belok pekerja sektor awam... )... cuti yang aku gunakan ketika itu adalah cuti tahunan bawaan dari tahun 2009 hampir 15 hari dan bakinya cuti tahunan 2010...
agak kecewa juga aku... tapi Allah lebih mengetahui...:)
kemudian... sewaktu aku terkena serangan "bell pasy" dan mendapat MC pada bulan Oktober dan November 2010... ketua aku meminta aku datang bekerja sambil berubat disini... ( maklumla HKL kan tempat yang perubatan pertama di Malaysia...) masa itu abah bising balik...MC yang diberikan adalah Hak aku dan aku juga ada hak untuk tidak berkhidmat sewaktu mc dan meneruskan perubatan di mana yang aku mahu... semestinya semua orang mahukan diri mereka berada bersama keluarga sekiranya perkara yang sama menimpa...
kerana tidak puas hati aku tidak mahu berubat sambil bekerja di KL... ketua aku terus mengambil keputusan untuk memotong cuti tahunan aku sebanyak 2 hari sebulan... dan bermaksud sebanyak 4 hari dipotong kerana MC yang aku terima adalah sebanyak 2 bulan...
Aneh bukan??? ini penyebab yang abah sangat mahukan aku berpindah kembali tinggal bersama keluarga... Namun abah tidak pernah mengongkong anaknya cuma rasa tidak puas hati menyebabkan abah mahu aku pulang
*sigh*

selalunya aku akan melakukan istiqarah dalam menentukan perkara yang hendak aku pilih...
tetapi dalam hal ini... abah bertegas dan mahukan aku balik bertugas di negeriku... dalam erti kata lain... biar di depan mata... melainkan aku sudah berkeluarga...
entahla... aku reda... sejujurnya aku sedih... hasrat di hati ingin menimba pengalaman secukupnya ...tapi Allah lebih mengetahui...
cubaan yang diberikan Allah tidaklah seberat yang menimpa orang lain yang lebih teruk dariku...
cuma aku insan yang lemah ini masih mengharapkan diberi secebis kekutan dariNya... (T.T)





Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
-[Al-Baqarah: 283]"



"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan"
-[Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35]


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (gempa)."
[Surah al-Baqarah ayat 214]


Sekian, wassalam...



Thursday, January 13, 2011

cuti dah habis!

Bismillah dan salam...
harini akan mula bekerja balik... cuti seminggu dah habis!
chayok2 zalikha!!!!

Sekian, wassalam

Monday, January 10, 2011

Alhamdulillah... :)

Bismillah dan salam...


Alhamdulillah... sabtu dan ahad yang lepas... ( semalam la... ) aku dah selesai menghadiri Kursus kahwin... memang tak rancang lansung... tetiba dapat cuti terdetik dihati nak pergi dan terus pergi... hehe...:p

secara individunya... kursus yang sesingkat ini tidak mencukupi bagi melayari bahtera perkahwinan yang diharap berkekalan sehingga ke akhir hayat...
namun... sekiranya dibuat lebih lama... namun isinya tidak diambil dan tidak diamalkan... tidak memberi apa2 lansung...

Matlamat berkahwin, penghayatan dalam perkahwinan, serta peranan yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin diantara pasangan memainkan peranan yang lebih penting...aku tidak mempunyai pengalaman lansung dalam kehidupan berkeluarga... jadi kurang wajar dan tak layak untuk memberikan pendapat disini... aku mohon maaf.. :(

Doaku semoga semoga kesemua pasangan yang telah mendirikan rumah tangga dan bakal mendirikan rumah tangga akan mendapat kebahagiaan yang dicari dan keredaan dari Allah S.w.t... InsyaAllah... :)


sekian, wassalam...

Detik bersama Kembar Damia dan Dania... :)

Bismillah dan salam....


Dengan ini... aku ingin mengishtiharkan 
( ish2!!!!!... hampehla zalikha ni...) yang wallpaper aku telah ditukar dari gambar ini....
 kepada gambar ini... hehe...


terasa macam seorang ibu pulak!!!!
hehe... 

dikesempatan berada di kg ni... sabtu malam yang lalu, kami ke rumah Maklang Faridah...
untuk bertemu ngan kak lang Mardiha dan Si kembar berdua ini...
Kak Lang sedang bercuti semester dan akan pulang ke Melbourne Hujung bulan ini...
so si kembar ini pon akan tinggalkan Malaysia juga... 
Usia diorang dah setahun 2 bulan... semenjak dilahirkan , ini kali pertama dapat bersua muka dengan 2 orang anak ini... walaupun bulan May tahun lepas mereka ada pulang ke Malaysia... Namun aku tidak berkesempatan pulang ke Kg kerana menyimpan cuti untuk menunaikan Umrah...

Alhamdulillah... Kak lang memang Bahagia... Walaupun sedang bertungkus lumus Untuk 2 tahun terakhir pengajian Doktor...dan suaminya sedang bekerja di sana... sesungguhnya dia seorang yang tabah...  tidak mungkin seseorang yang biasa dapat belajar yang sangat sukar 
( maklumla... nak jadi Doktor bukannya senang!) dan menjaga anak dalam satu masa... aku memang kagum dengan Kak Lang!
kemungkinan mereka tidak akan pulang hingga akhir tahun nanti....
 bila pulang nanti tentulah si kembar ini lebih membesar dengan Cergasnya... Amin...:))

sempat juga merakam video kerenah diorang...
( masa ni sedang menyuap mereka makan )

sekian, wassalam...

Tetamu di rumah... :)

Bismillah dan salam...

"Dari abu Hurairah r.a katanya:
”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Muslim).

Ditanyakan kepada Al Imam Auza'iy, "apakah yang dikatakan Ikram Dhuyuf (memuliakan tetamu) itu?."
Beliau menjawab: " Manis muka dan elok bahasa (percakapan)".

hm... tetamu... seharusnya dilayan...
insyaAllah... mudah-mudahan Allah menghadiahkan aku keikhlasan sehingga akhir usiaku untuk melayan tetamuku...

sudah 6 hari berada di Kg. dan setiap hari jugalah ada tetamu yang hadir di rumah keluargaku...mereka adalah keluarga sendiri juga dan ada juga rakan taulan ummi dan abah...
seperti biasa... sebagai yang 'pertama' di rumah ini... didapur tempatku...
sudah menjadi kemestian, selepas bersalaman dengan tetamu, aku akan menuju ke dapur... dan rutin ini berlanjutan setiap masa berada di kg...

mungkin faktor rumah kami berdekatan dengan arwah tok dan tokwan... dan rumah arwah berdua tidak dididuduki oleh paktehku...
jadi kaum keluarga akan berkumpul di rumah aku... dan selalu sekiranya kelurga besar kami ingin mengadakan bacaan Yassin dan Tahlil serta kenduri Arwah, rumah kamilah lokasinya... :))

entahla mengapa aku rasakan ingin menulis entri ini...
mungkin disebabkan baru sahaja sebuah keluarga pulang...
dan mereka adalah tetamu keluarga aku... :))

Allah s.w.t merakamkan perihal Nabi Ibrahim a.s ini menerusi firman-Nya bermaksud:
“Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!”, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya dan dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27).

Ya-Allah.. berkatilah keluarga kami...
mudah2an Engkau jadikanlah kami insan yang bertaqwa disisiMu... Amin...

gambar yang diambil bersama Naufal... Anak abang shahrel dan kak shikin yang hadir jumaat lalu... dan hari ini mereka antara tetamu yang berkunjung lagi ke rumah kami... :)
Alhamdulillah... :))

Sekian, Wassalam...