Thursday, October 10, 2013

Sekeping Hati...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum... :)

Sejenak berfikir mengenai kehidupan...
kita adalah 'sekeping hati' dalam perjalanan bertemu Allah...

Firman Allah Subhanahu wa ta'ala dalam surah Asy Syu'ara' ayat 88-89

“(Yaitu) pada hari harta dan anak-anak tidak berguna"
 "kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih”
( Asy Syu’ara’ 26 : 88-89 ).


Manakala dalam suraf Qaaf ayat 31-33

"Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka)"
"(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah)"
"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".
(Qaaf 50 : 31-33)

“Baiknya hati adalah dengan takut pada Allah, rasa khuatir pada seksaNya, 
bertakwa dan mencintaiNya. 
Jika hati itu rosak, iaitu tidak ada rasa takut pada Allah, 
tidak khuatir akan seksaNya, dan tidak mencintai-Nya,
maka seluruh badan akan rosak. 
Kerana hati yang memegang kawalan seluruh jasad. 
Jika pemegang kawalan ini baik, maka baiklah segala urusan yang dikendalikan. 
Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh yang dikendalikan. 
Oleh itu, seorang muslim hendaklah meminta pada Allah agar dikurniakan hati yang baik. Jika baik hatinya, maka baik pula seluruh urusannya. 
Sebaliknya, jika rosak, maka tidak baik pula urusannya.” 
(Shaikh Sholih Al Fauzan) 

Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“Allah tidak memandang rupa lahir kamu dan harta kekayaan kamu tetapi 
Allah memandang hati dan amalan kamu.”
 (Riwayat Muslim dan Ahmad)


Dalam Shahih Bukhari dan Muslim disebutkan bahawasanya Nabi saw bersabda, 
"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, 
apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, 
dan apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. 
Ketahuilah bahawa segumpal darah itu ialah hati."

Kadang2 tertanya2...
sekeping hati yang banyak dosa ini tidak penatkah untuk berbuat dosa...
tidak takutkah pada Sang Pencipta...
mengapa terlalu mudah dan lalai dengan urusan dan nikmat dunia???
Ya-Allah... aku memohon maaf...
( T.T )

Carilah hatimu di tiga tempat...
Cari hatimu sewaktu membaca Al-Quran.
Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui,juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati.
Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, 
mintalah hati yang baru karena hakikatnya pada saat itu kau tidak lagi mempunyai hati." 
(Imam Al Ghazali)

Tiba tiba terngiang bait2 lagu ini...
Perjalanan Hidup
RAMLI SARIP
Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku


Peringatan dalam Al-Quran,
berkaitan dengan hidup yang harus di renung...



"Wahai umat manusia, 
sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya kemudian Kami mengeluarka kamu berupa kanak-kanak kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi) Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya(dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai."
( Al-Hajj 22 : 5 ) 


للَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْـرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
"Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu 
dan beribadah dengan baik kepada-Mu “

Detik demi detik berlalu...
dan sedar tak sedar hayat kita di atas muka bumi Allah ini semakin singkat...
Ya-Allah... bantulah kami untuk memelihara hati ini,
dari sifat yang Engkau benci, 
dari lintasan hati yang tidak baik disisiMu...
dari perkara yang boleh membuatkan kami syirik kan Kufur denganMu...
Kurniakanlah kami rasa Ikhlas hanya keranaMu,
bantulah kami untuk memanfaatkan kurniaan masa yang engkau beri...
Semoga Apa yang kami lakukan itu memperoleh RedaMu...
Ameen Ya-Rab...

( Mudah2an penulisan ini dapat mengingatkan diriku yang selalu alpa
tentang erti kehidupan...)

Sekian,Wassalamualaikum...