Saturday, March 31, 2012

Pengalaman seorang ibu... :)

Bismillah dan As-Salam...
Mekasih ibu google untuk Pic yang cumil... :)


Tersentuh bila hari ini, aku menjaga seorang insan yang mana mengalami komplikasi akibat janinnya yang berusia 28 minggu meninggal dalam kandungan (IUD -intra Uterine Death )...
pembedahan ceaseran telah dilakukan untuk mengeluarkan jenazah janin dari uterusnya.... 
Alhamdulillah... telah Extubate, namun masih belum dapat keluar dari ICU kerana mengalami komplikai pendarahan dan heart rate yang tidak stabil...
akak itu kelihatan sugul... dan kami masing2 senantiasa untuk berbual dengannya agar tidak terasa kesorangan dan bersedih....
Entahla... tak ada apa yang dapat diucap melainkan mengharapkan agar akak itu tabah dan sabar dengan dugaan yang Allah berikan buatnya... 
mudah2an Allah mengurniakan rezeki zuriat  lagi buatnya kelak... Ameen :)

Saya belum lagi bergelar ibu...
dan saya tidak tahu perasaan sebenar seorang ibu...
dan saya amat mengharapkan agar mudah2an suatu hari nanti 
Allah akan mengurniakan saat indah bergelar ibu... Ameen

Sekian, Wassalam...

Saturday, March 24, 2012

Jadual Kerja 25 Mac - 7 April 2012

Bismillah dan As-salam...
Jadual Untuk Waktu yang dinyatakan...
25 Mac - Ptg
26 Mac - Ptg
27 Mac - Pg
28 Mac - Malam
29 Mac - Malam
30 Mac -  Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
31 Mac - HK ( cuti mingguan )
-------------------------------------------------------
1 April - ptg
2 April - ptg
3 April - Pg/ptg (staff x cukup. Claim OT) 
4 April - pg
5 April - pg
6 April - pg 
7 April - Malam


Cuti tahunan = 43 hari
cuti public holiday 3 hari  ( 24/1/2012, 5/2/12 dan 7/2/12)
HK owing utk minggu 1-7 April 2012
total semua... 47 hari... 


Sekian, Wassalam...

Monday, March 19, 2012

Cuti berakhir....

Bismillah dan As-salam...
Semalam sekolah bermula dan aku , esok kembali bekerja macam biasa...
Hm.. walaupun cuti direct hanya 3 hari...
tapi Alhamdulillah... dapat mengurangkan sakit sakit badan...

Hm... Jam 3.39 pm 17 HB iaitu 3 hari lalu,
parents baru balik dari mengerjakan Umrah...
selama 2 minggu bermula 3 Mac lalu..
itu antara sebab aku berulang...

Alhamdulillah, mereka sihat sepanjang berada di sana dan dapat melakukan ibadah dengan baik...
syukur Ya-Allah...

Dan lusa... debaran buat adik ke 3 aku...
hehe... result S.P.M...
apapun jua keputusan yang bakal beliau perolehi,
mudah2an ia terbaik untuk masa depannya...

huhu... Bila melihat gambar2 yang ditangkap oleh parents di sana...
sungguh... aku amat RINDU...
RINDU utk berada di sana...
rindu untuk beribadat di rumah Allah yang penuh dengan ketenangan...

Walaupun aku baru sekali menjejak kaki disana...
jika niat kita pergi ke sana utk beribadat kepadaNya...
dan Dia pasti tidak menghampakan kita... InsyaAllah...
dan bersyukur aku pernah merasai apa itu nikmat beribadah yang aku tak sangka aku memperolehinya...
mudah2an IbadahKu dan para muslimin dan muslimat yang berada di sana dan di mana2 diterima olehNya...
Amin... (T.T)

Parents sewaktu di Madinah dan berpakaian Ihram...
   
Alhamdullah... parents ada rezeki lebih... dapat membawa adikku ke sana...


Kenangan... Mudah2an aku akan kembali ke sana...

 Sekitar Kota Suci Mekkah


 
Di Jabbar Rahmah...


Dan ini... Gambar anak sepupu aku...
Nur Aina Batrisya...
sangat pemalu orangnya...
baru berusia 2 tahun lebih...
nak pakai inai punya pasal... terus mahukan aku...
hihi... ( pandaikan aku mengumpan??? :P )

Sekian, Wassalam...

Tuesday, March 13, 2012

Return to the blue Lagoon...

Bismillah dan As-Salam...
hm... btw ceta ni ceta faberat aku dari dulu...
tah kenapa... sangat suka ...
maybe sebab ada laut gitu... 
hehe... pantai yang jernih lagi tenang :)
 
walau berulang tengok banyak kali... tetap tak jemu...

siap ada 2 versi... versi Brooke dengan Mila...
tapi aku lebih suka versi mila...
versi yang lebih sopan...


* Kata2 cintun yang aku suka :)

The best and most beautiful things in the world cannot be seen, 
nor touched, but are felt in the heart.
 -Helen Keller

"Love is indescribable and unconditional. 
I could tell you a thousand things that it is not, but not one that it is."
- Duke Ellington


Sometimes when you miss someone, the entire world seems depopulated.
~Lamartine


*Sebenarnya aku baru je tengok movie ni...
ade je tersimpan dalam lappy aku... hehe

Sekian, Wasssalam...

Selamat bertugas di tempat baru...

Bismillah dan As-salam...
Hampir beberapa hari xdan nak berceloteh di sini...
Dan Alhamdulillah... aku slalu Ok je... :)

Dari minggu lepas aku berulang...
jadi drebar hantar dengan ambil adik kat sekolah...
tahun ni PMR... waktu cuti pun still ada kelas...

mungkin agak penat dan jadual waktu yang pening2...
sebab tu xdan nak update blog ni...

 
Sekarang kat Penang Musim hujan...
susana langit macam ni je selalu....
cuma kekadang tu mendung je lebih... tapi tak hujan2 juga...


Hm... Adat biasa la berpindah keluar dan masuk...
15 Mac ni perlantikan baru jururawat dan pertukaran ke tempat baru...
dan dalam ward aku, seramai 6 orang akan berpindah keluar...
1 Orang ke Sabah,, 2 Orang ke Kedah, dan 3 orang ke Perak...

 
Shazila  dan Shima balik Perak...
 Suriati balik Kedah...
  
Nazatul...( di sebelah kiri aku... ) juga balik perak...
Apapun... Semoga Happy Di tempat baru...

Suasana bekerja yang kurang menarik tidak bermaksud persahabatan itu tidak wujud,
kerana bila memikirkan Manusia itu tidak sempurna dan tidak semua dapat memenuhi kehendak orang lain...
insyaAllah kita akan Ok... 
yang penting pembawaan dan penyesuaian kita dalam suasana itu...
cuma kadang2 kita perlu berfikir dan berusaha untuk berubah bagi memenuhi kehendak dan keinginan kita dalam keadaan yang terbaik dan yg kita ingini...
Yg ni Naseera... haha... Cucu Tokey Nasi Kandar Line Clear!!!
( Naseera kata... nampaknya kami jugak yang takkan pindah2... :p)
apa boleh buat Naseera... Penduduk Jati Pulau Pinangla katakan....
Hish... (.-.-") baru dua tiga hari ni... aku dok belek2 muka aku ni...
huhu baru terperasan 4 tahi lalat baru muncul...
adeh!!!( yang terang tu memang yang lama punya... yang baru warna coklat muda camtu)
bila total semua... 11 biji... kalau sapa belek muka aku mesti akan tegur...
kalah penyanyi tu... 
Masa pi kerja, Dayah tegur aku...
Kak ika, Makin banyak tahi lalat la... Ni muka jamban ni...
Hadoi!!!
Sekian, Wassalam...

Jadual Kerja 11 Mac - 24 Mac 2012

Bismillah dan As-salam...
Jadual untuk minggu yang dinyatakan... 

11 Mac - Malam
12 Mac - Malam
13 Mac - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
14 Mac - Ptg
15 Mac - Pg
16 Mac - Pg
17 Mac -  HK ( cuti mingguan )
-------------------------------------------------------
18 Mac -  HK ( cuti mingguan )
19 Mac - HK Owing Double duty (  29 Feb 2012 )
20 Mac - Pg 
21 Mac -  Malam 
22 Mac - Malam ( Mc - Demam )
23 Mac - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
24 Mac - Ptg

Oleh itu, 
Cuti tahunan = 44 hari ( Jadi 43 hari sbb Mc - x cukup hours)
cuti public holiday 3 hari  ( 24/1/2012, 5/2/12 dan 7/2/12)
total semua... 46 hari... 


Sekian, Wassalam...


Thursday, March 8, 2012


"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."
 ( At Takwir  81 : 29 )

Sambung Belajar dan Pilihan hidup...

Bismillah dan As-Salam...
Hm... tidak semua perkara dapat kita kongsi dengan orang...
itu yang dapat di luahkan...

Jumaat lepas, sister aku ada panggil aku,
Zalikha, nama you i dah calonkan untuk senarai post basic ICU hujung tahun ni 
( sesi Julai 2012)
Alhamdulillah... agak berbunga hati,
 (memikirkan aku masih belum berkomitmen... apa salahnya menambahkan ilmu...)
namun, bila ditanya berkaitan dengan markat penilaian SKT ( sasaran kerja tahunan)
sememangnya aku tidak layak...
markah itu perlu mempunyai 85 sepanjang tempoh 3 tahun terakhir bekerja...
dan aku perlu menunggu lagi dua tahun bekerja di situ untuk menunggu masa belajar 
ini bermaksud, lagi 2 tahun perlu bekerja disitu tanpa bertukar ke tempat lain,
kerana sekiranya bertukar, managment di tempat baru berlainan pula...
dan sekiranya aku mengikuti kursus post basic selama setahun,
aku kena berkhidmat di situ lagi 2 tahun... ( mengikut perjanjian Hospital P.P)
bermakna...5 tahun aku perlu di situ tanpa bertukar ke tempat lain....
huhu... ( T.T )

 Di icu aku, markah SKT terus tinggi walaupun kamu baru bekerja, to compare dgn HKL dulu, markah SKT 3 tahun mula bekerja tidak mungkin mencapai 80 kerana mengikut penilaian mereka kamu baru, masih belum mempunyai pengalaman yang luas... 
( Jururawat di Malaysia perlu menunggu turn untuk belajar kerana  sekiranya semua pakat belajar, tiada siapa bekerja untuk menjaga pesakit... )
Di tempat aku bekerja sekarang, aku antara senior tahun ke 5 bekerja dan dah tersenarai untuk mengambilnya krn semua senior di atasku sudah mengikuti kursus ini...

Bila dikenangkan kembali,
Aku suka bekerja dalam suasana "teamwork" walaupun sangat busy...
keadaan yang serabut itu kekadang tidak terasa...
dalam erti kata lain... suasana keseronokkan bekerja itu semakin hilang bila aku di sini...
huhu... ( tiada niat untuk mengata siapa2 di sini... )
cuma terbayang yang aku rasa aku tak mampu untuk bertahan lagi 5 tahun di situ...

There is no such thing to compare tentang yang baru atau yang lama...
cuma keseronokkan itu tiada. hanya itu yang dapat diucapkan... :(

Bersyukur
kerana yang lama itu indah, manis untuk dikenangkan...
Dan baru itu sedikit kekurang... namun ia mematangkan...
Alhamdulillah...:)

Dulu masa2 mula2 mengikuti kursus kejururawatan, 
kami ditekankan untuk menyambung pembelajaran /kursus berkaitan dengan specialty yang kami minati/ kerja kerana memberi ilmu tambahan dan menjadikan kita lebih cekap bekerja krn ilmu Kursus Diploma Kejururawatan 3 tahun tidak mencukupi melainkan pengalaman...

Namun bila memasuki alam pekerjaan,
aku mula terfikir, pekerjaan aku ini mulia... Alhamdulillah...
Namun, insyaAllah kalau ditakdirkan sudah bekomitmen @ berkeluarga, 
aku rasa keluarga itu lebih penting...

Tidak semudah dengan kata2,
Pergi kerja pukul 7 balik pukul 2 @ masuk pukul 2 punch out pukul 9,
datang pukul 9 pukul 7 tepat boleh balik
( ikut shif kerja misi2 di Malaysia)
Namun bila tepat jam 9 malam, kita tidak mungkin dapat terus boleh balik bekerja sekiranya apa2 berlaku terhadap pesakit kerana kerja kita adalah bermain dengan nyawa... dan memang tidak bertanggungjawab sekiranya kita pass over report kepada rakan sekerja seterusnya banyak perkara yang perlu di buat kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku terhadap pesakit tersebut pada shift yang bakal dia bekerja...
lebih senang disebut buat kerja hingga selesai melainkan keadaan tidak mengizinkan.
Dan bila bekerja malam...
sekiranya sudah mempunyai anak2,
( huhu... perlu meninggalkan mereka... tak dapat diungkap... )

Memang benar, kita boleh je minta klinik yang bekerja office hours...
namun bila dihitung , quota penempatan itu tidak banyak...
dan kebanyakkan bila dah usia veteren baru mudah...

Masa mula bekerja , memang aku ada tanam niat untuk sambung belajar...
sekiranya ada rezeki... Alhamdulillah... krn Ilmu itu sungguh berguna...

Bila situasi begini berlaku...
aku tak yakin yang aku dapat bertahan di situ...
kerana keseronokkan bekerja itu tiada...
dan aku rasa aku perlu merancang sesuatu...
dan dalam hati tertanam nak pi Arab... kerja kat sana...
sambil buat ibadat...
dan kumpul apa yang patut dalam tempoh beberapa tahun... 
balik berniaga...
dulu niat nak buka nurseri...
tapi situasi sekarang menakutkan dan kurang selamat...
( -.-")

Bila memikirkan future dan sekiranya Allah berikan aku pilihan...
InsyaAllah, memang aku sanggup lepaskan kerjaya kerana hidup ini sangat singkat...
hanya Allah tahu apa yang aku inginkan... 
dan mudah2an Allah kurniakan aku keadaan untuk aku memilih kelak
Ameen... 

Bab jodoh, aku bertawakkal...
berdoa yang terbaik mudah2an Allah sekiranya sudah sampai waktu, Allah permudahkan...
walaupun lambat... insyaAllah... 
mudah2an aku sabar kerana aku YAKIN dengan Janji Allah...
( bab kawin ni aku takla stress sangat... tak nafi kekadang terlintas bila kesorangan, kawan semakin berkurangan dan melihat kengkawan lain bersama keluarga masing2... )

( pesakit yang aku jaga sabtu lepas, tidak begitu tenat... )
Alhamdulillah... mungin aku tidak mempunyai ilmu yang banyak untuk membantu
namun Allah mengurniakan aku kudrat untuk menolong yang sakit...

Maafkanlah aku diatas kelemahanku ini Ya-Allah...
jadikanlah aku senantisa reda dan bersyukur dengan nikmat2Mu...
Amin... :)

YANG NYATA...
KITA HANYA MAMPU MERANCANG,
DAN DIA SEBAIK2 PENENTU SEGALA KEJADIAN...

Don't cry when the sun is gone, because the tears won't let you see the stars. 
- Violeta Parra.

‎"Maybe now, you don't have this and that.
 But who knows; one day Allah gonna give you something that makes you feel like the luckiest person on earth...InsyaAllah... :)

Sekian, Wassalam...

Monday, March 5, 2012

Sedikit hasilnya banyak...

Bismillah dan As-Salam...
Di petang yang hening...
entri yang kurang berkata2...
ianya sedikit...
 
bila ia meletup 'pop''pop''pop'
Dan... inilah hasilnya... :)

Sekian , Wassalam...

Hampir seminggu...

Bismillah dan As-Salam...
Hampir seminggu rasanya x dpt nk mengomel banyak  di sini...
btw Alhamdulillah lappy yang lekang tu dah pulih.
cuma bila dah tukar ni,part web cam je yg tetiba bermasalah...
then kena tunggu device utk ganti baru.

  Part Gap yang besau tu dah ditukar dengan yang baru...
cuma masih ada gap kecil yang dapat kita tengok kalau perhati betul2...
nak buat macam mana... sapa suruh cuai sangat?!
hope x recurrent la sakitnya ye lappy ku... uhuk2.. :P

tara... si kembar cumil!!!

btw alhamdulillah...
dapatla online cuma still kena tinggal kat rumah tunggu diorang datang 
untuk fixkan web Cam tu...
dan jadual kerja aku pun macam ok sikit untuk berulang sekitar dua minggu ni...

Sekian , Wassalam...