Monday, May 20, 2013

Sooo True... Alhamdulillah... :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum... :)


Kadang2... kita tak lari dari sunyi,
Namun, bila menyedari bahawa sunyi itu sangat indah...
Sunyi yang senantiasa membuatkan kamu hanya memikirkan Dia, Tuhanmu...
InsyaAllah... kamu tetap akan bersyukur dengan kesunyian pemberian Allah...
sunyi yang menjadikan kamu dekat...
Ya- Dekat dengan Tuhan yang menciptakan Mu...

Seryes... Kuliah DrMaza ini memberi semangat...
Alhamdulillah ...


 Ya-Allah...
jadikanlah aku insan yang senantiasa bersyukur...
sesungguhnya aku bertawakkal segalanya,
hidup dan matiku keranaMu...
Ameen... 

Sekian,Wassalamualaikum...  

Thursday, May 16, 2013

Malaysiaku.... :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah...
Diatas kehidupan yang diberikan hingga saat ini,
syukur dengan nikmat2Mu kurniaanMu Ya-Allah... :)

Kehidupan di Dunia hanya sementara,
Saya senantiasa berdoa kepada Allah agar saya tidak terlalu taksub dengan keindahannya...
dan Mudah2an Allah kurniakan saya rasa cinta yang amat mendalam pada hari Akhirat...
Ameen, Ameen Ya-RabbalAlamin...
:(




"Politik"
Seryes, dulu aku sangat malas berkata2 isu ini...
Isu yang aku lansung tak suka sebab di dalamnya banyak mengaibkan satu sama lain...
( mungkin kerana pendedahan yang sebegitu aku terima dari kecil lagi...
kerana itulah pendedahan yang diberikan kepada rakyat Negaraku...)
Namun, bila usia semakin meningkat...
baru aku sedar, bahawa politik itu sememangnya penting...
Politik berperanan pada seseorang individu bermula dari institusi kekeluargaan 
iaitu peranan  sebagai seorang anak, isteri atau suami,
ke peringkat kejiranan, bersama dengan rakan sekerja
 hingga yang paling tertinggi pada peringkat pemimpin sesebuah negara...
( betulkan saya sekiranya saya silap )

Dan Alhamdulillah,
pilihanraya Malaysia baru saja berakhir,
dan sebagai Rakyat Malaysia,
Saya menerima keputusan pilihan raya tersebut dengan reda walaupun timbulnya perasaan tidak selesa dengan proses pilihan raya seluruhannya...

Berkemungkinan penulisan saya ini menunjukkan bahawa saya menyebelahi sebelah pihak,

namun, berada di Negara yang 'kononnya' mengamalkan sistem Demokrasi,
saya rasa saya juga ingin menulis...

Seketika, Gambar juga dapat berbicara...
:)

Ada ura2 yang mahukan parti2 ini bersatu...
Namun, yang menjadi jurang antara kedua2nya...

Langsung tidak bermaksud bahawa kesemua penyokong
 "pasukan" biru hanya pentingkan keduniaan,
Manakala "pasukan " hijau " hanya pentingkan akhirat..

Namun, ini adalah penilaian peribadi saya berkaitan dengan DASAR yang 
dipegang oleh  kepimpinan teratas parti2 berkenaan ...

Sungguh, saya sangat bersetuju dengan penulisan Ridhuan Tee ini...
Klik link ( sini )

Bacalah Al-Quran,

Bacalah kitab Allah iaitu mukjizat Nabi Muhammad yang masih Allah 
jaga untuk kita beriman...
Bacalah Al-Quran sambil membaca Tafsirnya sekali...
( seelok2nya bergurulah kerana kadang2 kita mempunyai pemikiran yang sangat cetek... )
InsyaAllah, Di situ kita akan lihat betapa tegasnya Allah membuat peraturan...
( Permulaan Surah an-Nur 24 )
Antara surah yang banyak menekankan tentang peraturan Allah...


Bila menonton ini, saya tertanya2...
Apakah itu "Demokrasi"?

Kadang2 terfikir berada di Negara kita, bolehkah kita bersuara?
Sekiranya bersuara dikatakan tidak bersyukur...
Sekiranya bersuara adakah suara tersebut "dilayan"...
dan Sekiranya bersuara, kita dipanggil pengkianat negara...
Sesungguhnya kadang kala, saya rasa tak salah dengan adanya demonstrasi kerana 
dengan cara itu sahaja highligh yang ingin di sampai dapat disuarakan ,
Namun himpunan itu dikatakan merusuh pulak...
huhu...



Sama2lah kita memberi peringatan, 

yang hidup ini hanya sementara,
Kita digalakkan untuk menyeimbangkan kehidupan di Dunia dan di Akhirat
Sesungguhnya, Yang pasti, 
kita pasti disoal apa yang telah kita lakukan diatas muka bumi ini,
termasuk siapakah pemimpin yang kita pilih di kalangan kita...

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
 (Surah Al-An'Am 6 : 32)

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." 
(Surah Al-Ankabut 29 : 64)

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." 
(Surah Muhammad 47 : 36)



 Saya menulis di sini hanyalah untuk menyatakan pandangan peribadi saya
untuk negara Malaysia yang sangat saya cintai...
iaitu Negara tumpah darah saya,
Negara dimana Allah takdirkan saya sebagai salah seorang rakyatnya, 
begitulah juga dengan Kaum Cina, India serta lain2 yang ada dan dilahirkan di sini...
(tiada sesiapa pun pernah meminta si mana tanah yang mahu dia dilahirkan, bangsa dan keturunan apa yang sesuai buatnya diatas muka bumi ini dan yang penting agama apa yang ditekankan kepadanya semenjak dilahirkan )
Rakyatnya pula terdiri dari perbagai golongan, miskin, sederhana dan kaya...
dan mengharapkan keadilan dan kesamarataan dipimpin oleh pemimpinnya...

Apapun jua perjuangan kepartian serta ideology yang berbeza,

Memperbaiki diri menjadi insan yang terbaik serta
Mengekalkan Hubungan silaturahim sesama insan adalah salah satu tunggak utama dalam kehidupan...



"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). 
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
( AL-Hujurat  49 : 13 )

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. 
Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
(An Nisaa’ 4 : 1)


Dan sungguh...
sebagai hamba Allah yang diberi nikmat yang tidak terhingga 
diatas muka bumi pinjaman dariNya,
Saya bersyukur... Alhamdulillah...

 " Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang salih, 
sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya
atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya."
( Ţāhā 20 : 112 )
Sekian, Wassalam...