Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Selamat bertugas di tempat baru...

Bismillah dan As-salam...
Hampir beberapa hari xdan nak berceloteh di sini...
Dan Alhamdulillah... aku slalu Ok je... :)

Dari minggu lepas aku berulang...
jadi drebar hantar dengan ambil adik kat sekolah...
tahun ni PMR... waktu cuti pun still ada kelas...

mungkin agak penat dan jadual waktu yang pening2...
sebab tu xdan nak update blog ni...

 
Sekarang kat Penang Musim hujan...
susana langit macam ni je selalu....
cuma kekadang tu mendung je lebih... tapi tak hujan2 juga...


Hm... Adat biasa la berpindah keluar dan masuk...
15 Mac ni perlantikan baru jururawat dan pertukaran ke tempat baru...
dan dalam ward aku, seramai 6 orang akan berpindah keluar...
1 Orang ke Sabah,, 2 Orang ke Kedah, dan 3 orang ke Perak...

 
Shazila  dan Shima balik Perak...
 Suriati balik Kedah...
  
Nazatul...( di sebelah kiri aku... ) juga balik perak...
Apapun... Semoga Happy Di tempat baru...

Suasana bekerja yang kurang menarik tidak bermaksud persahabatan itu tidak wujud,
kerana bila memikirkan Manusia itu tidak sempurna dan tidak semua dapat memenuhi kehendak orang lain...
insyaAllah kita akan Ok... 
yang penting pembawaan dan penyesuaian kita dalam suasana itu...
cuma kadang2 kita perlu berfikir dan berusaha untuk berubah bagi memenuhi kehendak dan keinginan kita dalam keadaan yang terbaik dan yg kita ingini...
Yg ni Naseera... haha... Cucu Tokey Nasi Kandar Line Clear!!!
( Naseera kata... nampaknya kami jugak yang takkan pindah2... :p)
apa boleh buat Naseera... Penduduk Jati Pulau Pinangla katakan....
Hish... (.-.-") baru dua tiga hari ni... aku dok belek2 muka aku ni...
huhu baru terperasan 4 tahi lalat baru muncul...
adeh!!!( yang terang tu memang yang lama punya... yang baru warna coklat muda camtu)
bila total semua... 11 biji... kalau sapa belek muka aku mesti akan tegur...
kalah penyanyi tu... 
Masa pi kerja, Dayah tegur aku...
Kak ika, Makin banyak tahi lalat la... Ni muka jamban ni...
Hadoi!!!
Sekian, Wassalam...

Tuesday, December 20, 2011

Al-Fatihah buat akak Rohana...

Bismillah dan As-salam...


Entan kenapa... aku amat rindu untuk berkata2...
walaupun omelan yang biasa2 saja dan baru saja update blog aku semalam...
pagi tadi baru habis kerja pagi...

Al-Fatihah buat Kakak Rohana Ariffin...
pesakit yang tiga bulan berada di ward aku...
masuk 13 september 2011 dan telah kembali kepadaNya pagi 13 December 2011 haritu...
mudah2an Allah Ampunkan dosa2nya dan  tempatkan beliau dengan orang2 yang beriman...

Mungkin semalam aku menjaga pesakit di bilik isolation 4 yang mana bersebelahan dengan bilik Isolation 3 iaitu tempat terakhir akak Rohana sebelum pulang ke Rahmatullah dan 
secara tak lansung aku teringat akan Allahyarhamah ini...  


kisah hidup Allahyarhamah sangat menyedihkan...
suaminya dijemput ilahi tahun lepas disebabkan kanser paru2...
kemudian dia dan 2 anak beliau masukkan ke dalam ICU kerana BURN 35%...
Selama 3 bulan melakukan Dressing dilalukan keatas beliau dan walaupun diberi ubat tahan sakit... namun masih terbayang keadaan sakit sehingga menggigil sewaktu cucian tersebut dilakukan...
mempunyai 4 orang anak2 kecil dan yang bongsu berusia 6 tahun...
dan mempunyai masalah keluarga yang tak manis untuk saya katakan di sini..
tapi benarlah...
keluarga adalah sumber kekuatan untuk kita teruskan kehidupan...
itu yang dapat aku ambil iktibar dari kisahnya...
dan aku amat sedih bila melihat ibu dan ayah beliau yang berusia pertengahan 70 dan 80an itu tidak jemu2 hadir untuk memberikan sokongan...
Namun yang pasti dari dia kita datang dan kepadanya kita kembali...
Al-Fatihah sekali lagi... ( T.T )



Sekian, Wassalam...

Wednesday, September 14, 2011

Bersyukurlah zalikha!!!

Bismillah dan As-Salam...


Semalam berkursus dan kerja yang agak busy memang dapat 
membuatkan aku lupakan ' masalah besar ' aku tu... :(
Alhamdulillah.... 
Hm... Tadi aku jaga sorang pesakit...
kes Langgar Lari... dia hendak ke tempat kerja menaiki motosikal waktu awal pagi, 
kemudian sebuah kereta langgar dari arah belakang...
kesian... masih muda, dua tahun lebih tua dari aku,
bakal menjadi seorang ayah awal tahun hadapan...
dan baru berkahwin awal tahun ini...
berdasarkan pengalaman aku yang tak lama mana bekerja,
harapan untuk terus hidup sangatlah tipis... 
- Hish teruk bukan ayat aku!!!!-
( namun kuasa Allah melebihi segalanya... )

hm... Dugaan Allah 
sesungguhnya lansung tak sama buat Ummatnya...
mudah2an Allah panjangkan usiaNya...
untuk kehidupan yang lebih bermakna kelak... Amin...
barharap juga adar dia tabah... Amen :)
( T.T )
Sekian, Wassalam...