Friday, January 14, 2011

"Surat permohonan pertukaran..."

Bismillah dan salam...

Hari ini dapat surat dari putrajaya...
menyatakan sudah menerima surat pertukaran yang telah dipohon tengah bulan Dec last year...

( yg mulanya ditolak kerana borang tersebut aku ambil dr Hospital Pulau Pinang..)
perasaan... entahla... sayang memang sayang...
tempat pertama berkhidmat...
walaupun surat menyatakan bahawa surat permohonan aku telah diterima dan didalam proses, tetapi aku rasakan aku semakin hampir meninggalkan tempat kerja ku ini... :(
sememangnya bukan dengan kerelaan hati sangat walaupun kadang2 terdetik hatiku untuk berpindah... dan agak berbelah bahagi...
namun bila Abah menyuruh... dan aku terpaksa akur... (-.-')
mungkin kerana ketua aku yang sangat pelik perwatakkannya...
(tiada niat untuk memburukkan sesiapa...maafkkan aku... :( )

semasa permohonan pergi umrah bulan ogos tahun lepas... cuti mingguan aku dan cuti kelepasan Am tidak boleh diambil kerana aku ke luar negara... sedangkan aku tidak mengambil cuti yang sekali sahaja dibenarkan kepada orang islam untuk melakukan haji... ( itu penyebab abah mula berbunyi... tak salahkan abah... dia juga bekerja kerajaan... tahu juga selok belok pekerja sektor awam... )... cuti yang aku gunakan ketika itu adalah cuti tahunan bawaan dari tahun 2009 hampir 15 hari dan bakinya cuti tahunan 2010...
agak kecewa juga aku... tapi Allah lebih mengetahui...:)
kemudian... sewaktu aku terkena serangan "bell pasy" dan mendapat MC pada bulan Oktober dan November 2010... ketua aku meminta aku datang bekerja sambil berubat disini... ( maklumla HKL kan tempat yang perubatan pertama di Malaysia...) masa itu abah bising balik...MC yang diberikan adalah Hak aku dan aku juga ada hak untuk tidak berkhidmat sewaktu mc dan meneruskan perubatan di mana yang aku mahu... semestinya semua orang mahukan diri mereka berada bersama keluarga sekiranya perkara yang sama menimpa...
kerana tidak puas hati aku tidak mahu berubat sambil bekerja di KL... ketua aku terus mengambil keputusan untuk memotong cuti tahunan aku sebanyak 2 hari sebulan... dan bermaksud sebanyak 4 hari dipotong kerana MC yang aku terima adalah sebanyak 2 bulan...
Aneh bukan??? ini penyebab yang abah sangat mahukan aku berpindah kembali tinggal bersama keluarga... Namun abah tidak pernah mengongkong anaknya cuma rasa tidak puas hati menyebabkan abah mahu aku pulang
*sigh*

selalunya aku akan melakukan istiqarah dalam menentukan perkara yang hendak aku pilih...
tetapi dalam hal ini... abah bertegas dan mahukan aku balik bertugas di negeriku... dalam erti kata lain... biar di depan mata... melainkan aku sudah berkeluarga...
entahla... aku reda... sejujurnya aku sedih... hasrat di hati ingin menimba pengalaman secukupnya ...tapi Allah lebih mengetahui...
cubaan yang diberikan Allah tidaklah seberat yang menimpa orang lain yang lebih teruk dariku...
cuma aku insan yang lemah ini masih mengharapkan diberi secebis kekutan dariNya... (T.T)





Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
-[Al-Baqarah: 283]"



"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan"
-[Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35]


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (gempa)."
[Surah al-Baqarah ayat 214]


Sekian, wassalam...



No comments:

Post a Comment