Sunday, May 8, 2011


 “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; kerana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Luqman:  [ juzuk 31] ayat 14)

A HAPPY MOTHER'S DAY buat UMMI...

Bismillah dan As-salam...
Orang putih ni suka buat macam2...
hari kekasihla, hari sahabatla...
namun untuk hari ini, aku sangat BERSETUJU!
SELAMAT HARI IBU UMMIKU PUAN NORASIAH JAMALUDIN...
AKAK SAYANG KAMU...

aku akui... kadang2 kita sukar mengucapkan perkataan ini...
walaupun sememangnya insan ini AMAT BERMAKNA buat kita...
namun, dengan adanya hari ini , ia sedikit sebanyak dapat membantu...

Ummi... akak faham kebimbanganmu berkaitan dengan itu...
akak faham... ummi risau sekiranya akak tua,sakit siapa nak jaga,
tambahan usia akak yang semakin meningkat...
namun... Allah lebih mengetahui hati kita...
Doakan agar Allah pertemukan yang terbaik dan permudahkan segalanya...
Doamu lebih mujarab wahai ibuku...

kakak tak pandai berkata2...
namun, kakak bersyukur kerana ummi dapat menjadi kawan terbaik buat akak,
dapat memberi nasihat yang bermakna,
memberikan pertolongan dikala kakak amat memerlukan....
TERIMA KASIH...
TAK TAHU NAK GAMBARKAN DENGAN KATA-KATA
YANG KAKAK SANGAT SAYANG DENGAN UMMI...

TAK PERNAH LAGI BUATKU UNTUK LUPA BERDOA
YANG TERBAIK BUATMU DAN ABAH...
insyaAllah...

A mother is the truest friend we have,
when trials heavy and sudden, fall upon us,
when adversity takes the place of prosperity,
when friends who rejoice with us in our sunshine desert us,
when trouble thickens around us, still will she cling to us,
and endeavor by her kind precepts and counsels
to dissipate the clouds of darkness,
and cause peace to return to our hearts.

HAPPY MOTHER'S DAY
I LOVE U UMMI...





'O Messenger of God!
Who among the people is the most worthy of my good companionship?
The Prophet said: Your mother.
The man said, ‘Then who?’
The Prophet said: Then your mother.
The man further asked, ‘Then who?’
The Prophet said: Then your mother.
The man asked again, ‘Then who?’
The Prophet said: Then your father.
(Bukhari, Muslim).

Anakmu...

Wednesday, May 4, 2011

Hari cutiku...

Bismillah dan As-Salam...
Hari ni aku cuti...
memangla kalau ikutkan nak balik je penaga tu...
dekat sangat dah... tapi bila memikio esok kerja malam...
pastu cuti sabtu pagi balik... huhu...terus malas balik...
Ahad 3 hari sudah dah balik dah...aduhai...

biasala bila cuti ni...
main2 game... tapi hampeh betul server harini... asik suruh refresh...
pastu Gifts aku takle nak buka...haish!
sampai sekarang maintain je server yang cam kura2 ni...
hari aku cutila nak buat hal... ceh!

pastu lepas zohor camtu teringat shampoo ngan sabun mandi dah nak habes...
pastu stok barang masakan pon dah abes,
aku pon pi la Gama...naik bas 10 minit je... depan komtar camtu...

beli barang shampoo, sabun ngan sardin,
takla banyak mana... tengah bayo, cam biasala cashier akan tanya,
nak plastik tak? kalau nak 20 sen...aku geleng...
hehe.... dah menjadi adat sejak kempen takmau plastik ni,
aku akan bawa plastik sendiri kalau nak beli barang,
unless, keluar pastu teringat barang dirumah takda dan beli...
terpaksala beli plastik.. :(... dan kat penang ni... setiap hari 'say no to plastic bag'

insyaAllah, kalau takde aral, sabtu ni, nak pi tengok kawan aku,
Zuriati yang baru lahirkan baby...kat Bayan Lepas...pi beli baju baby...
terus balik...
K.atie, yang berdiri sebelah aku, masa ni kandungan dia berusia 7 bulan dah...
kemudian K.ayu dan zakiah... pic ni aku ambil masa hari2 terakhir aku kat sana...
( K. tie antara kenalan yang aku jumpa masa mula2 melaporkan diri kat HKL dulu...
rupanya dari satu negeri... ) sekarang dia masih di HKL... dan di ward yang sama dengan yang pernah aku bekerja dahulu... :)).. Alamak... tetiba rindu la pulaks... -.-"
Ni baju baby yang aku beli... agak besar... aku beli yang age 6-12 bulan punya...
nak beli yang kecil, bayi ni cepat membesar...
sayang takut tak bileh pakai nanti...

hope sampaila sabtu nanti...
sebab aku ni besa drive belah sana sampai airport ngan Quensbay Mall je...
yang lain... huhu...
lagipun masa tu aku cuti baru lepas keja malam....

Sekian, Wassalam...

Tuesday, May 3, 2011

Hari Bahagia Mereka... :D

Bismillah dan As-salam...
"Musim cuti ni, orang melayu takda kerja lain, asik nak kawin ja... "
hehe... teringat aku leteran cikgu Nordin yang ajar aku Math masa form 4 dulu...
dia bebel sebab terpaksa rush ke tempat kenduri selepas mengajar kelas tambahan...
hm... betul juga cakap dia...
bila dah dewasa ni, aku tak terkecuali menerima jemputan kahwin kengkawan aku...
walaupun ada yang tak dapat pergi, dek kejauhan dan tak dapat cuti...
maklumla misi ni weekend pon keja, hari pekerja pon sama... huk2...
kadang2 otak gelong ni terpikir... kan best kalau bagi pesakit cuti...
balik rumah waktu weekend...
tapi memang aci potong kuku...( hehe) takkan jadi punya... :(

Hm bercakap pasal Hari bahagia ni, sabtu 2 hari lalu,
aku sempat pergi ke majlis kawan aku... syukur...
walaupon sampai dekat jam 4 ptg sebab pagi tu aku kerja,
yang penting dapat jumpa pengantin...
maklumla hari bahagia mereka...
Hm... kenduri samsinar... kawan masa mengaji misi...
dan dulu kami sama2 posting kat GHKL,
dan dia masih kat sana sebab suami dia bekerja di sana...

( mekasih cik google...)
HUHU... YANG NI AKU AGAK KUCHEWA...
TAK DAPAT NAK PERGI... WARGHX3!!!

mudah2han perkahwinan mereka kakal hingga ke hujung usia...
dan yang muslim... insyaAllah hingga ke syurga... Amin...


DOA UCAPAN TAHNIAH UNTUK PENGANTIN...
( sunat dibaca kepada pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasullullah S.A.W)

" semoga Allah memberkati untukmu dan memberkati keatasmu
dan menghimpunkan kamu berdua di dalam kebaikan "
(- HR Abu Dawud, Tarmidzi , Ibnu Majah, Ahmad)


"Apabila seseorang perempuan menunaikan solat 5 waktu,
berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kehormatan,
serta menutup aurat dan taat kepada suami,
maka berhaklah ia masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya. "
- Hadith Rasulullah SAW.



Wishing for a simple wedding but Huge of blessing...
InsyaAllah...Amin... :)

Sekian, Wassalam...




Friday, April 29, 2011

penyatuan hati... InsyaAllah... :D

Bismillah dan As-salam...
Wa... penat kerja malam pon tak habis lagi sebenarnya...
tapi rasa happy dapat menghadiri majlis kahwin Putera Willam dan Kate... eh2... opss silap... :P
majlis pertunangan sepupu aku sebenarnya...

ha... inila sepupu2 yang sama lahir tahun 1985... kiranya kami bertiga seusia....
baju biru.. Nazmi, yang tengah Nasreeq dan yang agak cun tu... :P aku la... hikhik...
diorang sepupu side emak aku...

hm... alhamdulillah... syukur... segalanya berjalan lancar...
semoga Allah permudahkan urusan perkahwinan mereka kelak dan berbahagia hingga ke akhir hayat...
Ini tunangan nya si Nasreeq...  Amirah Ibrahim... 
Oh ya... dia juga kawan aku masa aku mengaji kat Sek. Men. Dato Onn dulu...
tak sangka sungguh, kawan lama bakal jadi sedara... :)

hehe... dukung anak zareef... geram... puas pujuk baru mau... huhu
tu pon satje maunya kat orang...

rombongan keluarga kami...


huhu... dah taktau nak story mori dah ni sebenarnya...
mata dah kuyu... letih... semalam x tido, siang tadi dapat lelap tak sempai 2 jam... esok kerja petang...pagi esok nak balik Pulau pulak...
Ciao... ZZzzzzZZZzzz
Sekian, Wassalam...

Monday, April 25, 2011

Nyanyian Serambi - Ramli Sarip

Bismillah dan salam...


link YouTube

Sekian, Wassalam...

Terjumpa cikgu Sekolah...

Bismillah dan As-salam...
Entah mengapa... sehari dua ni teringat akan cikgu sekolah aku...
Cikgu F. yang pernah mengajar sejarah masa aku tingkatan 2 dulu...
baru2 ni aku ada terserempak@ terjumpa@ "terjerumoih"
(entahla betul ke tak ejaan aku ni...- bahasa penang)....dengan cikgu F ni...
masa jumpa tu, aku sedang berjalan balik dari spital...
manakala dia sedang makan di gerai jalan belakang hosp.
dari jauh aku rasa kenal dengan kelibatnya, terus aku pergi menyapa dia...
Alhamdulillah.... dia masih ingat aku... siap ingat nama... syukur...
lihat tangan dia ada venofix...
~~ perbualan kami~~
Aku : cikgu datang hospital buat apa? admit ward ka?
Cikgu F. : takla Zalikha.. cikgu datang untuk ambil Chemo... setiap hari...
Aku : dah lama ka cikgu ambil terapi chemo ni?
Cikfu F. : Dah 2 tahun...
Aku : ( mengangguk faham... ) sedang berubat cancer... aku tak tanya keadaan lanjut... takut dia berasa hati...

untuk elak dia berasa kurang selesa, aku ubah topik... bertanyakan tentang di mana dia mengajar sekarang dan perbualan yang tidak berkaitan dengan penyakitnya...
kemudian aku meminta diri... memandangkan waktu zohor hampir "senja"

seryes... wajah cikgu yang aku kenal itu tidak seceria dulu yang pernah aku jumpa...
cuma mengharapkan dia tabah dengan dugaan Allah...
Aku doakan agar dia sembuh dan dapat jalani treatment dengan baik... Amin...

Entahla... mengapa teringat dia sangat2 saat ini...
( orang kata kalau kita teringatkan orang itu, mungkin dia juga teringatkan kita...mudah2an )
terima kasih kerana cikgu masih ingat saya dan pernah mengajar kami dulu...
insyaAllah jasamu akan kami kenang hingga ke akhir hayat...

Sekian , Wassalam...



Jadual kerja untuk 24 April-7 Mei 2011

Bismillah dan As-salam...
Jadual tugasan seminggu dua ni agak penin...
tapi ikut jela... komitmen pon tak ada lagi selain bermain game... :P

24 April -ptg 
25 April -pg
26 April -pg
27 April - malam
28 April -malam
29 April - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
30 April - ptg
1 May - pg
2 May - ptg
3 May - pg
4 May - HK ( cuti mingguan )
5 May - Malam
6 May  - Malam
7 May - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )

Sekian, Wassalam...

Sunday, April 24, 2011

Menunggu... -.-"

Bismillah dan As-salam...
Masa tidak pernah menunggu...
cuma Aku...


Ya-Allah... Please let me want and being a thankful person with 
what i'll have... Ameen...
( T.T)


Sekian, Wassalam...

Friday, April 22, 2011





"Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu" 
(Surah An-Nahl:  [ juzuk 16] ayat 18). 

Sheikh Dr Abd Rahman As-Sudais...

Bismillah dan As-salam...
Tadi ada tengok siaran secara lansung sembahyang jumaat di TV1...
imam kali ini dijemput khas dar tanah suci Mekkah...
huhu... syahdunya terdengar bacaannya...

teringat masa lakukan ibadah umrah dahulu...
masa tu sekiranya ada hari mahu lakukan umrah, 
kami lakukan solat taraweh 8 rakaat sahaja kerana nak menghabiskan ibadah umrah...
waktu lakukan ibadabh saie ... ( yang mana solat taraweh belum habis 20 rakaat lagi)
 imam ini sedang membaca surah Yassin dalam sembahyang yang diimamkan beliau...
( aku mengaku... masa itu air mata terkeluar... syahdu + syukur dengan nikmat Allah )
Alhamduliilah... bacaan Yassin tersebut habis dibaca beserta dengan ibadah saie aku yang hampir tamat...


nikmat Allah itu terlalu banyak...
aku bersyukur... kerana pernah pergi ke tanah suci merupakan nikmat yang tak terhingga...
( insyaAllah... mudah2an Allah sudi menerima aku untuk pergi ke sana lagi... )

Sekian, Wassalam...

Ikan bakar versi Malas... :P

Bismillah dan As-salam...

Hari ini bangun pagi ummi suruh masak ikan bakar utk masakan tengahari...
dok prepare nak masak tu... baru teringat musim hujan, sabut pon masih lembap,
tetiba dapat idea nak masak ikan bakar cara malas aku...
( malas nak pergi kedai beli arang ... hihi)

tara!!... aku balut dengan daun pisang, bakar atas dapur!!!
aku letak serai yang aku tumbuk nak bagi wangi untuk
ganti wangi ikan kalau bakar direct atas bara api
hihi... Good idea!... kahkahkah!!! ( pemalas sebenarnya!!!)

ini dia hasil ikan bakar atas dapur aku... sedap juga!( masuk bakul angkat sndiri... :P)
ala2 steam... tapi ok je pon...
bagus juga untuk kesihatan... boleh elak jelaga... tak bagus untuk lung...
air asam pon versi malas... xde limau nipis ,
aku hanya pakai air asam jawa...( double malas)
teruk kan...???

ha... yang ni rajin sikit... semua bahan ada... lengkapla sayur kacang panjang
( kacang panjang mak aku tanam... )


Sekian, Wassalam...

Monday, April 18, 2011

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
( surah Al - Anbiyaa' [ juzuk 21] ayat 89 )
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
( Surah Al-Imran [juzuk 3] ayat 38 )

Zuriat...

Bismilllah das As-salam...
Hm...bekerja hari ini, dikelilingi dengan insan2 yang telah
berkahwin dimana mereka ada yang telah mempunyai cahaya mata dan
sesetengah lagi sedang menanti kelahiran cahaya mata sedang berkongsi perasaan mengenai kandungan dan zuriat masing2...
tak tahu nak gambarkan perasaan apa pada masa itu...terasa seakan kekurangan...
namun Allah mengetahui segalanya...tiada manusia yang sempurna...
mungkin sebenarnya saya belum bersedia...
Entahlah... Dia lebih mengetahuinya....
walaupun saya amat menginginkannya... tapi saya tak mengharap...
kerana ada yang telah berkahwin, namun rezeki mempunyai cahaya mata itu, kadang2 lambat...

mekasih ibu google atas pic baby yang comel... :)

InsyaAllah... saya senantiasa berdoa...
kerana saya YAKIN,
ALLAH Maha mendengar dan Maha mengqabulkan... :)
mudah2an... Allah mengurniakan saya sifat sabar dan senantiasa bersyukur dengan nikmatNya... Amin...

sekian, Wassalam...

Sunday, April 17, 2011

sepetang di sawah...

Bismillah dan As-salam...
Alhamdulillah... semalam, seharian tidur, dysmenorrhea semakin berkurangan...
lega sikit... tak pernah lagi la ambil penadol soluble...
ha... penadol pon aku payah nak telan...
setahun nak ambil boleh kira rasanya...
cuma masa kena bells palsy tahun lepas, aku akui aku ambil kerap dan berlanjutan...
sebab masa tu sakit kepala yang amat... dan Alhamdulillah ,
lepas lega, sampai sekarang masih belum pernah sentuh lagi ubat penadol tu...
sebenarnya panadol tak baik untuk hati/liver... dos yang sedikit memberi kesan teraputik, namun sekiranya sering diambil, sebaliknya akan berlaku...sebab fungsi liver ialah organ utama dalam pembersihan dalam badan selain kidney... banyak kajian menunjukkan paracetamol memberi kesan kematian cell hati atau acute hepatic necrosis sekiranya diambil berlebihan... jadi seeloknya kita jangan mengamalkan sangat ubatan itu walaupun kesannya cepat tapi untuk angka panjang, ia berlaku sebaliknya... namun sekiranya diamabil sedikit... rasanya tidak mengapa....

lepas asar semalam, Abah suruh aku menghantar adik aku yg accident tu ke tusyen dia kat Kepala Batas,
(oh ya... Alhamdulillah.... tak parah pon dia, cuma banyak kesan calar balar di bahagian peha ke kaki dan lengan kanan dia... )
pukul 6.30 petang baru habis... terus aku dan adik lalaki aku pergi ke rumah tok ( parents abah aku) kat Permatang Tok Gelam... macam biasa la... tok kalau cucu datang, kalau musim buah....
habis dia suruh kami angkut buah2 tu bawa pulang....




masa ni, tok ajak aku pergi ke bendang, ambil buah gajus...
tenangkan tengok sawah padi?



tara... ni dia salah satu antara buah2 yang selamat masuk perut aku...
alhamdulillah... :D


pokok nyiur rentat! hihi... ada nama dia... aku lupa... :P


pokok buah keriang @ keryang... tak masak lagi... kalau masak warna dia macam berries gitu...tapi sekarang easanya susah nak jumpa juga

buah mangga!... hihi... orang kampung panggil mempelam...

inila port aku main masa kecik2 dengan sepupu side abah...
masa tu main masak2 ngan kawin2... haha... malu betul!

inila hero pujaan hatiku dari kecil sampai sekarang...
adik lelaki bongsu... kadang2 dengar cakap, kadang2 kena umpan baru dengar cakap... dan kadang2 kena bising baru nak buat... alahai!...

balik dari rumah tok, aku terus pergi ambil adik aku kat tusyen, kami pergi beli barang2 asrama sebab kuasa veto abah suruh dia dok asrama selepas ni... no more merempit dah pergi sekolah...

walaupon dysmenorrhea masih ada, sekurang2nya berkurangan dah ,
Alhamdullillah... :D
Sekian, Wassalam...