Sunday, July 24, 2011

Rumah tongkang pecah dan budak merajuk... :p

Bismillah dan As-salam...
HUHU... agak kepenatan... 
nak update blog pon kena tunggu masa rehat... aduhai...
nak main game pon sama...
hm... macam pernah aku cakap... rumah sedang di updatekan...
eh silap... direnovatekan la... :P
bukan apa... rumah ni usia dia umur adik perempuan aku yang tingkatan 5...
maksudnya dah 17 tahun...
masa buat dulu adik lelaki pon tak wujud lagi...
tambahan parents pon kerja kerani ja...
pastu ummi pulak pencen awal masa FELCRA nak swastakan dulu..
dan waktu tu aku darjah 2...
Rumah ni sebenarnya ada 3 bilik serta
satu bilik kecil saiz bilik buku + simpanan barang2...
bila dah pakat besar ni, plus adik lelaki yang dah baligh,
ummi ngan abah pon ambil keputusan nak tambah bilik lagi 2...
jadi Alhamdulillah masing2 ada bilik tersendiri...
ruang tetamu lama, jarang digunakan kerana melalui pintu utama ( harap faham ayat aku), 
jadi diubah menjadi bilik parents...
dan aku ambil bilik parents,
adik lelaki ambil bilik buku yang telah dibesarkan,
manakala adik no 2 tetap di bilik mereka...
dan adik no 3 ambil bilik yang kami dua kongsi selama ini....

hm... tak mau ngomel lebihla...
tengokla pic2 yang memang serabut alam ni...








ni masa proses tambakan dan robohkan bahagian mana yang nak diubahsuai...
dalam erti kata lain... hadapan rumah yang menjadi kenangan selepas 17 tahun...


ruang tamu lama yang kini menjadi bilik tidur parents...

 
para dapur yang lama... dah lama tak digunakan...
serta dinding yang "dikatuk " ( bahasa utara)... dan siletakkan tingkap di situ
dengan "kejamnya " ia dirobohkan...
huhu.... dan yang sebelah tu yang sudah siap....


 
Rumah macam tongkang PECAH... *sigh*
mulanya memang cover dengan kainan... tapi asik ubah sana sini...
terus hilang cover2 tersebut...
dan akhirnya jadi kerja bertambah sebab nak basuh pulak... haish!


bilik lama aku... yang dulunya kongsi dengan adik no 3...
dia pilih cat nak silver...
hm...

tadi tengah cat dinding dalam rumah...
esok mayb siap bahagian cat mengecat ni untuk ruangan keluarga berkumpul... lega.... 


tikar2 yang sedang dibasuh dan kerusi yang hampir kering...

kerja aku buat sementara ni, bab basuh membasuh ,
jemur,  keringkan dan bebas dari habuk kemudian menyusun ...
banyak juga yang selesai harini...phewwww!!!
( balik kerja tadi aku tidur 3 jam saja... malam ni rasanya shahid )
semua ni diletakkan didalam bilik yang tidak diusik sehingga  proses renovation ni dah habis dan akan diletakkan di tempat yang sepatutnya ... 
  
adik lelaki aku... wajib ambil port... haha...
waris tunggal nih!

Hm... sangat-sangat-sangat tak terkata serabutnya...
bukan???
huhu...

Dan yang ni... 
bab budak merajuk...
mula2 asik suruh tangkap gambar dia,
dalam pukul 5 tadi parents nak hantar adik aku balik asrama,
dia terus merajuk... nak ikut...
siap pegang kunci kereta lagi... haish!




  masa ni dok bawa lari kunci kereta...
takut kena tinggal...

 akhirnya dapat masuk kereta... haha...
tu muka marah kat aku... sebab gelakkan dia... :P




Oh ya... renovation ni bukannya sebab nak raya ek... 
jangan salah faham...
dah lama dah rancang cuma tahun ni yang mengizinkan...
kurang senang pakat mai rumah kata 
"eh raya sakan depa tahun ni nu..."
dan satu lagi...
setakat la memang tak planning kenduri kawin sapa2 dalam rumah ni...
maklumla... saya masih bertemu calonnya...
dan adik no 2 saya mahu kerja dulu walaupun sudah mempunyai calonnya

Hish! agak tak senang bila ada yang mai keluar ayat ni
" rumah baru ni kira dah nak makan nasi minyak dah dekat la kan???"
takat la dah lebih sepuluh kali dah...huhu... :(
reda jela... -.-" 
( terima kasih atas sikap ambil berat dan doa kalian , 
harapnya saya akan bertemu jodoh dengan insan yang terbaik buat saya Amin)

Sekian, Wassalam...


1 comment: