Tuesday, July 5, 2011

Apam polkadot versi ladybird... :)

Bismillah dan As-salam...

Sabtu lepas, kununya taktau nak buat apa...
tetiba teringin masak apam ni...
dulu pernah buat... tapi dok buat corak polkadot...
then terfikir nak lukis ladybird...

tapi agak comot... hehe... tangan kerasla katakan... :(

Bahan-bahan

( bahan A)

seelok2nya disejukkan dahulu didalam peti ais selama setengah jam untuk memudahkan proses pengembangan...
3 biji telur - dari peti sejuk
220 gm gula halus - saya kurangkan kepada 180 gm-
1 sudu kecil ovallete

(bahan B)
275 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder

150gm susu segar ( lebih kurang 3/4 cawan )

sedikit esen vanila ( untuk elak hanyir telur)- saya tambah...


(bahan tambahan )
Filling blueberry/ strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Cara-cara :
bahan2 A pukul hingga kembang... ( hampir warna putih kekuningan...)
masukkan susu dan teruskan pukulan ( harap faham ayat saya... )
masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak sedikit ( demi sedikit hingga habis dan teruskan memukul sehingga sebati... ( hish ayat teruk bukan? )
kemudian, Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry/strawberr filling secukupnya.
kemudian Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. ( kalau nak buat polkadot )
tapi kalau nak ladybird macam di atas, lukis ikut hasil seni anda....
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Oh ya... :
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah ... dan
Penutup kukusan kena lapik/balut dengan kain/towel bersih supaya air x menitik atas permukaan apam

sumber resepi dari link ini...

sekian, wassalam...

2 comments:

  1. bape kos sebiji apom ni? kalau nak soh hg wat 1000 biji bape hg nak amik? hehehehe
    boleh la meniaga pasni...

    ReplyDelete
  2. aku buat makan2 ja Dyn... kalau nak meniaga ish rasanya buat malu ja... tangan den keras... tengokla deko dia... hampeh... :(

    ReplyDelete