Wednesday, July 27, 2011

Dari Dia kita datang... dan kepadaNya kita kembali...

Bismillah dan As-salam....
Saja nak berkongsi rasa hati mungkin...
Semalam, ada pesakit aku telah disahkan 'brain death' atau 
senang kita fahami seakan mayat hidup...
otak tidak boleh berfungsi dan hanya mengharapkan bantuan 
machine untuk hidup seperti ventilator dan ubatan yang lain...
selalu kes ni terjadi kebanykkannya berpunca dari kemalangan walaupun ada kes2 lain juga...
selalunya sekiranya pesakit telah disahkan brain death, 
keluarga akan diberitahu tentang keadaan pesakit dan bantuan hidup akan diberhentikan selepas keluarga menerimanya...
selain itu, akan juga diberitahu tentang menjadi penderma organ 
@ cardaveric transplant as a donor... ( derma organ dari mayat)... 
huhu... dunia kecil bukan... dulu aku berurusan dengan penerima organ 
dan sekarang aku berurusan dengan penderma pula... :)

berbalik kepada pesakit aku semalam...,
beliau adalah golongan OKU...  jenis cacat pekak dan bisu,
isterinya juga begitu, namun mereka adalah golongan yang terpelajar...
banyak komunikasi antara kami dan isteri beliau menggunakan pen dan kertas... Alhamdulillah...
Tersentuh hati bila semalam, setelah disahkan beliau brain death, 
kami menghubungi keluarga beliau untuk memanggilk istei beliau datang ke hospital...
agan tersentuh hati dan rasa sedih...
bila melihat isteri beliau diberitahu tentang keadaan beliau dengan begitu cara...
entahlah... ini nasib dia...kemudian, kaum keluarga juga diberitahu...
mereka menerimanya... 
seterusnya semua ubatan bantuan untuk terus hidup kami hentikan...
huhu... masa itu, kaum keluarga ada mencuum pipi beliau dan ada juga yang sedang bacakan Yassin
cuma si isteri... hm... kelihatan dia murung... siapa tak sedih bukan?
sebagai seorang insan dan wanita, aku mungkin tidak dapat mengatahui bagaimana komunikasi antara beliau dan si suami...
namun, aku yakin si isteri memohon keampunan dari suami selama hayat bersama... 
dan tak lupa mengharapkan agar Allah ampunkan doa insan yang dicintai...
(T.T)
tahla... aku masih terkenang saat semalam...
huhu...


"Innalillahiwaiina hiraji'un"

Hm... sekarang berulang dari rumah, aku harus ke tempat kerja dalam pukul 12 tengahari dah bertolak...
dekat seminggu dah tak balik rumah sewa... esok pula kerja pagi...
hm...


Sekian, Wassalam...



No comments:

Post a Comment