Wednesday, March 23, 2011

Sambal Ketam Ibuku...

Bismillah dan As-salam...
Untuk pengetahuan korang, aku ni anak sulung...
beruntung sebenarnya jadi yang no 1 ni...
exp kalau perempuan... mak mesti perturunkan skill dan resepi memasak kat anaknya...
aku tak terkecuali... tu yang kalau aku ada kat rumah ni..., 
tanggungjawab kat dapur + seluruh rumah, aku yang ambil... hehe...  mak aku goyang kaki jela... 
btw... just nak share resepi sambal ketam mak aku... 
ha... tentu korang rasa pelik kan? aku asik2 masak makanan laut je...
sebabnya, rumah aku dekat je ngan kawasan orang balik dari laut... lagipon ada dua pupu aku kerja nelayan... kekadang, mak aku kirim kat dia ikan la, ketam la, udang la... harga pon murah berbanding kat pasar tu...

sambal ni simple...
 ketam dilumur dengan kunyit dan garam, kemudian digoreng sehingga keemasan...
letak tepi...
bawang besar 3 biji, bawang putih 5 ulas, cili hidup 5 biji, halia 5cm,
dikisar....

minyak bekas goreng ketam tadi diambil dalam 3 camca, masukkan bahan kisar,
goreng hingga betul- betul masak dalam api yang sederhana.
masukkan garam dan sedikit gula...
sekiranya ada serai, masukkan sebatang serai yang di tilik...

kemudian, masukkan bawang besar dan cili yang dipotong,
seterusnya masukkan ketam yang digoreng tadi...
gaul hingga sebati... siap!

Taraaa!!!! inilah dia sambal ketam resepi mak aku... memang senang...
masak tak sampai 15 minit, terus siap!
( alahai, comot pulak pinggan tu.. ) 

Sekian, Wassalam...


No comments:

Post a Comment