Thursday, February 10, 2011

Seminggu untuk 3 tahun... -.-"

Bismillah dan As-salam...
Barang-barang ni... 
nampak macam sedikit ja... tapi bila kumpul...
banyak beno... macam anak bukit!
penin palo eden nak kemas
hehe... 
aku dalam mood sedang berkemas...
pulang ke Pulau Pinang minggu depan...
pulang bukan untuk bercuti... tapi dapat
transfer kat sana tapi di tempat mana belum pasti...
tarikh 21 Feb 2011
selepas mendaftarkan diri di Jabatan Kesihatan Negeri.
baru blh tahu penempatan sebenar...
bercakap pasal kemas barang ni...
Al maklumla...
tinggal di sini dah 3 tahun...
jadi paham-pahamla...
barangnya mesti banyak...
jadi aku akan 'busy'kan diri untuk mengemas barang 3 tahun selama seminggu...
Aja2 fighting!!!

jadual dalam seminggu terakhir  ini...
malam ni aku kerja malam untuk malam terakhir di ward UN2B...
jumaat- kelepasan malam.. ( cuti )... tapi harus ke hospital untuk menguruskan dokumen2 aku...
sabtu... cuti mingguan.. kemas barang semestinya...
ahad... kerja petang
isnin... kerja petang
selasa... kerja petang
rabu ... kerja pagi 
khamis... kerja pagi
jumaat... last day sebagai warga HKl kerja pagi...
Hm... macam aku tak le terima kenyataan je bunyi kan???
Alhamdulillah... sekarang aku lebih pasrah kot...
reda saja apapun ketentuanNya...
sedih.. memangla sedih... cinta pertama la katakan... haha... :P
tapi life must go on...
Allah sedang rancangkan sesuatu yang baik untukku... 
insyaAllah... :)

Oh ya... lupa pulak... 
HKL ni kedekut betul...
pass pekerja kutip balik... 
takde kenangan betul...


hehe.... pic comot ni ambil masa tu baru seminggu kerja...
biasala HKL... aku kerja pagi, sepatutnya balik pukul 2 ptg. 
aku balik pukul 4 petang... then terus pergi admin nak snap pic...
confirmla... tak cun... ( hehe... macamla cun sangat!)


Sekian, Wassalam...

Waving good bye to Nefrology Unit HKL... Gonna miss great moment working here!

Bismillah dan As-salam...
Semalam... bas yg aku naiki bertolak jam 9 pg dari butterworth...
puas ku pejam mata utk tidur krn malam aku akan berjaga...
namun mata tetap segar bugar....
Dalam jam 10 pagi... aku menerima satu sms...
Bunyi sms tersebut...
“ika pon dapat pindah jugala... betul tak ic ni... 850525-07-XXXX”
Hm... seperti yang terjangka...
Aku reda... mudah2an tempat baru memberikan pengalaman yang lebih baik...
Syukur Ya-Allah kerana engkau jadikan aku reda diatas peristiwa ini...


terkenang aku semasa berdoa di Mekkah dahulu...
Ya-Allah... tempatkanlah aku di tempat bekerja yang baik buatku, agamaku serta kehidupanku... mungkin inilah waktunya... mudah2an... Amin

Sekian, Wassalam...

Tuesday, February 8, 2011

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. 
[Al-Baqarah:112]

Bedebar-debar


Bismillah dan As-salam...


Sungguh tak keruan masa ni...
kawan sekerja aku yg sdg bertugas shift petang call aku ckp yang
status pertukaran dah tahu di bahagian perkhidmatan...
dia pon tak dapat tolong tengok bagi pihakku krn sedang bertugas...
kalu aku kat kl sekarang mesti aku akan serbu perkhidmatan tu...
namun masih lagi kat kg... huhu...
ikutkan harini nk blk kl...
tapi ummi suruh blk esok sebab esok aku kerja shift malam...
jadi naik bas pagi... tghari dah sampai...
KKM ni, banyak benda suruh kami buat secara online...
tapi status pertukaran tak siar pon online...
untuk penempatan baru ada la... huhu...
seharian online harini... hanya sebab nak cari link yg berkaitan...
aduhai... (mengeluh lagi!!!... teruk bukan???)
macam aku dah sebut sebelum ini...
walaupun aku mengharapkan agar bertukar ke tempat baru...
harapnya bukan pada waktu secepat ini...
huhu....

sesungguhnya...

“……boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui”

Ya-Allah... sekiranya sudah sampai masanya untukku berpindah,
jadikanlah aku orang yang reda atas segala ketentuanMu...
dan tempatkanlah tempat kerja yang terbaik buatku dan
jadikan tugasanku itu ibadah keranaMu Amin... (T.T)

Sekian, Wassalam...



Saturday, February 5, 2011

Mesir dan Malaysia...

Bismillah dan As-salam...
Nak bercakap pasal politik...tak pandai sangat...
tapi perlu... demi masa depan agama, generasi hadapan,bangsa dan negara...
Bila tgk Mesir kucar kacir... kadang2 terpikir... Malaysia pon boleh jadi macam tu juga...
Mesir dan Malaysia... antara negara pengeluar minyak dunia...
tapi rakyat masih susah bukan???
walaupun Alhamdulillah, Malaysia Allah masih kurniakan rezeki pertanian dan penternakan yang luas...
tapi dari segi saraan hidup... tidak semua rakyat mampu menanggungnya...
segala benda mahal... kalau siapa yang cakap zaman sekarang ok je... tak perlu perlu risau...
mungkin ada masalah orang tu...
Memang tak dinafikan Rezeki itu kurniaan Allah...
tapi Sebagai ummah... rezeki itu tak datang bergolek... kita perlu usahakan...

mengikut statistuk dari sumber yang boleh dipercayai,
(kawan aku yang bekerja di bahagian masalah mental)
ramai peratusan rakyat Malaysia yang menghadapi sakit mental bertambah...
salah satu punca adalah masalah kewangan...

memangla... Wang bukanla punca bahagia...
tapi keperluan harian hidup zaman sekarang... makanan, pakaian dan tempat tinggal...
memerlukan $$$... apatah lagi bagi yang bekeluarga...
keperluan untuk anak-anak... aduhai...
sejujurnya aku berharap untuk menjadi seorang suri rumah...
menjaga keperluan keluarga dan mendidik anak-anak dengan tangan sendiri...
melihat zuriat membesar di hadapan mata... baru rasa puas...
tapi zaman sekarang... agak sukar bila difikirkan...
agak kasihan sekiranya si lelaki seorang yang bertungkus lumus...
( ish2 melalut pulak!)

berbalik isu politik ini...
kemungkinan boleh berlaku di Malaysia perkara yang sama...
kerana Politik Malaysia dan Mesir tidak ada bezanya bukan???!!!!


Sekian, Wassalam...

Friday, February 4, 2011

Happy Chinese New Year and Happy Holidays to All... :D

Bismillah dan As-salam...
heeeeeee!!!!...
Enti lambat sehari... sepatutnya wish pada ptg 2 hb...
tapi atas kesibukkan krn selasa (2hb) kerja ptg, rabu kerja pagi...
lps blk kerja bergegas nk blk kg...
sempat online sat ja nk berkebun ptg tu...
naik bas kul 6 ptg...
atas sbb waktu raya...
selalu 4 jam setengah dah sampai Butterworth...
tapi pukul 12 baru sampai...

Heeee!!!!....
sekali lagu happy sbb aku bercuti!
hehe... 5 hari... okla tu...

Apapun...
Happy New Year to all chinese!!!

Oh ya tak lupa buat Hidayah Salim Lim...
"Xin Nian Kuai Le!!... angpaw na lai!!!"

Sekian, Wassalam...


Tuesday, February 1, 2011

gambar lucu!

Bismillah dan As-salam...
terjumpa pic ni masa melayari tenet ni...
hehe...
so far aku takla seteruk ini...
walaupon nampak aku asik appear online ja kat FB tu...
ada gak keja yg aku buat tanpa mengadap menda alah ni...
tapi mmg funny tgk pic ni... :)
Sekian, Wassalam...

Sunday, January 30, 2011

cuaca di sini...

Bismillah dan As-salam...

Beginilah cuaca sekitar pusat negara kita sehari dua ini...
hujan rahmat mungkin...
sekurang2nya dapat cuci jalan raya yang kotor...
mengurangkan debu2 yang berterbangan...
menyirami pokok2 sekitar alam...



apapun best juga kalu dapat ZZZzzzzzZZZZzzzz ...
exp lepas balik kerja ni... hehe... :P

sekian, wassalam...

Saturday, January 29, 2011

29 januari 2011

Bismillah dan As-salam...


( Blog ini seakan menjadi diari dan tempat luahan hati kini...)

Hari yang tenang mungkin... :)... Alhamdulillah...
Semalam... sebelum terlelap... aku terdetik di hati ini... ingin pergi ke pantai...
tempat yang tenang bagiku... dan sememangnya aku sangat sukakan laut...
Dan alhamdulillah....
Allah kurniakan permintaan itu... bermimpi berada di dalam suasana laut...
dan bila bangun... alhamdulillah... entah mengapa aku sangat terasa tenang...
syukur Ya-Allah...
sememangnya tidurku tidakla secumil baby ini...hehe
( mekasih Mr. google for the pic)

Kemudian... seperti biasa sekiranya shift pagi. aku akan bergegas ke tempat kerja
jam 6.20 pagi...
sampai saja... terus memulakan tugas seperti biasa...

kemudian dalam jam 7.30 pagi...
ada pesakit berada dalam keadaan tenat...
seperi biasa... bantuan dilakukan secara yang termampu...
jam 8.30 pesakit itu telah disahkan meninggal...
kemudian prosedur seperti biasa dilakukan...
walaupun ada bermacam2 perkara berlaku...
agak sedikit kelam kabut keadaan ward...
aku tetap rasa tenang...
sesungguhnya ketenangan itu tidak mungkin aku miliki tanpa anugerah dariMu...
:)

Syukur Ya-Allah...

sekian, wassalam...

salam kepada As-salam...

Bismillah dan As-salam...
Sedikit perkongsian disini...
saya baru membacanya didalam laman web sosial yang setiap hari saya kunjungi...


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” 

Sumber... klik di sini

Sekian, Wassalam...

Friday, January 28, 2011

Bismillah dan salam...




Ya Allah... 
If I can't have what I want, 
Then please let me want what I'll have...
Amin

sekian, wassalam...

Monday, January 24, 2011


"Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." -
- An- Nahl : 96

2 malam yang meletihkan... :(

Bismillah dan salam...
aduhai *sigh*... kalau mengeluh pahala pon tak dapat bukan?
(tapi aku slalu buat juga... huhu...)
apapun... dah lega... baru je abes duty malam...
entahla ngapa... sekarang nk kata jona tak la sangat
( jona - malang buat sesorang untuk medical field)
tapi letih melayan kerenah orang...
kalau cerita pon buat tambah dosa...
cuma satu je dalam hidup ini...
hidup janganlah sombong...
baik ilmu tak banyak... yang penting adab tu wujud...
janganla ilmu melangit tapi adab sama paras dengan kuman bawah kaki...
*sigh*

teringat dulu pernah aku baca ini...

KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI BERKAITAN

SOMBONG DAN ANGKUH


  • Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita
  • Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
  • Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya
  • Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.

  • Mudah-mudahan Allah tetapkan imanku dan jadikan aku orang yang tidak berubah ke arah yang dibenciNya... Amin...


sekian wassalam...



Saturday, January 22, 2011

Masalah letrik lagi! *sigh*

Bismillah dan salam...
Seminggu ini... aku mengalami masalah gangguan bekalan letrik yang teruk... 
jenuh msg dan call owner rumah ni...
banggunan yg aku sewa ni ada 8 rumah semuanya dan yang alami masalah ini hanya 3 buah rumah termasuk rumah aku... ceh!
masalahnya skrg paip yg ada dawai bekalan letrik ( maaf aku tak pandai bahasa wayaring ni..) ke rumah kami  dimasuki air... jadi perkara biasa yg berlaku kalau letrik terkena air mesti tertendang la suis utama tu...
 ( hish teruk kan cerita aku?? seryes aku tak pandai nak story mori ni)
nak kata punca air dari mesin basuh kami.. rasanya tak sangat...
skrg kat KL musim hujan.. then paip tu pulak lokasinya tidak berbumbung... 
( jadi... paham2 la... )
letrik ada x sampai 2 jam... then off balik...
hish!!!
aku tak kisah sgt tidur kepanasan...
cuma yg geram ni...nk iron baju terpaksa menumpang...
habis barang basah dalam peti tu busuk!...
susah betul... online pon malam je... tu pon dah make sure bateri lappy ni full... kl dah empty... bye jela!
tadi dah datang pakcik2 wayaring tu... dah tukar wayar baru...
hope ada perubahan... Amin...

sekian,wassalam...

Sunday, January 16, 2011

Ummi dan Abah... ( -.-' )

Bismillah dan salam...
Seminggu ni. aku baru ada masa nak menyusun pic yang berlambak dalam lappy aku ni... huhu... cam berat dah... nak beli hard disc baru... Risau pisang berbuah 2 kali sebab dulu aku pernah ada hard disc... dan hobi aku takda kerja lain asik snap gambar je... dan semua pic2 aku simpan dalam hard disc tu... then masa final year student nurse, kawan aku pakat minta nak simpan dalam lappy masing2... kemudian aku pon bagi... yang sedihnya... aku dapat balik yang dah rosak... huhu... tak boleh nak baca hard disc tu... dah banyak kedai aku tanya leh dapat back up ke tak data dlm tu... semua cakap memang dah tak boleh nak tolong... pasrahje la... cuma masih ada yang tersimpan sedikit dlm lappy yg hampir penuh muatan data ni huhu... :(... terpikir nk burn dlm cakera disc. tapi belum berkesempatan...

sedang menyusun pic2 yang ada. terjumpa balik pic2 yg aku snap masa Abah dan ummi sedang tidur...
sedar tak sedar abah dah berusia 53 tahun manakala ummi pula dah 49 tahun... :(... cepatkan masa berlalu...?


sekitar tahun 2007

7 jan 2009


11 mac 2008

25 jan 2009


Aidilfitri 2008


sewaktu ummi ke kelantan... masa ni aku masih mengaji nak jadi misi...
awal tahun 2007 ( seingat aku...)

aku mengaku... agak jahat... semasa melihat mereka tidur aku pasti akan memandang lama di bahadian dada untuk memastikan samaada mereka bernafas atau tidak...aku juga akan merenung raut wajah mereka... kedutan yang banyak telah muncul... kekuatan mereka tidaklah segagah sewaktu kecilku...

Ya-Allah. janganlah kau cabut nyawa mereka selagi harapan yang diharapkan oleh mereka ini terhadap 4 orang anak mereka belum terlaksana... dan jadikanlah kami anak yang terbaik buat kedua ibu bapa kami, anak yang senantiasa menyenangi hati mereka... serta dapat membalas jasa mereka yang tak terhingga banyaknya....(T.T)

DOA BUAT IBU DAN BAPA...

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
- Surah Ibrahim 41



Sekian, Wassalam...

Saturday, January 15, 2011



"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
- Al-Baqarah [186]