Monday, February 21, 2011

Saya Adalah Warga HPP... :)

Bismillah dan As-salam....
Harini... sampai di komtar dalam jam 7.15 am... biasala... abah tak suka sesak...
walaupon naik motosikal... kami bertolak jam 6.45am...
lagipon abah bekerja di Komtar juga... bahagian perumahan...
hmm...pendaftaran di sana...
kami melaporkan diri dalam jam 8.30 am... taklimat diberi...
seramai 42 orang transfer in di Pulau Pinang dan selebihnya mencukupkan amaun 130 orang adalah jururawat terlatih baru yang pertama kali melaporkan diri...
taklimat agakla lama... dan sememangnya semua pakat berdebar..
hehe... tapi jantung tak luruh lagi...:P
dalam jam 11.30 surat penempatan diberikan...
Alhamdulillah... dapat Hospital Pulau Pinang...

- mekasih Encik Google untuk gambar ini-
( Mudah2an... Aku dapat berkhidmat di sini dengan penuh bertanggungjawab
dan seikhlas mungkin... InsyaAllah... )

dalam jam 2 ptg aku melaporkan diri Di HPP pula... dan seramai 97 0rang mendapat penempatan di sana...
untuk minggu ini... aku akan bekerja dalam waktu pejabat.dan penempatan lokasi bertugas akan diberitahu mungkin pada Hari jumaat...

OH ya... adik aku ni... hampeh betul... maghrib tadi sepupu datang dan adik aku bgtau kat diorang peristiwa yang memalukan masa skating aritu... huhu... memalukan sungguh...
umur masuk 26 ni... aku masih belum pernah meluncur ais... itulah kali pertama...
JATUH!... kehkehkeh... tapi benda biasala jatuhkan...?
cuma aku... dah tau nak jatuh boleh pi cakap kat sorang adik lelaki cina yang aku rasa mungkin lepasan S.P.M kot... " Adik... Akak rasa nak Jatuh... then saya nak pegang tangan kamu!"
ish2!!!.. seryes... memang aku malu... tak pernah dibuat orang!!!..
( ni gara2 masa aku nak jatuh adik tu ada depan aku... dan dia pon tergamam... macam teragak2 nak bagi tangan dia seterusnya aku terjatuh!!! haha... macam nangka jatuh pokok.. :P)
puas adik aku jaja pasal kisah aku pada seluruh kaum keluarga... Alahai... !

Sekian, Wassalam...



Sunday, February 20, 2011




Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Saying Tata to Nefrology again... Praying to get a good place to work... InsyaAllah:)

Bismillah dan As-salam...
Alhamdulillah... selamat sampai di rumah tadi jam 2.30 petang bersama barang2 
yang dibawa pulang dari Kl... setengah lagi menggunakan khidmat pakcik KTM ...
Agak keletihan sehari dua ini...
Jumaat last day kerja... kemudian Abah datang mengambilku untuk membeli barang2 di Jalan TAR dan sogo... seterusnya kami ke rumah Maklang Di Pantai Dalam... hampir 12 malam baru baik ke KG. Baru dan parents pulang Ke hotel...
Sabtu pagi... angkut barang ke KTM untuk di pos bersama motosikal yang berjasa denganku selama 3 tahun... kemudian Aabah menghantar kami 3 beradik ke Kl Centre kerana adik no3 ku ingin skating di Sunway Piramid.. pulang dari sunway dalam jam 6 petang...
selepas maghrib kami ke MCD tempat angah buat Part Time...
( part time bersyarat! kalau ponter jatuh... jangan kerja)
kemudian kami pergi ke Danau kota... Abah teringin berbekam lintah... 
termasuk aku merasainya... geli jugak tapi rela jela... 2 jam lamanya lintah 
tersebut menedut darah kami...
jam 2 pagi baru sampai ke rumah...
dan pagi tadi selepas menghantar angah ke Kondo rakyat di pantai dalam... 
baru kami bertolak pulang...
dan aku harus tidur awal... esok akan  mendaftarkan diri di Jabatan Kesihata Negeri 
kerana ingin mengetahui penempatan baru...

hmm... tak ada apa yang diharapkan melainkan Allah menempatkan aku 
di tempat kerja yang bersesuaian... insyaAllah... :)

Sekian, Wassalam...


Thursday, February 17, 2011

let me cry for a while.. ( T.T )

Bismillah dan As-salam...
Ya-Allah... ampunkanlah aku di atas sikapku ini...
aku cuba menyekat airmata ini dari turun...
namun ia semakin mencurah....
aku telah reda dengan ketentuan Mu...
namun aku tidak mempunyai kekuatan untuk menghilangkan rasa sedihku...
ampunkanlah dosa-dosaku...
Dosa yang tak terkira banyaknya...
berikanlah secebis kekuatan buatku kerana aku masih lemah...

Sekian,Wassalam...



Tuesday, February 15, 2011

Maulidul Rasul.. :)

Bismillah dan As-salam...
Selamat menyambut Maulidul Rasul kepada para muslimin dan Muslimat...




Semoga kita mendapat Rahmat dan keredaan dari Allah S.W.T

Sewkian, Wassalam..

Monday, February 14, 2011

Emotional packing... huhu... :(

Bismillah dan salam...
( bekas2 diatas yang sedang dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam kotak..)

Hm... semalam... dah habis berkemas barang dapur...
bekas2 tersebut dibasuh dikeringkan, dimasukkan dalam kotak terus seal!!!... siap satu!
Hari ini... dah lipat baju2 dan masukkan dalam bag...
sedih gakla...
tak tahu mengapa jadi emosi semacam je...
hidup ini... pinjaman dari Dia...
kadang2 kita sedih sebab apa yang kita mahukan tidak diperolehi...
Namun... bila dikenangkan kembali siapa diri kita...
yang hidup di dunia atas pinjaman dari yang Esa...
insyaAllah... kita akan jadi reda... :)

ha.. ni pc snap smlm...
mmg aku semakin emo saat2 akhir ni...
bekerja dalam teamwork yang best mmg sangat hebat...
walaupun kekadang ada masalah remeh temeh...
buat tak kisah lebih baik kan???


pic ni smlm ambil masa baru datang kerja petang...
aku akan merindui saat bekerja dengan kalian semua!

gambar ini diambil dalam jam 4 petang...
oleh sebab weekend...
wad kurang sibuk kerana belum ada pesakit yang masuk untuk pembedahan...

pic ni diambil pada 11 feb.. sebelum aku pulang dari kerja malam...
beginilah suasana ward dalam jam 7 pagi...
- bed making-

Sekian, wassalam...

Sunday, February 13, 2011

target hari ini... DAPUR

Bismillah dan As-salam...


( mekasih Cik Google utk pic gadis cun ini... )

hehe... dah nk dekat 3 hari kemas...
barang masih banyak...
bukan banyak apa pun...
ada benda yang lama tak terusik...
jadi agak berhabuk la kan???
oleh sbb itu, kena basuh@cuci dulu sblm masuk dalam kotak...
haih!!!
okla... harini target nak basuh bekas2, dan segala menda yang ada kat dapur tu...
dah takleh masakla nampaknya... huhu
bagi kering dan seterusnya leh masuk dalam kotak...
( 6 hari saja lagi  Zalikha!!!)

Sekian, Wassalam...

Saturday, February 12, 2011

Valentine Day

Bismillah dan As-salam...
Dengat tajuk pon dah tau ek... lusa harinya...
sepatutnya umat islam tidak menyambutnya
tapi ikut masing2la...itu hal kamu...
cuma 1 aje aku agak sedih...
pagi semalam...masa tu aku baru habis duty malam... dalam pukul 8 pagi...
berkemas meja kaunter dan nak pulang ke rumah la... mengantuk tahap gaban dah...
dan datang Dr. incharge ward...Dr. Kanges...Dr. ni duduk kat kaunter kejap sebelum ke klinik...

kemudian pula datang sorang kawan sekerja aku ini...
dan dia membelek jadual kerja kami...
( untuk pengetahuan korang... jadual tugasan di ward aku... selalunya akan diupdate seminggu sekali...
jadi perkara yang akan kami buat bila sampai tempat kerja ialah membelek roster tersebut... nak tgk tugasan yang telah dijadualkan... kerana kadang2 ada perubahan sekiranya ada staff EL etc...)
dan aku agak sedih dengan kawan aku sorang ni...

Dia - " Eh... 15 haribulan ni cuti umum ek... Cuti apa ek?"
terkesima aku... Ya-Allah cuti junjungan nabi kita... Nabi Muhammad S.A.W..
Dr. Kanges - " Akak... cuti Maulud Nabi la... "
termalu aku... Dr.berbangsa india menjawabnya...
aku menyampuk...
Aku - "ish2... akak cuti keputeraan nabi kitala... "
Dia - " Eh... Ye ke?... tak tahula... "
( sedih aku masa tu... tapi aku tak salahkan dia... mungkin busy menjaga anak2 sampai tak sempat nak tengok kalendar @ Tv yang menyiarkan pasai Hari keputeraan Nabi )
Dia menyambung lagi....
Dia - " sayangla ek... mengapela tak jatuh pada 14 Feb ek?... kalau tak bolehle sambut valentine... "
huhu... terus aku rasa sebak... dan terdiam...

( aku insan biasa sahaja... bukannya perfect bab agama... tidak semua aku tahu...
tapi bab ini rasa sedih... tak tahu nak komen apa... )

perluka kita harapkan cuti sambutan Hari Nabi junjungan kita bersamaan hari ITU hanya kerana ingin 'menyambutnya'??? ...huhu

Mudah2an Allah lembutkan hati kawanku termasuk juga diriku untuk lebih mendalami Agama kami dan tetapkanlah Iman kami Ya-Allah... Ameen...

Sekian, Wassalam...


Friday, February 11, 2011

Cardaveric Renal Transplant

Bismillah dan As-salam...
Pemindahan buah pinggang terdiri dari dua cara...
satunya LRRT ( living replacement renal therapy @ Living related renal transplant)... di ambil dari penderma yang masih hidup dan selalunya ada kaitan dengan penerima buah pinggang seperti suami/isteri/ayah/ibu/adi/ dan sebangainya )

manakala satu lagi...
Cardaveric RRT ( cardaveric replacement renal therapy )

Pemindahan buah pinggang yang mana kidney diambil dari orang yang telah meninggal dunia...
selalunya perkara ini tidak dijangka... kerana buah pinggang diambil dari orang yang telah tandatangani untuk menjadi penderma organ setelah meninggal dunia... jadi selepas meninggal dunia... pengeluaran buah pinggang mengambil masa selama 4 jam... dan buah pinggang tersebut tahan ataupun masih hidup di luar tubuh paling lama 6 jam... jadi... hanya 10 jam kami mempunyai masa untuk menguruskan penerima buah pinggang...
selalunya sebanyak minimum 4 orang dan maksimum 6 orang penerima buah pinggang di panggil...
ini adalah kerana 2 kidney akan diberikan kepada 2 orang...
dan 2 orang dari 4-6 orang penerima yang benar2 sihat akan mendapat buah pinggang tersebut.
dan dalam masa kurang masa 10 jam seramai pesakit diatas di panggil...
dan banyak prosedure dilakukan bagi memastikan kesihatan mereka berapa pada paras 100% sihat...
contonya Echo, stress test, pemeriksaan darah, dan dsb...walaupun di malam hari...
jadi memang keadaan kelam kabut...
kalau pesakit dari perlis ka atau kelantan ka masa perjalanan ke hospital tentula lama bukan?
tak termasuk lagi sabah dan sarawak... jadi faktor ini akan menjadikan masa semakin suntuk...
dan pernah juga kesemua pesakit yang di panggil tidak dapat menerima kidney tersebut kerana masa tersebut kesihatan mereka tidak mengizinkan... seterusnya... pesakit lain akan di panggil... dan masa juga semakin berkurangan... 
HKl adalah pusat pemindahan buah pinggang utama di Malaysia selain daripada Hospital selayang...
Oh ya... kalau pemindahan buah pinggang dibuat di sana pun... kami juga akan menguruskan segalanya...
selepas berjaya memilih penerima yang sesuai, pesakit tersebut dan kidney baru akan dihantar ke sana menaiki ambulance dan pemindahan buah pinggang dilakukan di sana... )


_ maaf sekiranya kurang faham... sejujurnya aku agak lemah dalam tenik penceritaan _

Sekian, Wassalam...

Malam terakhir sebagai staff Ward UN2B

Bismillah dan As-salam...
Aku ada banyak benda nak cerita pengalaman manis dan pahit semasa bekerja...
namun masih belum dapat buat kerana rasa susah nak susun ayat... huhu
InsyaAllah... jika diberi kesempatan. aku akan menceritakan tentang penyakit berkaitan buah pinggang dan pengalaman sepanjang bekerja...

berkenaan dengan malam terakhir semlam...
huhu... bunyi sedih ja...
aku bukanlah jenis yang mengikut emosi orangnya...
tapi setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini...
akan kekal dalam lubuk hati...
hehe... jiwangs la pulak...
jenis sentimental values rasanya... huhu...

sepanjang berkhidmat di sini...
aku memang femes gelaran jona...
oh ya... aku penah mention sblm ni...
jona tu maksudnya malang untuk pekerja spital ni... hehe...
bukan malangnya apa...
sekiranya masa orang lain kerja...ok je...
tapi kalu masa orang jona tersebut bekerja, ada la pesakit masuk tak henti-henti..
pesakit collapse, non stop bleeding,dan macam-macamla...
yang menyebabkan keadaan ward tu jadik busy...
huhu...

dan sesungguhnya aku mengaku kalu masa kerja akula yang paling busy...
susah rasanya nak duduk kat kaunter tu walaupun seminit...
mungkin bertenggek di sana hanya untuk buat panggilan talifon ke makmal dan sebagainya... hehe...

dalam tempoh 3 tahun bekerja ni...
akula jururawat yang paling banyak mengendalikan kes Cardaveric renal transplant dan situasi2 yang aku mention seperti diatas...
sememangnya... aku jona... haha
( Pengalaman kurniaan Allah)

Semalam... masa mula-mula bekerja...
seorang pesakit meninggal... ( innalillah... )
cara meninggal yang agak senang...
pada malam pertama bekerja.... 9 feb diala pesakit yang aku banyak attend...
Blood pressure 50/20 mmhg... tak normal lansung...
pt had high grade fever... 39.5
dan pt weak sangat...
saturation oksigen pon mmg teruk...
macam2 Doktor order...replace fluid dlm bdn la...put pt on inotrops la... dan kerja agak kelam kelabut...
hmm... tapi Allah lebih sayangkan dia...
meninggal malam last aku...
kemudian macam biasa aku meneruskan tugasanku...
ambil blood pressure pesakit...
check paras gula... dan serve ubat..
bagi Feed pesakit menggunakan ryles tube ( 3 hourly feeding )
barula dapat menulis report...
hmm... dalam jam 12 malam...
received call From Dr. Zuad
" staff nurse... malam ni ada Cardaveric yea... satu dari muar, satu segamat, satu perak dan sorang dari kelantan.. saya dah call pesakit dan skrg diaorang dalam perjalanan..."
Aduss!!! jonakan??? haha...
namun aku tersenyum semalaman sebab...
Allah hadirkan kenangan indah ini walaupun dalam kekalutan...
hehe... jam 3 pagi.. sampaila 3 orang pesakit tersebut... kecuali dari kelantan...
kerana kesibukkan dengan bayak perkara...
malam terakhir tadi aku pulang jam 8 pagi lebih...


oh yea... sibuk2 pon... sbbkan jenis sentimental values punya olang...
sempat juga aku snap bottle spesimen yang perlu diisi darah pesakit kedalamnya...
selalunya beginilah banyaknya... :) dan darah diambil bermula jam 5 pagi...

kenangan... indahnya dikau...

Sekian, Wassalam...

Thursday, February 10, 2011

Seminggu untuk 3 tahun... -.-"

Bismillah dan As-salam...
Barang-barang ni... 
nampak macam sedikit ja... tapi bila kumpul...
banyak beno... macam anak bukit!
penin palo eden nak kemas
hehe... 
aku dalam mood sedang berkemas...
pulang ke Pulau Pinang minggu depan...
pulang bukan untuk bercuti... tapi dapat
transfer kat sana tapi di tempat mana belum pasti...
tarikh 21 Feb 2011
selepas mendaftarkan diri di Jabatan Kesihatan Negeri.
baru blh tahu penempatan sebenar...
bercakap pasal kemas barang ni...
Al maklumla...
tinggal di sini dah 3 tahun...
jadi paham-pahamla...
barangnya mesti banyak...
jadi aku akan 'busy'kan diri untuk mengemas barang 3 tahun selama seminggu...
Aja2 fighting!!!

jadual dalam seminggu terakhir  ini...
malam ni aku kerja malam untuk malam terakhir di ward UN2B...
jumaat- kelepasan malam.. ( cuti )... tapi harus ke hospital untuk menguruskan dokumen2 aku...
sabtu... cuti mingguan.. kemas barang semestinya...
ahad... kerja petang
isnin... kerja petang
selasa... kerja petang
rabu ... kerja pagi 
khamis... kerja pagi
jumaat... last day sebagai warga HKl kerja pagi...
Hm... macam aku tak le terima kenyataan je bunyi kan???
Alhamdulillah... sekarang aku lebih pasrah kot...
reda saja apapun ketentuanNya...
sedih.. memangla sedih... cinta pertama la katakan... haha... :P
tapi life must go on...
Allah sedang rancangkan sesuatu yang baik untukku... 
insyaAllah... :)

Oh ya... lupa pulak... 
HKL ni kedekut betul...
pass pekerja kutip balik... 
takde kenangan betul...


hehe.... pic comot ni ambil masa tu baru seminggu kerja...
biasala HKL... aku kerja pagi, sepatutnya balik pukul 2 ptg. 
aku balik pukul 4 petang... then terus pergi admin nak snap pic...
confirmla... tak cun... ( hehe... macamla cun sangat!)


Sekian, Wassalam...

Waving good bye to Nefrology Unit HKL... Gonna miss great moment working here!

Bismillah dan As-salam...
Semalam... bas yg aku naiki bertolak jam 9 pg dari butterworth...
puas ku pejam mata utk tidur krn malam aku akan berjaga...
namun mata tetap segar bugar....
Dalam jam 10 pagi... aku menerima satu sms...
Bunyi sms tersebut...
“ika pon dapat pindah jugala... betul tak ic ni... 850525-07-XXXX”
Hm... seperti yang terjangka...
Aku reda... mudah2an tempat baru memberikan pengalaman yang lebih baik...
Syukur Ya-Allah kerana engkau jadikan aku reda diatas peristiwa ini...


terkenang aku semasa berdoa di Mekkah dahulu...
Ya-Allah... tempatkanlah aku di tempat bekerja yang baik buatku, agamaku serta kehidupanku... mungkin inilah waktunya... mudah2an... Amin

Sekian, Wassalam...

Tuesday, February 8, 2011

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. 
[Al-Baqarah:112]

Bedebar-debar


Bismillah dan As-salam...


Sungguh tak keruan masa ni...
kawan sekerja aku yg sdg bertugas shift petang call aku ckp yang
status pertukaran dah tahu di bahagian perkhidmatan...
dia pon tak dapat tolong tengok bagi pihakku krn sedang bertugas...
kalu aku kat kl sekarang mesti aku akan serbu perkhidmatan tu...
namun masih lagi kat kg... huhu...
ikutkan harini nk blk kl...
tapi ummi suruh blk esok sebab esok aku kerja shift malam...
jadi naik bas pagi... tghari dah sampai...
KKM ni, banyak benda suruh kami buat secara online...
tapi status pertukaran tak siar pon online...
untuk penempatan baru ada la... huhu...
seharian online harini... hanya sebab nak cari link yg berkaitan...
aduhai... (mengeluh lagi!!!... teruk bukan???)
macam aku dah sebut sebelum ini...
walaupun aku mengharapkan agar bertukar ke tempat baru...
harapnya bukan pada waktu secepat ini...
huhu....

sesungguhnya...

“……boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui”

Ya-Allah... sekiranya sudah sampai masanya untukku berpindah,
jadikanlah aku orang yang reda atas segala ketentuanMu...
dan tempatkanlah tempat kerja yang terbaik buatku dan
jadikan tugasanku itu ibadah keranaMu Amin... (T.T)

Sekian, Wassalam...



Saturday, February 5, 2011

Mesir dan Malaysia...

Bismillah dan As-salam...
Nak bercakap pasal politik...tak pandai sangat...
tapi perlu... demi masa depan agama, generasi hadapan,bangsa dan negara...
Bila tgk Mesir kucar kacir... kadang2 terpikir... Malaysia pon boleh jadi macam tu juga...
Mesir dan Malaysia... antara negara pengeluar minyak dunia...
tapi rakyat masih susah bukan???
walaupun Alhamdulillah, Malaysia Allah masih kurniakan rezeki pertanian dan penternakan yang luas...
tapi dari segi saraan hidup... tidak semua rakyat mampu menanggungnya...
segala benda mahal... kalau siapa yang cakap zaman sekarang ok je... tak perlu perlu risau...
mungkin ada masalah orang tu...
Memang tak dinafikan Rezeki itu kurniaan Allah...
tapi Sebagai ummah... rezeki itu tak datang bergolek... kita perlu usahakan...

mengikut statistuk dari sumber yang boleh dipercayai,
(kawan aku yang bekerja di bahagian masalah mental)
ramai peratusan rakyat Malaysia yang menghadapi sakit mental bertambah...
salah satu punca adalah masalah kewangan...

memangla... Wang bukanla punca bahagia...
tapi keperluan harian hidup zaman sekarang... makanan, pakaian dan tempat tinggal...
memerlukan $$$... apatah lagi bagi yang bekeluarga...
keperluan untuk anak-anak... aduhai...
sejujurnya aku berharap untuk menjadi seorang suri rumah...
menjaga keperluan keluarga dan mendidik anak-anak dengan tangan sendiri...
melihat zuriat membesar di hadapan mata... baru rasa puas...
tapi zaman sekarang... agak sukar bila difikirkan...
agak kasihan sekiranya si lelaki seorang yang bertungkus lumus...
( ish2 melalut pulak!)

berbalik isu politik ini...
kemungkinan boleh berlaku di Malaysia perkara yang sama...
kerana Politik Malaysia dan Mesir tidak ada bezanya bukan???!!!!


Sekian, Wassalam...

Friday, February 4, 2011

Happy Chinese New Year and Happy Holidays to All... :D

Bismillah dan As-salam...
heeeeeee!!!!...
Enti lambat sehari... sepatutnya wish pada ptg 2 hb...
tapi atas kesibukkan krn selasa (2hb) kerja ptg, rabu kerja pagi...
lps blk kerja bergegas nk blk kg...
sempat online sat ja nk berkebun ptg tu...
naik bas kul 6 ptg...
atas sbb waktu raya...
selalu 4 jam setengah dah sampai Butterworth...
tapi pukul 12 baru sampai...

Heeee!!!!....
sekali lagu happy sbb aku bercuti!
hehe... 5 hari... okla tu...

Apapun...
Happy New Year to all chinese!!!

Oh ya tak lupa buat Hidayah Salim Lim...
"Xin Nian Kuai Le!!... angpaw na lai!!!"

Sekian, Wassalam...


Tuesday, February 1, 2011

gambar lucu!

Bismillah dan As-salam...
terjumpa pic ni masa melayari tenet ni...
hehe...
so far aku takla seteruk ini...
walaupon nampak aku asik appear online ja kat FB tu...
ada gak keja yg aku buat tanpa mengadap menda alah ni...
tapi mmg funny tgk pic ni... :)
Sekian, Wassalam...

Sunday, January 30, 2011

cuaca di sini...

Bismillah dan As-salam...

Beginilah cuaca sekitar pusat negara kita sehari dua ini...
hujan rahmat mungkin...
sekurang2nya dapat cuci jalan raya yang kotor...
mengurangkan debu2 yang berterbangan...
menyirami pokok2 sekitar alam...



apapun best juga kalu dapat ZZZzzzzzZZZZzzzz ...
exp lepas balik kerja ni... hehe... :P

sekian, wassalam...