Tuesday, March 13, 2012

Return to the blue Lagoon...

Bismillah dan As-Salam...
hm... btw ceta ni ceta faberat aku dari dulu...
tah kenapa... sangat suka ...
maybe sebab ada laut gitu... 
hehe... pantai yang jernih lagi tenang :)
 
walau berulang tengok banyak kali... tetap tak jemu...

siap ada 2 versi... versi Brooke dengan Mila...
tapi aku lebih suka versi mila...
versi yang lebih sopan...


* Kata2 cintun yang aku suka :)

The best and most beautiful things in the world cannot be seen, 
nor touched, but are felt in the heart.
 -Helen Keller

"Love is indescribable and unconditional. 
I could tell you a thousand things that it is not, but not one that it is."
- Duke Ellington


Sometimes when you miss someone, the entire world seems depopulated.
~Lamartine


*Sebenarnya aku baru je tengok movie ni...
ade je tersimpan dalam lappy aku... hehe

Sekian, Wasssalam...

Selamat bertugas di tempat baru...

Bismillah dan As-salam...
Hampir beberapa hari xdan nak berceloteh di sini...
Dan Alhamdulillah... aku slalu Ok je... :)

Dari minggu lepas aku berulang...
jadi drebar hantar dengan ambil adik kat sekolah...
tahun ni PMR... waktu cuti pun still ada kelas...

mungkin agak penat dan jadual waktu yang pening2...
sebab tu xdan nak update blog ni...

 
Sekarang kat Penang Musim hujan...
susana langit macam ni je selalu....
cuma kekadang tu mendung je lebih... tapi tak hujan2 juga...


Hm... Adat biasa la berpindah keluar dan masuk...
15 Mac ni perlantikan baru jururawat dan pertukaran ke tempat baru...
dan dalam ward aku, seramai 6 orang akan berpindah keluar...
1 Orang ke Sabah,, 2 Orang ke Kedah, dan 3 orang ke Perak...

 
Shazila  dan Shima balik Perak...
 Suriati balik Kedah...
  
Nazatul...( di sebelah kiri aku... ) juga balik perak...
Apapun... Semoga Happy Di tempat baru...

Suasana bekerja yang kurang menarik tidak bermaksud persahabatan itu tidak wujud,
kerana bila memikirkan Manusia itu tidak sempurna dan tidak semua dapat memenuhi kehendak orang lain...
insyaAllah kita akan Ok... 
yang penting pembawaan dan penyesuaian kita dalam suasana itu...
cuma kadang2 kita perlu berfikir dan berusaha untuk berubah bagi memenuhi kehendak dan keinginan kita dalam keadaan yang terbaik dan yg kita ingini...
Yg ni Naseera... haha... Cucu Tokey Nasi Kandar Line Clear!!!
( Naseera kata... nampaknya kami jugak yang takkan pindah2... :p)
apa boleh buat Naseera... Penduduk Jati Pulau Pinangla katakan....
Hish... (.-.-") baru dua tiga hari ni... aku dok belek2 muka aku ni...
huhu baru terperasan 4 tahi lalat baru muncul...
adeh!!!( yang terang tu memang yang lama punya... yang baru warna coklat muda camtu)
bila total semua... 11 biji... kalau sapa belek muka aku mesti akan tegur...
kalah penyanyi tu... 
Masa pi kerja, Dayah tegur aku...
Kak ika, Makin banyak tahi lalat la... Ni muka jamban ni...
Hadoi!!!
Sekian, Wassalam...

Jadual Kerja 11 Mac - 24 Mac 2012

Bismillah dan As-salam...
Jadual untuk minggu yang dinyatakan... 

11 Mac - Malam
12 Mac - Malam
13 Mac - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
14 Mac - Ptg
15 Mac - Pg
16 Mac - Pg
17 Mac -  HK ( cuti mingguan )
-------------------------------------------------------
18 Mac -  HK ( cuti mingguan )
19 Mac - HK Owing Double duty (  29 Feb 2012 )
20 Mac - Pg 
21 Mac -  Malam 
22 Mac - Malam ( Mc - Demam )
23 Mac - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
24 Mac - Ptg

Oleh itu, 
Cuti tahunan = 44 hari ( Jadi 43 hari sbb Mc - x cukup hours)
cuti public holiday 3 hari  ( 24/1/2012, 5/2/12 dan 7/2/12)
total semua... 46 hari... 


Sekian, Wassalam...


Thursday, March 8, 2012


"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."
 ( At Takwir  81 : 29 )

Sambung Belajar dan Pilihan hidup...

Bismillah dan As-Salam...
Hm... tidak semua perkara dapat kita kongsi dengan orang...
itu yang dapat di luahkan...

Jumaat lepas, sister aku ada panggil aku,
Zalikha, nama you i dah calonkan untuk senarai post basic ICU hujung tahun ni 
( sesi Julai 2012)
Alhamdulillah... agak berbunga hati,
 (memikirkan aku masih belum berkomitmen... apa salahnya menambahkan ilmu...)
namun, bila ditanya berkaitan dengan markat penilaian SKT ( sasaran kerja tahunan)
sememangnya aku tidak layak...
markah itu perlu mempunyai 85 sepanjang tempoh 3 tahun terakhir bekerja...
dan aku perlu menunggu lagi dua tahun bekerja di situ untuk menunggu masa belajar 
ini bermaksud, lagi 2 tahun perlu bekerja disitu tanpa bertukar ke tempat lain,
kerana sekiranya bertukar, managment di tempat baru berlainan pula...
dan sekiranya aku mengikuti kursus post basic selama setahun,
aku kena berkhidmat di situ lagi 2 tahun... ( mengikut perjanjian Hospital P.P)
bermakna...5 tahun aku perlu di situ tanpa bertukar ke tempat lain....
huhu... ( T.T )

 Di icu aku, markah SKT terus tinggi walaupun kamu baru bekerja, to compare dgn HKL dulu, markah SKT 3 tahun mula bekerja tidak mungkin mencapai 80 kerana mengikut penilaian mereka kamu baru, masih belum mempunyai pengalaman yang luas... 
( Jururawat di Malaysia perlu menunggu turn untuk belajar kerana  sekiranya semua pakat belajar, tiada siapa bekerja untuk menjaga pesakit... )
Di tempat aku bekerja sekarang, aku antara senior tahun ke 5 bekerja dan dah tersenarai untuk mengambilnya krn semua senior di atasku sudah mengikuti kursus ini...

Bila dikenangkan kembali,
Aku suka bekerja dalam suasana "teamwork" walaupun sangat busy...
keadaan yang serabut itu kekadang tidak terasa...
dalam erti kata lain... suasana keseronokkan bekerja itu semakin hilang bila aku di sini...
huhu... ( tiada niat untuk mengata siapa2 di sini... )
cuma terbayang yang aku rasa aku tak mampu untuk bertahan lagi 5 tahun di situ...

There is no such thing to compare tentang yang baru atau yang lama...
cuma keseronokkan itu tiada. hanya itu yang dapat diucapkan... :(

Bersyukur
kerana yang lama itu indah, manis untuk dikenangkan...
Dan baru itu sedikit kekurang... namun ia mematangkan...
Alhamdulillah...:)

Dulu masa2 mula2 mengikuti kursus kejururawatan, 
kami ditekankan untuk menyambung pembelajaran /kursus berkaitan dengan specialty yang kami minati/ kerja kerana memberi ilmu tambahan dan menjadikan kita lebih cekap bekerja krn ilmu Kursus Diploma Kejururawatan 3 tahun tidak mencukupi melainkan pengalaman...

Namun bila memasuki alam pekerjaan,
aku mula terfikir, pekerjaan aku ini mulia... Alhamdulillah...
Namun, insyaAllah kalau ditakdirkan sudah bekomitmen @ berkeluarga, 
aku rasa keluarga itu lebih penting...

Tidak semudah dengan kata2,
Pergi kerja pukul 7 balik pukul 2 @ masuk pukul 2 punch out pukul 9,
datang pukul 9 pukul 7 tepat boleh balik
( ikut shif kerja misi2 di Malaysia)
Namun bila tepat jam 9 malam, kita tidak mungkin dapat terus boleh balik bekerja sekiranya apa2 berlaku terhadap pesakit kerana kerja kita adalah bermain dengan nyawa... dan memang tidak bertanggungjawab sekiranya kita pass over report kepada rakan sekerja seterusnya banyak perkara yang perlu di buat kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku terhadap pesakit tersebut pada shift yang bakal dia bekerja...
lebih senang disebut buat kerja hingga selesai melainkan keadaan tidak mengizinkan.
Dan bila bekerja malam...
sekiranya sudah mempunyai anak2,
( huhu... perlu meninggalkan mereka... tak dapat diungkap... )

Memang benar, kita boleh je minta klinik yang bekerja office hours...
namun bila dihitung , quota penempatan itu tidak banyak...
dan kebanyakkan bila dah usia veteren baru mudah...

Masa mula bekerja , memang aku ada tanam niat untuk sambung belajar...
sekiranya ada rezeki... Alhamdulillah... krn Ilmu itu sungguh berguna...

Bila situasi begini berlaku...
aku tak yakin yang aku dapat bertahan di situ...
kerana keseronokkan bekerja itu tiada...
dan aku rasa aku perlu merancang sesuatu...
dan dalam hati tertanam nak pi Arab... kerja kat sana...
sambil buat ibadat...
dan kumpul apa yang patut dalam tempoh beberapa tahun... 
balik berniaga...
dulu niat nak buka nurseri...
tapi situasi sekarang menakutkan dan kurang selamat...
( -.-")

Bila memikirkan future dan sekiranya Allah berikan aku pilihan...
InsyaAllah, memang aku sanggup lepaskan kerjaya kerana hidup ini sangat singkat...
hanya Allah tahu apa yang aku inginkan... 
dan mudah2an Allah kurniakan aku keadaan untuk aku memilih kelak
Ameen... 

Bab jodoh, aku bertawakkal...
berdoa yang terbaik mudah2an Allah sekiranya sudah sampai waktu, Allah permudahkan...
walaupun lambat... insyaAllah... 
mudah2an aku sabar kerana aku YAKIN dengan Janji Allah...
( bab kawin ni aku takla stress sangat... tak nafi kekadang terlintas bila kesorangan, kawan semakin berkurangan dan melihat kengkawan lain bersama keluarga masing2... )

( pesakit yang aku jaga sabtu lepas, tidak begitu tenat... )
Alhamdulillah... mungin aku tidak mempunyai ilmu yang banyak untuk membantu
namun Allah mengurniakan aku kudrat untuk menolong yang sakit...

Maafkanlah aku diatas kelemahanku ini Ya-Allah...
jadikanlah aku senantisa reda dan bersyukur dengan nikmat2Mu...
Amin... :)

YANG NYATA...
KITA HANYA MAMPU MERANCANG,
DAN DIA SEBAIK2 PENENTU SEGALA KEJADIAN...

Don't cry when the sun is gone, because the tears won't let you see the stars. 
- Violeta Parra.

‎"Maybe now, you don't have this and that.
 But who knows; one day Allah gonna give you something that makes you feel like the luckiest person on earth...InsyaAllah... :)

Sekian, Wassalam...

Monday, March 5, 2012

Sedikit hasilnya banyak...

Bismillah dan As-Salam...
Di petang yang hening...
entri yang kurang berkata2...
ianya sedikit...
 
bila ia meletup 'pop''pop''pop'
Dan... inilah hasilnya... :)

Sekian , Wassalam...

Hampir seminggu...

Bismillah dan As-Salam...
Hampir seminggu rasanya x dpt nk mengomel banyak  di sini...
btw Alhamdulillah lappy yang lekang tu dah pulih.
cuma bila dah tukar ni,part web cam je yg tetiba bermasalah...
then kena tunggu device utk ganti baru.

  Part Gap yang besau tu dah ditukar dengan yang baru...
cuma masih ada gap kecil yang dapat kita tengok kalau perhati betul2...
nak buat macam mana... sapa suruh cuai sangat?!
hope x recurrent la sakitnya ye lappy ku... uhuk2.. :P

tara... si kembar cumil!!!

btw alhamdulillah...
dapatla online cuma still kena tinggal kat rumah tunggu diorang datang 
untuk fixkan web Cam tu...
dan jadual kerja aku pun macam ok sikit untuk berulang sekitar dua minggu ni...

Sekian , Wassalam...

Sunday, February 26, 2012

Jadual Kerja 25 February - 10 Mac 2012

Bismillah dan As-salam...
Jadual untuk minggu yang dinyatakan... 


26 February - ptg
27 February - Pg
28 February - Pg
29 February - Pg / Malam ( double duty )
1 Mac - Malam
2 Mac - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
3 Mac -  HK ( cuti mingguan )
-------------------------------------------------------
4 Mac - Ptg
5 Mac -  HK ( cuti mingguan )
6 Mac - Ptg
7 Mac - Ptg
8 Mac - Pg
9 Mac - Pg
10 Mac - Pg

Owing cuti mingguan 1 hari untuk double duty pada 11 February 2011
kena claim sebab agak sukar diberikan cuti watu ni.
 Cuti tahunan = 54 Hari...

( Disebabkan agak sukar diberikan cuti, Kami Dipaksa untuk menyimpan cuti tahunan sebanyak 10 hari untuk Golden Handshake... :( )

Oleh itu, 
Cuti tahunan ( 54-10 ) = 44 hari
cuti public holiday 3 hari  ( 24/1/2012, 5/2/12 dan 7/2/12)
owing cuti mingguan 1 hari untuk double duty pada 29 February 2011 
total semua... 48 hari... 
huhu

* terfikir kalau aku resign awal... burn la cuti golden handshake aku tu... :(

Sekian, Wassalam...

Wednesday, February 22, 2012

Lappy lagi! :(

Bismillah dan As-salam...
Lama benar rasanya tak mengomel di sini...
Hm... just nak tunjuk kesakitan yang dialami oleh lappy ku...
hampir seminggu...
last year masalah dengan power On button...
but this year agak parak...
sebenarnya dah lekang since aku kat  KL lagi gara2 masa aku duk pegang lappy ni tertiba terjatuh... alahai... careless!!!
nasib jatuh pon paras2 lutut je...
dan xda masalah apa2 pun sebab gap dia memang x nampak unless belek dengan teliti...
dan masih dapat berfungsi macam biasa...
mungkin sebab dekat rumah sewa aku kat Dato' Keramat yang senang berhabuk,
aku rajin tutup untuk simpan dan buka bila nak online...
huhu... akhirnya inilah hasilnya... :(

Boleh nampak Gap antara frame dgn monitor...

sedih kan? huhu... so far dah pakai lappy ni lebih 3 tahun...
dan tak ada pun niat nak tukar yang baru...
bukannya priority pun...
unless hujung bulan aku nak bank in duit sewa rumah dan bayar bill guna Maybank 2U...
kalau nak online FB still blh pakai HP. tapi agak kurang puas sebab 'monitor' sebesar tapak tangan...
Nak online puas2 kena pakai PC rumah jela... :(

Btw... Alhamdulillah...
masih dalam warranty...
agak berbaloi renew stp tahun...
dah call DELL untuk fixkan masalah ni hari Isnin lalu...
cuma tunggu technition datang...
hope tak ambil masa...
mudah2an... :)
Hope aku tak talifon untuk kali kedua dan tanya bila nak datang ni???
sebab saya kerja shif... dan nak cuti pon sehari dua ni je... :(

Sabar Zalikha Sabar!!!

Sekian, Wassalam...

Friday, February 10, 2012

Perubahan kerja dan Jadual Kerja 12 February - 25 February 2012

Bismillah dan As-salam...
Jadual kerja aku berubah untuk esok akibat staff tak cukup.
oleh itu aku kena kerja double duty...

11 February - Malam   Pagi / Malam

Dan Jadual untuk minggu yang dinyatakan... 

12 February - Malam
13 February - Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
14 February - HK ( cuti mingguan )
15 February - Kursus
16 February - Pg
17 February - Pg
18 February -  HK Owing ( 5/2/12-11/2/2012 )
-------------------------------------------------------
19 February -  HKA - Hari kelepasan Am(23/1/12)
20 February -  Malam
21 February -  Malam
22 February -  Hari Tidur ( cuti kelepasan Malam )
23 February - HK ( cuti mingguan )
24 February - Ptg
25 February - Ptg

Cuti tahunan berbaki 29 hari ( tahun 2010+ 2011) + 25 hari ( tahun 2012) = 54 Hari
cuti public holiday 3 hari  ( 24/1/2012, 5/2/12 dan 7/2/12)
owing cuti mingguan 1 hari untuk double duty pada 11 February 2011
total semua... 58 hari... 


Sekian, Wassalam...

Wednesday, February 8, 2012

8 February 2012

Bismillah dan As-Salam...
sumber link

Salam Maulidul Rasul 1433 Hijrah buat semua Umat Islam....
Entry yang lambat... huhu...
aku agak busy kebelakangan ni...
harini kerja pagi dan baru ada masa rilex2...
apapun bersyukur menjadi Orang Islam...
Terima Kasih wahai Kekasih Allah atas segala penat lelahmu...
mudah2an hidup dan matiku dalam landasan ISLAM... Amin... :)

huhu... lately kerana kebusyan...

aku cuma berharap agar...


"
"
"
"

"
"
"
"
"
Dapat pergi sini....!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 "
"

"
"
"
"
"
"
sini lagi!!!!!!!!!!!
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Kat sini pon OK!!!!!

"
"
"
"
"
"
"
"
"
Kat sini pun takpe....!!!! 
huhu... seryes...
Aku suka Pantai.... TENANG!!!

I Need A Veryyyyyyyyy Loooooooooooooooong
Holiday....
(T.T)

seryes kerja sekarang sangat letih...
namun aku bersyukur Ya-Allah... Alhamdulillah... :)
Sekian, Wassalam...

Friday, February 3, 2012

3 February 2012- Hari tidur :(

Bismillah dan As-salam...
Hm... Hari yang aku asik tidur...
seryes mengantuk sangat...sleepy,sleepy and sleepy...
sejak semalam berulang dari Penaga ke tempat kerja...
balik kerja tadi aku tidur dalam jam 10 am.. then bangun pukul 2pm...
tolong mak aku apa2 yg patut kat dapur....
jam 5pm mengantuk balik... huhu
aku memang jarang3 sangat nak tidur lepas Asar...
tapi memang harini terbabas...

Btw... just nak kongsi scene yang aku nampak masa drive atas Jambatan balik waktu kerja around 8 am...
( Pergi kerja, kalau naik moto aku prefer naik feri, lebih selamat...
tapi kalau drive, aku lebih suka guna jambatan... elak sesak... alasan yang kukuh bukan?
sekiranya nak bersantai guna yang mana satu pun takpa... )


( sunrise)
 Alhamdulillah... masih berkesempatan melihat keindahan matahari di pagi Jumaat... :)

Mandi petang tadi baru buat aktiviti...
haha... cuci toilet!
Dah lama tak jadi bibik dalam rumah ni...
Tapi... satgi dalam jam 11 pm lebih dah kena tidur balik...
tidur lagi!?
esok kerja pagi. takut tak terjaga.Jam 5.30 dah kena bertolak...alahai... -.-'

Sekian , Wassalam...