Saturday, April 16, 2011

'Dia' datang lagi...

Bismillad dan As-salam...
Dia datang lagi...
tapi dalam keadaan yang menyakitkan...
sebulan sekali wajib kami bertemu...
tapi rasa sakit amat jarang terjadi...
rasanya setahun sekali baru terasa...
adeh!...
inilah hakikat seorang wanita...
bila senggugut @ "dysmenorrhea" datang...
tak tahu bagaimana nak gambarkan kesakitannya...
" guling2 atas tilamlah jawabnya... huhu "
nak buat kerja rumah pon tak ada perasaan...
sedara pon agak ramai datang melawat adik aku...
maafla... saya pon sedang 'sakit' nak melayan... huhu

tertanya2... apakah perasaan perempuan lain ketika kedatangan sakit ini setiap bulan...

Sekian wassalam

Wednesday, April 13, 2011

Renungan di petang hari...

Bismillah dan As-Salam...
Ceramah Dr.MAZA yang selalu memberikan pedoman,
Alhamdulillah...
credit to google dan youtube... :)
Sekian,Wassalam...

Adik sihat... Alhamdulillah... :)

Bismillah dan As-salam...
Aku dengan adik no 3 masa raya haji beberapa tahun sudah... :)

Adik aku masih lagi di tahan di ward...
syukur... Xray dan semua exam yang di buat menunjukkan tiada kecederaan...
di tahan untuk observation sebab pernah Fits @ sawan... luka di luar takla teruk sangat...
maybe sehari dua esok atau lusa boleh discaj
entahla aku pon tak tengok lagi...
tahu pon menerusi talifon... syukur... :)

Oh ya... tadi masa mengambil pakaian yang sudah kering di luar rumah flat aku ni...
ternampak kanak2 istimewa dari sekolah kanak2 khas di hadapan flat rumah aku... betul2 sebelah Pejabat Pos Jalan Dato Keramat...
nampak riang saja mereka... ( Alhamdulillah... )
walaupon tidak dijadikan sempurna sifat... tapi Allah kurniakan mereka ibu yang senantiasa mengambil berat...
setiap hari aku nampak.. ibu mereka mengambil dan menghantar mereka ke situ...:)

malam ni dan malam esok kerja malam... hari jumaat pagi baru balik penaga...
tak sabar rasanya... :)
nak jumpa family terchinta!...
( macam jauh bebeno kan??? hihi... :P)

Sekian, Wassalam...


Monday, April 11, 2011

Adik kemalangan...

Bismillah dan As-salam...
tak keruan perasaan aku...
pagi tadi mak aku call... adik aku yg nak ambil S.P.M tu kemalangan...
berdasarkan luaran nampak OK...
tapi masa kat hospital dia seakan terkena sawan...
risau aku ...
huhu... penin kepala pikir...
nak balik... hari ni kerja... lagipun parents ada nak take care...
dugaan buat dia nak ambil SPM tahun ni...

Sekian, Wassalam...

Saturday, April 9, 2011

Jadual Kerja 10-23 April 2011

Bismillah dan As-salam...
10 April - petang
11 April - petang
12 April - pagi
13 April - malam
14 April - malam
15 April - hari cui kelepasan malam (hari titon!!!)
16 April - cuti mingguan
17 April - petang
18 April - petang
19 April - pagi
20 April - pagi
21 April - pagi
22 April - cuti mingguan
23 April - petang...

Alhamdulillah...
roster dah keluar... kat sini... dibuat untuk 2 minggu...
lega sikit... nak plan sesuatu pon senang...
apapun syukur untuk 2 minggu kali ini... tidak diberi cuti tahunan sesuka hati...
lega rasanya... mudah2han cuti berbaki 30 hari itu dapat aku simpan... Amin...

Sekian,Wassalam...



Friday, April 8, 2011

10 Laluan selamat


1. Laluan Menuju ke Kubur 
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail 
* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir 
* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan 
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan 
* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim 
* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka 
* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga 
* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW 
* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah 
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Sumber... Link

Aku rasa jatuh sangat...

Bismillah dan As-salam...
Entahla... luahan kali ini...
agak beremosi jugak kot....
hal yang remeh tapi diperbesarkan...
rasa down sangat2!...
cetanya macam ini...

aku ada sepupu yang juga kerja misi macam aku tapi bahagian cardio di hospital ini juga...
macam biasala... aku jarang nak ceta kat orang... kalau orang tanya cam mana kerja...
jawapan yang sama... "huhu.. stress... rasa kena buli..."
tapi tidakla sedetail mana... walaupun dalam blog ada aku luahkan.. seryer ada lagi... lebih teruk rasanya...
aku rasa jawapan ini biasa bukan???
dan bila sepupu aku bertanya... inilah juga jawapan aku... huhu...

nak jadi hal, sister wad sepupu aku dalam progress nak ambil post basic icu,
juga sedang dalam attachment di Icu...
dia kenal aku... so dia ada bersembang dengan sepupu aku di ward mereka...
dia ada tanyakan bagaimana aku di ICU... ok ka?
sepupu aku bgtau sama jawapan dengan aku....
" sepupu saya stress sikit... biasala tempat baru...adala dia rasa macam kena buli... tapi biasala sister"
sedang sepupu aku bersembang dengan ketuanya...
rupa2nya ada orang pasang telinga...
Dr.Aneas Melayu, perempuan, ISLAM....
then dia menyampuk... sepupu You tu kat ICU ke skrg?
sepupu aku kata ye jela... ( tak terjangka yang perbualan mereka didengari)
perkara ini berlaku awal bulan mac seingat aku...

Nak jadi Hal... tadi, kecoh di dalam ICU... bising kata aku kutuk staff ICU...
huhu... sedih sangat2!!!
bila aku pi tanya,... baru ada seorang umat buka cerita kata aku pi cerita kat sepupu aku tentang GICU staff... dan orang yang tinggi pendidikan itu yang buka cerita...
huhu... SEDIH benar!!! apala dosaku dekat umat tu???

mengapa dia pi bawa cerita yang dia tak sendiri dengar dari mulut aku....
seryer... DR. tu... hari ini baru aku jumpa...
muka sangat lembut... cantik...
tapi memang tak jangka... manuasia jenis apa...
tahla... aku pon sebenarnya dah letih...
letih dengan perkara yang bermain dengan emosi...
sangat2!!!
( mudah2an Allah berikan aku kekuatan ini...)
mudah2an Allah bukakan hatinya agar tidak menjadi mulut tempayan macam itu...
malas sangat2!!!
letih!!!..

" Ingat masa kecil... aku amat mengkagumi orang yang pandai2...
namun bila dewasa ...
aku lebih mengkagumi manusia yang baik hatinya... :D"

Sekian,Wassalam...



Thursday, April 7, 2011

"Life does not have to be perfect to be wonderful." 

- Annette Funicello

A walk to remember...

 Bismillah dan as-salam...
Pagi tadi, dalam pukul 9 lebih, aku pergi menemani ummi pergi bank...
balik dr bank , sepanjang menyusur kawasan kepala batas itu,
aku memang perasan sangat2 dari sebelum ini... banyak dah berubah...
memang orang slalu kata masa dah berubah...
sebenarnya, masa itu tidak pernah berubah... masih 24 jam lamanya....
tapi zaman dan persekitaran yang senantiasa berubah...
 dan sedar tak sedar umur kita di dunia semakin pendek... huhu...
cukupkah amalan aku ???
-.-"

dan lepas asar, macam biasa bailk ke rumah sewa naik bas,
naik feri di jeti, kemudian ambil bas ke rumah sewa...
dulu.. masa kecil... keluar ngan kengkawan untuk ke sana...
tapi sekarang aku gunakan feri tersebut untuk kerumah sewa...
dalam erti kata lain... ke tempat pencarian rezekiku...
situasi yang aku tak pernah rancang dan duga sebelum ini...

Entahla... hidup tak dapat di duga...
perjalanan diaturkan oleh Nya...
kadang2 kita sedih dngan apa yang kita hendaki tapi tak dapat dimiliki...
sedangkan kita tak tahu... kemungkinan perkara itu tidak baik untuk kita...
tapi satu perkara... aku sangat2 bersyukur... aku ada Allah dan keluarga...
tak lupa kawan2... yang aku tak nafikan semakin berkurangan bukan kerana mereka lupakan aku...
mungkin kerana mereka ada tanggungjawab yang lebih setelah berkeluarga...
cuma buatku... tidak pasti... percaturan hidup yang bagaimana...
cuma berharap agar senantiasa berada di dalam keredaanNya....



suasana petang atas feri... ( menghala ke pulau...)

Sekian, Wassalam...

Wednesday, April 6, 2011

Lagi 4 bulan...

Bismillah dan Salam...
Masa membelek Calendar tadi...
tengah aku jot sumtin + jadual kerja aku kat kalendar tu...
pastu perasan  balik yang bulan ramadhan jatuh pada bulan Ogos...tak lama dah...
huhu... jujur aku cakap bulan tu yang aku nantikan setiap tahun...
bulan yang aku suka sebab siang berpuasa dan malam hari dapat taraweh...
teringat masa kecil... rumah berdekatan dengan rumah tok...
Tok akan ajak aku ke surau berjalan kaki hampir 10 minit ke surau...
Alhamdulillah... ajakan Tok tu jadi tabiat aku sekarang... :)
Masa kerja.. kalau shift petang @ malam..
kekadang kalau sempat aku cuba buat 8 rakaat @ terlepas untuk bertaraweh... :(
Dan sekarang... aku terpikir...
kat penang ni kat mana la aku nak pi taraweh nanti... 
rasanya masjid terdekat masjid negeri...
mungkin aku perlu berulang dari penaga kot... ( biar masa menentukan )
( sekiranya umur panjang dan masih dikurniakan oleh Allah untuk beribadat..
mudah2an hati ini tetap... Amin)


Masa kat KL dulu... 
Masjid Kg Baru memang meriah Solat tarawehnya...
namun agak jauh dari rumah aku...
kalau lewat pergi... memang tak ada tempat nak solat...
cuma aku hanya berkesempatan lakukan taraweh di surau bersebelahan rumah...
jalan kaki 5 minit je...
tu pun meriah... budak2 tahfiz jadi imam... seryer sayu bacaan mereka...
sesungguhnya aku rindu!... huhu...
(T.T)

dan Alhamdulillah... 
Allah beri kesempatan buatku untuk berada di Kota sucinya tahun lepas... 
dan sememangnya berada disana... ketenangan yang amat... 
tidak pernah aku alami di sini...
selalunya Umrah Ramadhan agak tinggi kosnya , 
tapi disebabkan aku pergi bersama dengan makchaq dan pak chaq
( yang juga merupakan mahramku)
yang hampir dikatakan saban tahun melakukan ibadah umrah,
Alhamdulillah, kosnya agak murah, kerana penginapan, pengangkutan dan mutawif yang kami guna khidmatnya adalah yang terbiasa dengan mereka .
kos yang tidak melebihi RM 7500.
( penginapan yang biasa, tapi Alhamdulillah selesa dan 
penting sangat dekat dengan masjidil Haram )

Alhamdulillah, aku bersyukur... aku dapat melakukan apa yang aku harapkan... 
cuma bukan rezekiku untuk beramal lama di Madinah kerna aku "uzur perempuan"
hanya 2 hari rezekiku di Madinah untuk berada di Masjid Nabawi dan di Taman Syurga Allah... iaitu raudah... (T.T)
( Oh ya... aku pernah menulis tentang aku mahu ambil suntikan hormon dahulu...
namun... aku tak ambil... biarlah ia seperti biasa... ) 

Bila difikirkan mengapa kita tenang di sana...
mungkin kerana... tak perlu pikir pasal kerja...
tak perlu pikir pasal hal yang tah apa2...
hanya fikir... nak pergi masjid... nak beribadah...
mungkin sebab itu Allah berikan ketenangan itu...
aku juga ada berdoa... sekiranya di izinkannya...
aku mahu pergi lagi sebelum usiaku menjadi 30 tahun...
dan kalau di-izinkanNya, aku mahu pergi bersama insan yang Halal buatku berkasih sayang :)
mudah2han Allah maqbulkan doaku, tetapkan hatiku,
dan murahkan rezekiku untuk berusaha ke Tanah suciNya lagi...
Amin :)

 Di sana... Bulan Ramadan itu sememangnya bulan ibadah yang sungguh meriah...
tidak ada bazar ramadhan...
sedekah jariah memang banyak...
setiap waktu Di masjidil Haram penuh dengan ummat manusia...
teringat rutin harian 10 malam terakhir ramadhan... 
ikut jam mekah (6 jam lewat dari kita )
bagun pagi pukul 3.30 pg...bersahur... kemudian menapak  ke Masjidil Haram...
jarak antara rumah rehat ke Masjidil haram berjalan kaki selama 10 min...
subuh pukul 4.30 pg...
kemudian... habis solat... baca Al-Quran...
dalam pukul 7 pg.. terus buat tawaf sunat...
kalau ikutkan mahu tawaf selepas subuh... namun orang terlalu ramai...
jadi perancangan beginilah yang selalu dibuat...
sesudah tawaf... ada lakukan solat sunat Dhuha dan terus balik ke hotel...
masa ni la nak basuh baju... lelap sat dan buat apa yang patut...
kemudian dalam jam 10 pagi...
kami kembali ke Masjidil haram... untuk ambil tempat...
kalau lambat... memang tiada tempatla nampaknya...
masa ni la nak continue baca Al-Quran...
dalam jam 12 masuk waktu zohor...
selepas waktu  kami masih berada Di sana...
sehingga asar jam 3 .30 ptg...
selalunya selepas asar, ada hari aku tunggu di Masjidil haram...
dan ada hari aku pulang...
ikut kalau ada hal yang nak buat...
Sekiranya masih di sana, selepas sembahyang maghrib akan pulang ke hotel... 
untuk berbuka makan makanan yang disediakan di sana... dan kembali ke Masjidil Haram... selalu kalau buat macam ni, tempat solat isyak dan taraweh yang dapat ialah di dataran masjidil haram... iaitu di bahagian luar.
..
Namun sekiranya aku balik ke hotel selepas asar... 
After magrib  (selepas berbuka)terus datang balik cepat2 untuk ambil tempat didalam masjidil haram... maghrib jam 6.30 mlm...
isyak jam 8.30 malam....
macam di malaysia selalu taraweh  20 rakaat di sana juga akan berlansung selama 2 jam lebih...


Pada jam 11 kami brd di hotel untuk tidur...dalam jam 1 pagi kembali ke masjid untuk solat sunat tahajjud...
solat sunat ini dilakukuan sebanyak 8 rakaat... 2 rakaat 4 kali ...
diikuti dengan 3 rakaat solat sunat witir...
memang lama sembahyang tahajjud yang dilakukan di sana... 
hampir 15 minit untuk setiap rakaat...
Rasa sedih sebab sebagai umat islam, aku tidak dapat memahami kandungan bacaan surah Al-Quran ...
tambahan... imam menagis tersedu2 sewaktu solat dilakukan...
(T.T) teruk bukan??? huhu...
( mudah2an aku akan mendalami bahasa Al-Quran ini dengan lebih mendalam )


Solat tahajjud ini berakhir jam 3 pagi... kemudian akan pulang ke hotel untuk bersahur...
dan kembali ke Masjidil Haram ................


Dan rutin ini hanya sempat aku rasai selama lapan hari sahaja... huhu
memang tak dinafikan 10 malam terakhir adalah sangat singkat waktunya...
namun... ialah saat yang paling indah dan amat dinantikan oleh Ummat Islam di sana...

sewaktu di madinah... makanan inilah disediakan sewaktu berbuka di Masjid Nabawi.
Orang madinah lebih tertib berbanding orang di mekkah...
( mengikut pandangan aku )


"Ibu-Ibu dan Ayah " yang menjaga aku semasa berada di sana...
Terima kasih yang tak terhingga... :D
Jasa kalian insyaAllah akan saya kenang hingga ke akhir usia :)


K.Cik dan K.Zana... teman sebilik...
menjadi peneman setia ke Masjid dan sekitar perjalanan di sana...
Terima kasih...semoga persahabatan berkekalan hingga akhir hayat... :D


Alhamdulillah... InsyaAllah... mudah2an aku akan ke sana lagi... Amin...

Suasana Tawaf... Sebelum pukul 7 pagi...
( aku berada di Tingkat 1 )
Suasana Tawaf jam 7 am.

Suasana Saie... selepas solat taraweh...

 Suasana jam 1 am. 
sewaktu ingin bertahajjud...




Suasana selepas Duha...




Subuh Terakhir, sebelum pulang.
syukur diberi peluang Solat Dihadapan Kaabah pada waktu yang sangat2 sesak :)
  
Di Jabbar Rahmah :)

Ya-Allah...
Maqbulkanlah hajatku agar dapat berada dan beribadah di Tanah SuciMu lagi .
Amin :)

Sekian,Wassalam...


Ikan bawal masak cuka

Bismillah Dan As-salam...
Bahan2nya :
- ikan bawal 
- bawang putih dipotong halus
- halia dipotong halus
-cili hidup dipotong
-cuka
 ( halia dan bawang putih agak banyak digunakan)

Cara2nya :
 -ikan bawal digoreng sehingga garing dan diletakkan tepi,
- minyak bekas goreng ikan tersebut dimasukkan halia dan bawang putih, cili serta air,
- masak sehingga mendidih masukkan cuka... ( ikut selera lidah )
-kemudian masukkan garam dan gula
siap!


sekian, Wassalam...
 

Gulai kerang

Bismillah dan As-Salam...
Masakkan kampung semestinya...
Gulai kerang ni ala2 masakkan masak lemak...
cuma bezanya, kunyit diganti dengan rempah

bahan2nya :
-isi kerang,
-nenas yang dipotong,
-rempah gulai ikan,
-santan,
-garam.

cara2nya :
rebus nenas, dan rempah dengan air sehingga rempah tadi betul2 masak dengan api sederhana,
masukkan kerang dan santan.
masukkan garam...
tunggu hingga mendidih...( mendidih jangan terlalu lama... elak pecah minyak )

ni la masakkan kampung yang senang...
isi kerang boleh juga diganti dengan ketam...
cara masakkan yang sama...

Sekian, Wassalam...


Kanji @ bubur lambuk...

Bismillah dan As-salam...
Semalam, hari ini, dan esok, aku off duty... 
cuti yang tak sama waktu dengan cuti orang bekerja...,
kesimpulannya, tiada sepupu @ kengkawan @ adik2 yang boleh dibawa berjalan2...
oleh itu duduk di rumah sajala... :(

teringat selasa minggu lepas,
masa tu mak aku tak ada dirumah kerana pergi ke menziarahi mayat di kampungku, mak ngah aku call tanya macam mana nak buat bubur lambuk...
ikutkan dia nak tanya mak aku, tapi disebabkan situasi tersebut, aku pon bagila resepi bubur lambuk tersebut.
bukannya mak ngah aku tak pandai buat, cuma lama tak buat, dia terlupa...
masa tu kira2 dalam jam pukul 10 pg, ikutkan aku dah nak masak makanan tengah hari...
oleh kerana cuaca hujan renyai2 tersebut, aku tukar rancangan, masak kanji tengah hari,
petang baru masak makanan tengah hari sebab abah balik kerja jam  ptg, adikku sekolah irsyad balik pukul 5 petang...

just nak kongsi resepi kanji orang utara yang femes masa bulan puasa,

beras, halba, halia yang dicincang lumat, serai yang ditilik , dan air direbus seperti buat bubur @ moy ( bahasa utara), sekiranya perlu, masukkan daging lembu yang dipotong dadu dan lada hitam...
kemudian , setelah menjadi moy,masukkan udang, dan santan... biar sehingga mendidih.(elak mendidih terlalu lama...kerana santan tersebut boleh pecahkan minyak..)
masukkan garam...

buat tumis darat,
bawang besar dan bawang merah yang telah di potong digoreng sampai warna keperangan,
masukkan kucai kacau dalam kuali bersama bawang tadi kurang dari 1 minit.
kemuadian masukkan ke dalam bubur tadi...
( kuantiti bahan2 ikut selera masing2 )

Taraaa!!!
inilah kanji utara,

teringat dulu,masa di kolej, aku pernah masak kanji ini dan kengkawan aku pon masak juga bubur lambuk diorang dari melaka... memang lain...
masakan kanji mereka diletakkan rempah...

Sekian, Wassalam...

Tuesday, April 5, 2011

Sakit dan Manusia...

Bismillah dan salam...
Sekadar berkongsi pandangan dan rasa...
selama 3 tahun bekerja.... 
seringkali aku berhadapan dengan insan yang sakit...
kekadang sakit ini tak dapat dimengertikan dan banyak cabangnya...
sakit berkaitan dengan kemerosotan organ badan itu, memangla satu yang tak dapat dijangka...
namun sebagai manusia, kita dapat mencegahnya
namun, bila bercakap tentang keadaan seseorang individu berhadapan dengan rasa sakit,
ia sangat berbeza...Untuk sesetengah insan.. luka sekecil 1 cm... amat perit, 
namun bagi sesetengah lagi... ia sakit yang kecil saja...
berkaitan dengan rasa sakit yang dapat dilihat apabila
melakukan cucian terhadap luka mereka, ada yang tahan, dan ada yang meraung kesakitan...
ada bersembang dengan pesakit yang lukanya besar, namun amat tahan dengan 'dressing' yang dilakukan...
" sakit biasa je misi, pakcik biasa buat kerja berat... dan kadang2 jatuhla, lebih sakit rasanya dari ini... " 
dan juga pernah lakukan prosedur yang sama pada pesakit yang lukanya agak kecil berbanding pesakit di atas... namun pakcik tersebut tidak dapat menahan kesakitan dan memerlukan ubat tahan sakit sewaktu lakukakn cucian keatasnya...
bila difikirkan, pengalaman hidup akan menjadikan seseorang insan kebal atau tidak dengan sakit...
contonya... bagi sesetengah kanak2... bila terjatuh kerusi walaupun tiada kecederaan, ibu bapa memainkan peranan,
memujuk anak tersebut, mengikut kata anak mereka... seakan jatuh tersebut adalah kemalangan yang amat dasyat... ( selalunya dari golongan berada )... ini menjadikan sakit sebegitu rupa amatla perit.
manakala contoh lain, selalunya berlaku pada golongan kebanyakkan, sekiranya anak mereka jatuh contohnya, jatuh basikal,... kebanyakkan ibu mereka akan memarahi mereka kerana tidak berhati2 menunggang basikal...
seterusnya menjadikan sakit tersebut adalah perkara kecil walaupun terdapat luka besar pada tubuh mereka...
dalam erti kata lain di sini, sakit itu berbeza bagi setiap manusia...


( sekadar berkongsi pandangan )


Sekian, Wassalam...

Saturday, April 2, 2011

love...

Bismillah dan As-salam...
Baru ja terbaca ni...
best ayat2 dia...
Yup! love someone, love her/ him for who she/he or really is...
"True love never dies for it is lust that fades away. Love bonds for a lifetime but lust just pushes away."
Immature love says: 'I love you because I need you.' Mature love says: 'I need you because I love you.'
'Fate Determines Who Comes Into Our Lives, But Heart Determines Who Stays...'
We should Only Love only and only For the Sake of Allah...In What makes me love them if they have Strong Imaan in Allah Subhana Wa Ta'ala and if they are Move Away by rejecting the truth out of arrogance then we can hate them for the sake.There will b no trust.And we couldn't meet them in Jannah. So we should "Love each other only and only For the sake of Allah because in there will be a strong trust until in Jannah, InsyaAllah...very nice...really awesome...
sumber... link


Sekian, Wassalam...