Wednesday, March 9, 2011

Jawapan kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

Bismillah dan As-salam...
Saya pernah post tentang artikel penggunaan salam di sini...

dan 
ada jawapan untuk artikel tersebut...


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

sumber dari sini...


Sekian,Wassalam...
. 

Saturday, March 5, 2011

“I Tell The Boys And Girls:
Allah Has Already Written The Names Of Your Spouses For You.
What You Need To Work On Is Your Relationship With ALLAH SWT.
He Will Send Her/Him To You When You’re Ready.
It Is Only Matter Of Time.”

~SHIEKH MAMDOUH~

ambil dari sini

Thursday, March 3, 2011

Saya Demam... :(

Bismillah dan As-salam...
Saya demam selsema...
huhu... beringus tak habis2...
lama dah tak demam...
rasanya last masa kena campak 3 tahun sudah...
dan sekarang hidung tak habis2 mengalir cecair itu.. :(




Monday, February 28, 2011

Tetamu dan mengemas...-.-"

Bismillah dan As-salam...
Esok aku akan pindah lagi... InsyaAllah... -.-"
pindah ke rumah flat dekat Jalan Dato Keramat...
dekat spital tu je...
senang sikit pergi kerja... jalan kaki je...kesian kat abah... setiap hari hantar dan ambil aku...
nak merempit@drive sendiri... boleh... tapi aku masih tak cekap jalan...
lama juga dok luar... ( UITM arau ( perlis), KKNC ( kelantan) then kat KL)
memang rajin balik Kg... tapi kalau jalan mesti ngan Family dan ngan sedara mara tak lupa kengkawan aku dua orang tu... dayah dan diyana... :)
memang payah nak ingat jalan unless aku drive sendiri... kenyataan yang aneh... huhu
pastu abah pon jarang bawa kami ke pulau... kalau nak beli barang rumah sekitar seberang jaya @ Sungai Petani ja... malas sesak!

hm...maybe next week shift duty kot...
Oh ya... terlupa... jumaat lepas aku ditarik ( betul ke ayat ni?) ke GICU... untuk penempatan yang masih sementara... dan masih bekerja waktu pejabat...
yang kekal kemungkinan jumaat ini diumumkan... 
jadi... ketua pon bgtau mayb next week dh mula duty shift...  
if sy kekal di sana...( I Hope so... Amin... )
jadi sudah mula buat kerja macam biasa...
walaupun bersama staff incharge pesakit tersebut...
keletihan bukan sebab kerja rasanya... kat Kl dulu lagi serabut kerja...
kena manage pt yang ill dan untuk ke Operation dan sebagainya...
tapi sekarang hanya perlu manage pesakit yang sangat ill dan diberkan 
bantuan untuk terus hidup...
walaupun situasi berbeza...
mungkin sebab travel pergi dan balik kerja lama kot...
dan sekarang masih letih sebab sedang aku berkemas dari hari sabtu sampai sekarang untuk pilih barang yang perlu dibawa ke rumah sewa... dan selebihnya disusun di tempat yang sebenarnya...
tambahan rumah ini... tetamu asik berkunjung...rezeki...
jadi tertunda la kerja mengemas aku tu... hmm...

tahla... suasana rumah baru...
camna la orangnya... kita tidak tahu penerimaan orang terhadap kita...
terutamanya untuk permulaan...
harap dapat roomate yang ok... Amin...
dan tak lupa tenet yg ok... walaupon takla selaju streamyx yang kadangkala lembab juga... huhu

tak lupa ... GOOD BYE MR FEBRUARY... AND NICE TO MEET U MR MARCH!
and im getting older.... huhu


Sekian, Wassalam...




Friday, February 25, 2011

Mari menyanyi lagu :)

Bismillah dan As-salam...
Jom nyanyi tanpa musik... !!!
seindah suria, yang membawa bahagia...
lah dari hati, dunia mu berseri...

umpama titian, dalam kehidupan...
kau ter , ku ter...
Kemesraan menguntum...

...,Kepada semua...,
manmu, amatlah beharga...
...,membahagiakan,
Dengan man terjalinlah....
ikatan...

tahu kan lagu ni? masa kecik rajin dengar kan kat TV...
kalau tak tau... meh dengar!

huhu... seryes... suasana kerja yang aku hadapi sekarang memang lain...
susah sungguh nak tengok mereka senyum...
mahal sangat kah???
huhu...


kuda ni kelihatan menawan je bila senyum... hehe...

tapi kalu senyum sorang2 tu... janganla... tak payah buat!
huhu...

Sekian,Wassalam...

Thursday, February 24, 2011

Shalalala and From this moment...

Bismillah dan As-salam...
Tak sabau den nak tunggu hari esok... YahHOOo!!!!
last day kerja utk dis week...(walaupon dalam suasana orientasi saja)
minggu ni mmg aku mengaku... amat letih...
( walaupun aku dah cuba set mind aku utk tidak letih... )
tapi tak berjaya... huhu
mungin kerana balik kerja sampai dah nak maghrib...
malam... aku mengemas barang2 yang dibawa pulang dr Kl...
tu pon masih belum habis... :(
pastu letih berkebun.... hehe ( wajib tu... ) nnt layu pokok ku... :P
tak lupa kat city aku tu...
dan membebel dalam blog ini... ( tempat luahan wajib... nak luah kat sapa lagi...:P )
mungkin ini dapat luahkan apa yang aku pendam kot... walaupun tak semuanya...
tapi lega rasanya... :)

sebenarnya... tadi dah diberi penempatan sementara
maximum penempatan selama 2 minggu... kemudian baru akan diletakkan penempatan sebenar...
aku dapat "pain klinik"... dan digelar APS nurse ( Accute Pain Service Nurse)
hehe... kalu orang yang rasa nak kerja waktu pejabat... mungkin sesuai...
kerja dalam klinik dan akan berurusan dengan orang yang diberi ubatan tahan sakit dalam tempoh tertentu...
kemuadian datang ke klinik mengikut tarikh temu janji yang ditetapkan...
kemudian ubat tahan sakit tersebut akan dikurangkan dose atau dihentikan...
mengikut situasi pesakit...
selain itu, nurse ini juga akan pergi melawat pesakit ke ward yang memberi ubatan tahan sakit dalam tempoh berpanjangan... kerana ubat tahan sakit adalah termasuk dalam golongan dadah yang merbahaya..

Mungkin pada usia ini.. aku rasa belum sesuai buatku kerja waktu pejabat...
lebih baik mengambil pengalaman dulu... di tempat yang sibuk...
melainkan sudah berkeluarga... itu hal lain... Family become first... InsyaAllah...

Oh yaa... suasana di sini... kalaula di masa hadapan ditakdirkan Allah sekiranya aku perlu masuk ward...
aku cuba seboleh2nya agar tak masuk ke tempat yg aku berkhidmat sekarang...
huhu... tak selamat dan tak ada privasi lansung...
bagi unit tertentu... mungkin sesuai... lelaki dan perempuan bercampur...
tapi di sini... MOJORITI tempat ... bercampur...
sekiranya di asingkan mengikut Cubicle... mungkin ok...
tapi... jangan pelik bila kamu bangun tidur bila pusing kiri...
katil di sebelah ada orang lelaki... dan pusing kanan pon perkara yang sama berlaku...
ish2!!!... selamat ke tu?
tahla... ( dan aku dalam proses masih membiasakan diriku dengan suasana di sini)

haa... malam ni... aku dok pusing dengar lagu2 di atas je...
lagu feberet berzaman...:)

Sekian,Wassalam...



Wednesday, February 23, 2011

saya dalam keletihan... huhu

Bismillah dan As-salam...
Bertukar ke tempat baru adalah perkara biasa...
Namun mempelajari budaya baru serta menyesuaikan diri agar selesa dengannya ...
agak menyukarkan....huhu!!!

mungkin aku masih belum dapat membiasakan diri lagi dengan suasana baru!!!
suasana sememangnya sama...
But "culture"... there is so much different!... you need to learn and adapt with it!

macam susah ja nk menyesuaikan diri...
walaupun di tempat kelahiranku sendiri...
tapi inilah kenyataan yang sedang aku hadapi...
( maaf... mood letih... )


Sekian, Wassalam...



Tuesday, February 22, 2011

M2M- Pretty boy...

Lagu Feberet sepanjang masa... :)


Love never claims, it ever gives; love never suffers, never resents, never revenges itself. Where there is love there is life; hatred leads to destruction.
- Mahatma Ghandi-

Dunia yang kecil...:)

Bismillah dan As-salam...             
Dunia ni kecil bukan?... 
ha... tadi berkesempatan bersembang dengan staff Nurse yang juga baru transfer in Dari Hospital Ipoh... bersembang punya bersembang... 
baru aku dapat tahu yang dia pernah sekali menghantar pesakit ke 
Ward aku masa di HKL dulu...( 2 bulan sudah ) alahai...
macam manala aku boleh lupa akan wajah dia... huhu...
Dia juga bertanya kepada aku tentang pesakit yang dihantarnya kepadaku... Uncle P
Uncle P mendapat CKD ( chronik Kidney Diseases) setelah menjalani 
Homeopati di selatan Thailand... 
Hospital ipoh tak dapat manage kes beliau jadi hantar beliau kepada kami...
Dan sekarang beliau telah menjalani hemodialysis setelah banyak cara yg terdaya 
dilakukan bagi menyelamatkan kidneynya gagal... 
mengikut keputusan ujian makmal, menunjukkan system badan beliau 
menghasilkan antibodi baru yang pertama kalinya wujud Di Malaysia...
Memang kes beliau agak mendapat perhatian dan aku salah seorang yang 
pernah incharge beliau dan kali terakhir minggu lepas... 
hampir 2 bulan lamanya pesakit tersebut di sana dan masih belum di’discaj’kan lagi...
Banyak sample darah yang kami hantar ke Australia untuk mengesan punca terjadinya antbodi tersebut... namun masih belum mendapat jawapan tidak diketahui...
Nasib manusia sungguh tak sama... Beliau mengambil treatment Homeopati tersebut hanya untuk mendapat ketenangan... Namun sebaliknya berlaku... 
Tapi pesakit seorang yang positive thinking...

Ingat juga di saat akhir bekerja... aku ada memohon maaf kepada pesakit2 sekiranya ada melukakan hati mereka dan sekiranya lambat memberi khidmat atas perkara2 yang tak dapat di elakkan...

Satu kata semangat yang diberikan oleh uncle P yang insyaAllah aku akan cuba kekalkan dalam hidup ini...

“ misi... jangan risau... tak ada silap... kamu buat kerja sahaja... tapi ingat... kamu baik... hati juga baik... mana tempat pergi pasti tak ada masalah “

Thank You Uncle... :)
insyaAllah saya cuba untuk menjadi manusia yang berguna untuk Alam Allah ini... Amin... :))

Oh ya... tadi juga kami diberi pilihan untuk untuk membuat penempatan ward...
( penempatan diberikan mengikut kekosongan wad)
hm... setelah dipikir sedalam mungkin...
- General ICU
- Jabatan Kecemasan
- Jabatan Nefrology...

inilah pilihan yang telah aku buat... 
kerana aku ingin menimba pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru...

Namun aku reda sekiranya antara pilihan2 tersebut tidak menjadi tempat bertugas aku kerana Allah mahu aku pelajari sesuatu yang aku tidak ketahui... :)

Sekian, Wassalam... 

Monday, February 21, 2011

Saya Adalah Warga HPP... :)

Bismillah dan As-salam....
Harini... sampai di komtar dalam jam 7.15 am... biasala... abah tak suka sesak...
walaupon naik motosikal... kami bertolak jam 6.45am...
lagipon abah bekerja di Komtar juga... bahagian perumahan...
hmm...pendaftaran di sana...
kami melaporkan diri dalam jam 8.30 am... taklimat diberi...
seramai 42 orang transfer in di Pulau Pinang dan selebihnya mencukupkan amaun 130 orang adalah jururawat terlatih baru yang pertama kali melaporkan diri...
taklimat agakla lama... dan sememangnya semua pakat berdebar..
hehe... tapi jantung tak luruh lagi...:P
dalam jam 11.30 surat penempatan diberikan...
Alhamdulillah... dapat Hospital Pulau Pinang...

- mekasih Encik Google untuk gambar ini-
( Mudah2an... Aku dapat berkhidmat di sini dengan penuh bertanggungjawab
dan seikhlas mungkin... InsyaAllah... )

dalam jam 2 ptg aku melaporkan diri Di HPP pula... dan seramai 97 0rang mendapat penempatan di sana...
untuk minggu ini... aku akan bekerja dalam waktu pejabat.dan penempatan lokasi bertugas akan diberitahu mungkin pada Hari jumaat...

OH ya... adik aku ni... hampeh betul... maghrib tadi sepupu datang dan adik aku bgtau kat diorang peristiwa yang memalukan masa skating aritu... huhu... memalukan sungguh...
umur masuk 26 ni... aku masih belum pernah meluncur ais... itulah kali pertama...
JATUH!... kehkehkeh... tapi benda biasala jatuhkan...?
cuma aku... dah tau nak jatuh boleh pi cakap kat sorang adik lelaki cina yang aku rasa mungkin lepasan S.P.M kot... " Adik... Akak rasa nak Jatuh... then saya nak pegang tangan kamu!"
ish2!!!.. seryes... memang aku malu... tak pernah dibuat orang!!!..
( ni gara2 masa aku nak jatuh adik tu ada depan aku... dan dia pon tergamam... macam teragak2 nak bagi tangan dia seterusnya aku terjatuh!!! haha... macam nangka jatuh pokok.. :P)
puas adik aku jaja pasal kisah aku pada seluruh kaum keluarga... Alahai... !

Sekian, Wassalam...



Sunday, February 20, 2011




Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Saying Tata to Nefrology again... Praying to get a good place to work... InsyaAllah:)

Bismillah dan As-salam...
Alhamdulillah... selamat sampai di rumah tadi jam 2.30 petang bersama barang2 
yang dibawa pulang dari Kl... setengah lagi menggunakan khidmat pakcik KTM ...
Agak keletihan sehari dua ini...
Jumaat last day kerja... kemudian Abah datang mengambilku untuk membeli barang2 di Jalan TAR dan sogo... seterusnya kami ke rumah Maklang Di Pantai Dalam... hampir 12 malam baru baik ke KG. Baru dan parents pulang Ke hotel...
Sabtu pagi... angkut barang ke KTM untuk di pos bersama motosikal yang berjasa denganku selama 3 tahun... kemudian Aabah menghantar kami 3 beradik ke Kl Centre kerana adik no3 ku ingin skating di Sunway Piramid.. pulang dari sunway dalam jam 6 petang...
selepas maghrib kami ke MCD tempat angah buat Part Time...
( part time bersyarat! kalau ponter jatuh... jangan kerja)
kemudian kami pergi ke Danau kota... Abah teringin berbekam lintah... 
termasuk aku merasainya... geli jugak tapi rela jela... 2 jam lamanya lintah 
tersebut menedut darah kami...
jam 2 pagi baru sampai ke rumah...
dan pagi tadi selepas menghantar angah ke Kondo rakyat di pantai dalam... 
baru kami bertolak pulang...
dan aku harus tidur awal... esok akan  mendaftarkan diri di Jabatan Kesihata Negeri 
kerana ingin mengetahui penempatan baru...

hmm... tak ada apa yang diharapkan melainkan Allah menempatkan aku 
di tempat kerja yang bersesuaian... insyaAllah... :)

Sekian, Wassalam...


Thursday, February 17, 2011

let me cry for a while.. ( T.T )

Bismillah dan As-salam...
Ya-Allah... ampunkanlah aku di atas sikapku ini...
aku cuba menyekat airmata ini dari turun...
namun ia semakin mencurah....
aku telah reda dengan ketentuan Mu...
namun aku tidak mempunyai kekuatan untuk menghilangkan rasa sedihku...
ampunkanlah dosa-dosaku...
Dosa yang tak terkira banyaknya...
berikanlah secebis kekuatan buatku kerana aku masih lemah...

Sekian,Wassalam...



Tuesday, February 15, 2011

Maulidul Rasul.. :)

Bismillah dan As-salam...
Selamat menyambut Maulidul Rasul kepada para muslimin dan Muslimat...




Semoga kita mendapat Rahmat dan keredaan dari Allah S.W.T

Sewkian, Wassalam..

Monday, February 14, 2011

Emotional packing... huhu... :(

Bismillah dan salam...
( bekas2 diatas yang sedang dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam kotak..)

Hm... semalam... dah habis berkemas barang dapur...
bekas2 tersebut dibasuh dikeringkan, dimasukkan dalam kotak terus seal!!!... siap satu!
Hari ini... dah lipat baju2 dan masukkan dalam bag...
sedih gakla...
tak tahu mengapa jadi emosi semacam je...
hidup ini... pinjaman dari Dia...
kadang2 kita sedih sebab apa yang kita mahukan tidak diperolehi...
Namun... bila dikenangkan kembali siapa diri kita...
yang hidup di dunia atas pinjaman dari yang Esa...
insyaAllah... kita akan jadi reda... :)

ha.. ni pc snap smlm...
mmg aku semakin emo saat2 akhir ni...
bekerja dalam teamwork yang best mmg sangat hebat...
walaupun kekadang ada masalah remeh temeh...
buat tak kisah lebih baik kan???


pic ni smlm ambil masa baru datang kerja petang...
aku akan merindui saat bekerja dengan kalian semua!

gambar ini diambil dalam jam 4 petang...
oleh sebab weekend...
wad kurang sibuk kerana belum ada pesakit yang masuk untuk pembedahan...

pic ni diambil pada 11 feb.. sebelum aku pulang dari kerja malam...
beginilah suasana ward dalam jam 7 pagi...
- bed making-

Sekian, wassalam...