Monday, April 25, 2011

Terjumpa cikgu Sekolah...

Bismillah dan As-salam...
Entah mengapa... sehari dua ni teringat akan cikgu sekolah aku...
Cikgu F. yang pernah mengajar sejarah masa aku tingkatan 2 dulu...
baru2 ni aku ada terserempak@ terjumpa@ "terjerumoih"
(entahla betul ke tak ejaan aku ni...- bahasa penang)....dengan cikgu F ni...
masa jumpa tu, aku sedang berjalan balik dari spital...
manakala dia sedang makan di gerai jalan belakang hosp.
dari jauh aku rasa kenal dengan kelibatnya, terus aku pergi menyapa dia...
Alhamdulillah.... dia masih ingat aku... siap ingat nama... syukur...
lihat tangan dia ada venofix...
~~ perbualan kami~~
Aku : cikgu datang hospital buat apa? admit ward ka?
Cikgu F. : takla Zalikha.. cikgu datang untuk ambil Chemo... setiap hari...
Aku : dah lama ka cikgu ambil terapi chemo ni?
Cikfu F. : Dah 2 tahun...
Aku : ( mengangguk faham... ) sedang berubat cancer... aku tak tanya keadaan lanjut... takut dia berasa hati...

untuk elak dia berasa kurang selesa, aku ubah topik... bertanyakan tentang di mana dia mengajar sekarang dan perbualan yang tidak berkaitan dengan penyakitnya...
kemudian aku meminta diri... memandangkan waktu zohor hampir "senja"

seryes... wajah cikgu yang aku kenal itu tidak seceria dulu yang pernah aku jumpa...
cuma mengharapkan dia tabah dengan dugaan Allah...
Aku doakan agar dia sembuh dan dapat jalani treatment dengan baik... Amin...

Entahla... mengapa teringat dia sangat2 saat ini...
( orang kata kalau kita teringatkan orang itu, mungkin dia juga teringatkan kita...mudah2an )
terima kasih kerana cikgu masih ingat saya dan pernah mengajar kami dulu...
insyaAllah jasamu akan kami kenang hingga ke akhir hayat...

Sekian , Wassalam...



No comments:

Post a Comment