Wednesday, April 6, 2011

Kanji @ bubur lambuk...

Bismillah dan As-salam...
Semalam, hari ini, dan esok, aku off duty... 
cuti yang tak sama waktu dengan cuti orang bekerja...,
kesimpulannya, tiada sepupu @ kengkawan @ adik2 yang boleh dibawa berjalan2...
oleh itu duduk di rumah sajala... :(

teringat selasa minggu lepas,
masa tu mak aku tak ada dirumah kerana pergi ke menziarahi mayat di kampungku, mak ngah aku call tanya macam mana nak buat bubur lambuk...
ikutkan dia nak tanya mak aku, tapi disebabkan situasi tersebut, aku pon bagila resepi bubur lambuk tersebut.
bukannya mak ngah aku tak pandai buat, cuma lama tak buat, dia terlupa...
masa tu kira2 dalam jam pukul 10 pg, ikutkan aku dah nak masak makanan tengah hari...
oleh kerana cuaca hujan renyai2 tersebut, aku tukar rancangan, masak kanji tengah hari,
petang baru masak makanan tengah hari sebab abah balik kerja jam  ptg, adikku sekolah irsyad balik pukul 5 petang...

just nak kongsi resepi kanji orang utara yang femes masa bulan puasa,

beras, halba, halia yang dicincang lumat, serai yang ditilik , dan air direbus seperti buat bubur @ moy ( bahasa utara), sekiranya perlu, masukkan daging lembu yang dipotong dadu dan lada hitam...
kemudian , setelah menjadi moy,masukkan udang, dan santan... biar sehingga mendidih.(elak mendidih terlalu lama...kerana santan tersebut boleh pecahkan minyak..)
masukkan garam...

buat tumis darat,
bawang besar dan bawang merah yang telah di potong digoreng sampai warna keperangan,
masukkan kucai kacau dalam kuali bersama bawang tadi kurang dari 1 minit.
kemuadian masukkan ke dalam bubur tadi...
( kuantiti bahan2 ikut selera masing2 )

Taraaa!!!
inilah kanji utara,

teringat dulu,masa di kolej, aku pernah masak kanji ini dan kengkawan aku pon masak juga bubur lambuk diorang dari melaka... memang lain...
masakan kanji mereka diletakkan rempah...

Sekian, Wassalam...

No comments:

Post a Comment