Tuesday, April 5, 2011

Sakit dan Manusia...

Bismillah dan salam...
Sekadar berkongsi pandangan dan rasa...
selama 3 tahun bekerja.... 
seringkali aku berhadapan dengan insan yang sakit...
kekadang sakit ini tak dapat dimengertikan dan banyak cabangnya...
sakit berkaitan dengan kemerosotan organ badan itu, memangla satu yang tak dapat dijangka...
namun sebagai manusia, kita dapat mencegahnya
namun, bila bercakap tentang keadaan seseorang individu berhadapan dengan rasa sakit,
ia sangat berbeza...Untuk sesetengah insan.. luka sekecil 1 cm... amat perit, 
namun bagi sesetengah lagi... ia sakit yang kecil saja...
berkaitan dengan rasa sakit yang dapat dilihat apabila
melakukan cucian terhadap luka mereka, ada yang tahan, dan ada yang meraung kesakitan...
ada bersembang dengan pesakit yang lukanya besar, namun amat tahan dengan 'dressing' yang dilakukan...
" sakit biasa je misi, pakcik biasa buat kerja berat... dan kadang2 jatuhla, lebih sakit rasanya dari ini... " 
dan juga pernah lakukan prosedur yang sama pada pesakit yang lukanya agak kecil berbanding pesakit di atas... namun pakcik tersebut tidak dapat menahan kesakitan dan memerlukan ubat tahan sakit sewaktu lakukakn cucian keatasnya...
bila difikirkan, pengalaman hidup akan menjadikan seseorang insan kebal atau tidak dengan sakit...
contonya... bagi sesetengah kanak2... bila terjatuh kerusi walaupun tiada kecederaan, ibu bapa memainkan peranan,
memujuk anak tersebut, mengikut kata anak mereka... seakan jatuh tersebut adalah kemalangan yang amat dasyat... ( selalunya dari golongan berada )... ini menjadikan sakit sebegitu rupa amatla perit.
manakala contoh lain, selalunya berlaku pada golongan kebanyakkan, sekiranya anak mereka jatuh contohnya, jatuh basikal,... kebanyakkan ibu mereka akan memarahi mereka kerana tidak berhati2 menunggang basikal...
seterusnya menjadikan sakit tersebut adalah perkara kecil walaupun terdapat luka besar pada tubuh mereka...
dalam erti kata lain di sini, sakit itu berbeza bagi setiap manusia...


( sekadar berkongsi pandangan )


Sekian, Wassalam...

No comments:

Post a Comment