Thursday, February 24, 2011

Shalalala and From this moment...

Bismillah dan As-salam...
Tak sabau den nak tunggu hari esok... YahHOOo!!!!
last day kerja utk dis week...(walaupon dalam suasana orientasi saja)
minggu ni mmg aku mengaku... amat letih...
( walaupun aku dah cuba set mind aku utk tidak letih... )
tapi tak berjaya... huhu
mungin kerana balik kerja sampai dah nak maghrib...
malam... aku mengemas barang2 yang dibawa pulang dr Kl...
tu pon masih belum habis... :(
pastu letih berkebun.... hehe ( wajib tu... ) nnt layu pokok ku... :P
tak lupa kat city aku tu...
dan membebel dalam blog ini... ( tempat luahan wajib... nak luah kat sapa lagi...:P )
mungkin ini dapat luahkan apa yang aku pendam kot... walaupun tak semuanya...
tapi lega rasanya... :)

sebenarnya... tadi dah diberi penempatan sementara
maximum penempatan selama 2 minggu... kemudian baru akan diletakkan penempatan sebenar...
aku dapat "pain klinik"... dan digelar APS nurse ( Accute Pain Service Nurse)
hehe... kalu orang yang rasa nak kerja waktu pejabat... mungkin sesuai...
kerja dalam klinik dan akan berurusan dengan orang yang diberi ubatan tahan sakit dalam tempoh tertentu...
kemuadian datang ke klinik mengikut tarikh temu janji yang ditetapkan...
kemudian ubat tahan sakit tersebut akan dikurangkan dose atau dihentikan...
mengikut situasi pesakit...
selain itu, nurse ini juga akan pergi melawat pesakit ke ward yang memberi ubatan tahan sakit dalam tempoh berpanjangan... kerana ubat tahan sakit adalah termasuk dalam golongan dadah yang merbahaya..

Mungkin pada usia ini.. aku rasa belum sesuai buatku kerja waktu pejabat...
lebih baik mengambil pengalaman dulu... di tempat yang sibuk...
melainkan sudah berkeluarga... itu hal lain... Family become first... InsyaAllah...

Oh yaa... suasana di sini... kalaula di masa hadapan ditakdirkan Allah sekiranya aku perlu masuk ward...
aku cuba seboleh2nya agar tak masuk ke tempat yg aku berkhidmat sekarang...
huhu... tak selamat dan tak ada privasi lansung...
bagi unit tertentu... mungkin sesuai... lelaki dan perempuan bercampur...
tapi di sini... MOJORITI tempat ... bercampur...
sekiranya di asingkan mengikut Cubicle... mungkin ok...
tapi... jangan pelik bila kamu bangun tidur bila pusing kiri...
katil di sebelah ada orang lelaki... dan pusing kanan pon perkara yang sama berlaku...
ish2!!!... selamat ke tu?
tahla... ( dan aku dalam proses masih membiasakan diriku dengan suasana di sini)

haa... malam ni... aku dok pusing dengar lagu2 di atas je...
lagu feberet berzaman...:)

Sekian,Wassalam...



No comments:

Post a Comment