Sungguh tak keruan masa ni...
kawan sekerja aku yg sdg bertugas shift petang call aku ckp yang
status pertukaran dah tahu di bahagian perkhidmatan...
dia pon tak dapat tolong tengok bagi pihakku krn sedang bertugas...
kalu aku kat kl sekarang mesti aku akan serbu perkhidmatan tu...
namun masih lagi kat kg... huhu...
ikutkan harini nk blk kl...
tapi ummi suruh blk esok sebab esok aku kerja shift malam...
jadi naik bas pagi... tghari dah sampai...
KKM ni, banyak benda suruh kami buat secara online...
tapi status pertukaran tak siar pon online...
untuk penempatan baru ada la... huhu...
seharian online harini... hanya sebab nak cari link yg berkaitan...
aduhai... (mengeluh lagi!!!... teruk bukan???)
macam aku dah sebut sebelum ini...
walaupun aku mengharapkan agar bertukar ke tempat baru...
harapnya bukan pada waktu secepat ini...
huhu....
sesungguhnya...
“……boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui”
Ya-Allah... sekiranya sudah sampai masanya untukku berpindah,
jadikanlah aku orang yang reda atas segala ketentuanMu...
dan tempatkanlah tempat kerja yang terbaik buatku dan
jadikan tugasanku itu ibadah keranaMu Amin... (T.T)
Sekian, Wassalam...
No comments:
Post a Comment