Bismillah dan As-salam...
Dunia ni kecil bukan?...
ha... tadi berkesempatan bersembang dengan staff Nurse yang juga baru transfer in Dari Hospital Ipoh... bersembang punya bersembang...
baru aku dapat tahu yang dia pernah sekali menghantar pesakit ke
Ward aku masa di HKL dulu...( 2 bulan sudah ) alahai...
macam manala aku boleh lupa akan wajah dia... huhu...
Dia juga bertanya kepada aku tentang pesakit yang dihantarnya kepadaku... Uncle P
Uncle P mendapat CKD ( chronik Kidney Diseases) setelah menjalani
Homeopati di selatan Thailand...
Hospital ipoh tak dapat manage kes beliau jadi hantar beliau kepada kami...
Dan sekarang beliau telah menjalani hemodialysis setelah banyak cara yg terdaya
dilakukan bagi menyelamatkan kidneynya gagal...
mengikut keputusan ujian makmal, menunjukkan system badan beliau
menghasilkan antibodi baru yang pertama kalinya wujud Di Malaysia...
Memang kes beliau agak mendapat perhatian dan aku salah seorang yang
pernah incharge beliau dan kali terakhir minggu lepas...
hampir 2 bulan lamanya pesakit tersebut di sana dan masih belum di’discaj’kan lagi...
Banyak sample darah yang kami hantar ke Australia untuk mengesan punca terjadinya antbodi tersebut... namun masih belum mendapat jawapan tidak diketahui...
Nasib manusia sungguh tak sama... Beliau mengambil treatment Homeopati tersebut hanya untuk mendapat ketenangan... Namun sebaliknya berlaku...
Tapi pesakit seorang yang positive thinking...
Ingat juga di saat akhir bekerja... aku ada memohon maaf kepada pesakit2 sekiranya ada melukakan hati mereka dan sekiranya lambat memberi khidmat atas perkara2 yang tak dapat di elakkan...
Satu kata semangat yang diberikan oleh uncle P yang insyaAllah aku akan cuba kekalkan dalam hidup ini...
“ misi... jangan risau... tak ada silap... kamu buat kerja sahaja... tapi ingat... kamu baik... hati juga baik... mana tempat pergi pasti tak ada masalah “
Thank You Uncle... :)
insyaAllah saya cuba untuk menjadi manusia yang berguna untuk Alam Allah ini... Amin... :))
Oh ya... tadi juga kami diberi pilihan untuk untuk membuat penempatan ward...
( penempatan diberikan mengikut kekosongan wad)
hm... setelah dipikir sedalam mungkin...
- General ICU
- Jabatan Kecemasan
- Jabatan Nefrology...
inilah pilihan yang telah aku buat...
kerana aku ingin menimba pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru...
Namun aku reda sekiranya antara pilihan2 tersebut tidak menjadi tempat bertugas aku kerana Allah mahu aku pelajari sesuatu yang aku tidak ketahui... :)
Sekian, Wassalam...
No comments:
Post a Comment