Pemindahan buah pinggang terdiri dari dua cara...
satunya LRRT ( living replacement renal therapy @ Living related renal transplant)... di ambil dari penderma yang masih hidup dan selalunya ada kaitan dengan penerima buah pinggang seperti suami/isteri/ayah/ibu/adi/ dan sebangainya )
manakala satu lagi...
Cardaveric RRT ( cardaveric replacement renal therapy )
Pemindahan buah pinggang yang mana kidney diambil dari orang yang telah meninggal dunia...
selalunya perkara ini tidak dijangka... kerana buah pinggang diambil dari orang yang telah tandatangani untuk menjadi penderma organ setelah meninggal dunia... jadi selepas meninggal dunia... pengeluaran buah pinggang mengambil masa selama 4 jam... dan buah pinggang tersebut tahan ataupun masih hidup di luar tubuh paling lama 6 jam... jadi... hanya 10 jam kami mempunyai masa untuk menguruskan penerima buah pinggang...
selalunya sebanyak minimum 4 orang dan maksimum 6 orang penerima buah pinggang di panggil...
ini adalah kerana 2 kidney akan diberikan kepada 2 orang...
dan 2 orang dari 4-6 orang penerima yang benar2 sihat akan mendapat buah pinggang tersebut.
dan dalam masa kurang masa 10 jam seramai pesakit diatas di panggil...
dan banyak prosedure dilakukan bagi memastikan kesihatan mereka berapa pada paras 100% sihat...
contonya Echo, stress test, pemeriksaan darah, dan dsb...walaupun di malam hari...
jadi memang keadaan kelam kabut...
kalau pesakit dari perlis ka atau kelantan ka masa perjalanan ke hospital tentula lama bukan?
tak termasuk lagi sabah dan sarawak... jadi faktor ini akan menjadikan masa semakin suntuk...
dan pernah juga kesemua pesakit yang di panggil tidak dapat menerima kidney tersebut kerana masa tersebut kesihatan mereka tidak mengizinkan... seterusnya... pesakit lain akan di panggil... dan masa juga semakin berkurangan...
HKl adalah pusat pemindahan buah pinggang utama di Malaysia selain daripada Hospital selayang...
Oh ya... kalau pemindahan buah pinggang dibuat di sana pun... kami juga akan menguruskan segalanya...
selepas berjaya memilih penerima yang sesuai, pesakit tersebut dan kidney baru akan dihantar ke sana menaiki ambulance dan pemindahan buah pinggang dilakukan di sana... )
_ maaf sekiranya kurang faham... sejujurnya aku agak lemah dalam tenik penceritaan _
Sekian, Wassalam...
No comments:
Post a Comment