Sunday, February 20, 2011

Saying Tata to Nefrology again... Praying to get a good place to work... InsyaAllah:)

Bismillah dan As-salam...
Alhamdulillah... selamat sampai di rumah tadi jam 2.30 petang bersama barang2 
yang dibawa pulang dari Kl... setengah lagi menggunakan khidmat pakcik KTM ...
Agak keletihan sehari dua ini...
Jumaat last day kerja... kemudian Abah datang mengambilku untuk membeli barang2 di Jalan TAR dan sogo... seterusnya kami ke rumah Maklang Di Pantai Dalam... hampir 12 malam baru baik ke KG. Baru dan parents pulang Ke hotel...
Sabtu pagi... angkut barang ke KTM untuk di pos bersama motosikal yang berjasa denganku selama 3 tahun... kemudian Aabah menghantar kami 3 beradik ke Kl Centre kerana adik no3 ku ingin skating di Sunway Piramid.. pulang dari sunway dalam jam 6 petang...
selepas maghrib kami ke MCD tempat angah buat Part Time...
( part time bersyarat! kalau ponter jatuh... jangan kerja)
kemudian kami pergi ke Danau kota... Abah teringin berbekam lintah... 
termasuk aku merasainya... geli jugak tapi rela jela... 2 jam lamanya lintah 
tersebut menedut darah kami...
jam 2 pagi baru sampai ke rumah...
dan pagi tadi selepas menghantar angah ke Kondo rakyat di pantai dalam... 
baru kami bertolak pulang...
dan aku harus tidur awal... esok akan  mendaftarkan diri di Jabatan Kesihata Negeri 
kerana ingin mengetahui penempatan baru...

hmm... tak ada apa yang diharapkan melainkan Allah menempatkan aku 
di tempat kerja yang bersesuaian... insyaAllah... :)

Sekian, Wassalam...


No comments:

Post a Comment