Wednesday, July 13, 2011

Didik anak...

Bismillah dan As-salam...


Seharusnya dan seTIDAK layaknya untuk saya berkata tentang topik ini...
kerana saya masih belum dikurniakan zuriat 
dan belum berpengalaman untuk mendidik mereka...
cuma tadi ada terdengar perbulan ummi dengan pakcik Rani 
( pakcik yang sedang renovatekan rumah parents saya... 
yang masih belum siap lagi ni... huhu... 
tergendala rancangan nak kemas rumah betul2 lepasni boleh rehat!
tentang rakan mereka si polan  yang anaknya lansung tidak mendengar 
kata di gara2 ibunya asik memihak kepada anaknya ...
anak mereka seorang lelaki, umur hampir sebaya saya tidak mahu kerja 
dan masih meminta wang dari ibunya sekiranya hendak ke mana2 
serta hampir mendirikan rumah tangga ... 


Hm... slalu orang akan cakap, kasih ibu membawa ke syurga...
namun kasih yang sebegini rupa... 
( entahlah... saya tak ada hak untuk menilai )
aku berharap kasih aku kepada zuriatku kelak tidak terlalu mengikut mereka...
sehinggakan anak lari dari landasan menjadi insan yang berguna... mudah2an... InsyaAllah...
perlu jadi ibu yang sporting kerana ini akan membuatkan anak2 dapat berkawan dengan kita dan menjadikan kita insan pertama dicari disaat suka dan duka...
cuma dalam keadaan ketika mereka berbuat salah,
perkara yang patut harus juga ditegakkan...
dan mudah2an ia menjadi pengajaran buat aku...
sekiranya si ayah memarahi anak2 berkaitan dengan hal yang sepatutnya...
ibu juga haruslah berdiam diri...
perlu menjaga maruah ayah sebagai ketua keluarga...
agar anak2 menghormati ayah mereka ...


hm... entahlah... zalikha jangan bercakap banyak!!!
cuma pengajaran yang perlu diambil dari pengalaman orang lain...
mudah2an... :)
Sekian,Wasssalam...

No comments:

Post a Comment