Dengan ini... aku ingin mengishtiharkan
( ish2!!!!!... hampehla zalikha ni...) yang wallpaper aku telah ditukar dari gambar ini....
kepada gambar ini... hehe...
terasa macam seorang ibu pulak!!!!
hehe...
dikesempatan berada di kg ni... sabtu malam yang lalu, kami ke rumah Maklang Faridah...
untuk bertemu ngan kak lang Mardiha dan Si kembar berdua ini...
Kak Lang sedang bercuti semester dan akan pulang ke Melbourne Hujung bulan ini...
so si kembar ini pon akan tinggalkan Malaysia juga...
Usia diorang dah setahun 2 bulan... semenjak dilahirkan , ini kali pertama dapat bersua muka dengan 2 orang anak ini... walaupun bulan May tahun lepas mereka ada pulang ke Malaysia... Namun aku tidak berkesempatan pulang ke Kg kerana menyimpan cuti untuk menunaikan Umrah...
Alhamdulillah... Kak lang memang Bahagia... Walaupun sedang bertungkus lumus Untuk 2 tahun terakhir pengajian Doktor...dan suaminya sedang bekerja di sana... sesungguhnya dia seorang yang tabah... tidak mungkin seseorang yang biasa dapat belajar yang sangat sukar
( maklumla... nak jadi Doktor bukannya senang!) dan menjaga anak dalam satu masa... aku memang kagum dengan Kak Lang!
kemungkinan mereka tidak akan pulang hingga akhir tahun nanti....
bila pulang nanti tentulah si kembar ini lebih membesar dengan Cergasnya... Amin...:))
sempat juga merakam video kerenah diorang...
( masa ni sedang menyuap mereka makan )
sekian, wassalam...
No comments:
Post a Comment