aduhai *sigh*... kalau mengeluh pahala pon tak dapat bukan?
(tapi aku slalu buat juga... huhu...)
apapun... dah lega... baru je abes duty malam...
entahla ngapa... sekarang nk kata jona tak la sangat
( jona - malang buat sesorang untuk medical field)
tapi letih melayan kerenah orang...
kalau cerita pon buat tambah dosa...
cuma satu je dalam hidup ini...
hidup janganlah sombong...
baik ilmu tak banyak... yang penting adab tu wujud...
janganla ilmu melangit tapi adab sama paras dengan kuman bawah kaki...
*sigh*
teringat dulu pernah aku baca ini...
KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI BERKAITAN
SOMBONG DAN ANGKUH
- Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita
- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita
- Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita
- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
- Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya
- Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.
- Mudah-mudahan Allah tetapkan imanku dan jadikan aku orang yang tidak berubah ke arah yang dibenciNya... Amin...
sekian wassalam...
No comments:
Post a Comment