Bismillah dan salam....
Seperti biasa... mungkin disini tempat yang sesuai untukku meluahkan kata hati...
Semalam aku ada sembang2 ngan kawan lama..
yang sememangnya sudah berkahwin
... dan mempunyai zuriat... (tahniah!) :)
kemudian dia bertanya kpd aku...
"bila masa nak makan nasi minyak"
jawapan yang biasa...
" tak dapat hidayah lagi"
kemudian dia menjawab
" ika memilih sangat kot"
kemudian aku menyambung...
"belum masanya lagi kot"
kemudia menulis...
" jangan memilih sangat ika oi"
YA-ALLAH...
sedihnya....
entahlah...
terkesima aku...
aku hanya terdiam...
buat pertama kalinya aku tidak menjawab soalannya...
terus aku tukar topik...
:(
agak pedih
kawan yg aku agak baik slama ini
mengeluarkan kata2
susahkan...
perempuan kalau tidak berkahwin seusia aku dikatakan memilih...
seryes aku ckp...aku tak memilih...
aku sedar siapa aku...
tiada kelebihan...
namun, aku tak pandai nak berkawan2...
ummi pon ada tanya...
tapi aku tak ada jawapan sebab aku tak berkawan...
aku pernah hampir berkawan sekali..
tapi perkenalan itu tidak kekal kerana dia tak dapat menerima aku seadanya...
dan pernah diperkenalkan dengan seseorang oleh kawan ibuku...
namun... dia berkawan dengan aku hanya kerana mahu lupakan kisah cinta lamanya...
kemudian tidak sampai 3 bulan dalam sesi bekenalan,
pasangan lamanya kembali menangih kasih yang terputus..
si polan ini terus tidak mnghubungi aku...
dan setelah itu... sedikit tertutup hatiku...
aku tak salahkan sesiapa...
mungkin lelaki2 tersebut bukannya jodoh yang terbaik buatku...
mungkin lelaki2 tersebut bukannya jodoh yang terbaik buatku...
begitu juga aku tidak baik buat mereka...
dan sebenarnya aku lebih suka menyukai situasi bercinta selepas berkahwin...
ia lebih baik kan???
dan sebenarnya aku lebih suka menyukai situasi bercinta selepas berkahwin...
ia lebih baik kan???
setiap masa aku berdoa agar dipertemukan jodoh... namun Allah belum kurniakan lagi...
kerana mahu menguji aku...
:)
Bila Allah memakbulkan doamu,
Mka Dia menyayangimu.
Bila Dia lmbt mkbulkn doamu,
Mka Dia ingin mengujimu.
Bila Allah tidak makbulkan doamu,
Mka Dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya :D
Aku percaya...
setiap ciptaan Allah itu ada pasangannya...
Kalam Allah dalam Surah Ar-Rum : 21
yang bermaksud; "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
dan dalam Surah az-Zumar:6
yang bermaksud, "Allah telah menciptakan kamu sekalian dari satu hakikat dan satu jenis yang sama, kemudian Dia membuat dari jenis itu pasangannya". (Surah az-Zumar:6)
dalam surah yassin ayat 36
Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
( Surah Yassin Ayat 36 )
Sekiranya tiada jodoh buatku didunia ini... insyaAllah...
mudah2an aku akan bertemu dengan si dia di akhirat kelak...
Amin...:)
sekian ,
wassalam...
No comments:
Post a Comment