Hm... January yang berlalu...
sangat pantas...
kadang2 hampir tak cukup ruang buatku bernafas...
Mudah2an aku tidak alpa Ya-Allah...
Aku telah berpindah dari rumah sewa jalan Dato keramat ke rumah sewa baru...
Flat sungai Penang...
Ikutkan hati, sebenarnya aku nak berulang terus kerana sejak dari Bulan Ramadhan yang lalu, hampir 90% aku berulang pergi kerja dari Kampung berbanding tinggal di rumah sewa...
Namun, Keadaan tidak mengizinkan,
jadi aku berpindah ke tempat yang lain kerana nak mengelakkan permasalahan yang berlaku antara owner rumah aku dan jiran di bawah rumah...
lagipun, rumah baru lebih murah, sesuai buatku yang hanya menetap di situ sewaktu pertukaran shift petang ke pagi sahaja dan bila keadaan cuaca yang tidak menentu...
hm...
Pemandangan dari perjalanan aku sekiranya pulang kerja dari
Hospital Ke rumah sewa yang lama apabila berjalan kaki...
( Gambar Yang aku ambil pada bulan 10 February Tahun 2012...
Ya... ianya cukup setahun yang lalu )
Dan ini, Gambar yang aku ambil pada 18 Jan lepas,
kira2 antara hari2 terakhir sebelum berpindah ke tempat baru...
Dan ini, Gambar yang aku ambil pada 18 Jan lepas,
kira2 antara hari2 terakhir sebelum berpindah ke tempat baru...
Alhamdulillah Ya-Allah,
2 tahun telah berlalu,
2 tahun aku telah meninggalkan HKL,
2 tahun juga engkau memberiku peluang untuk berkhidmat di Negeri ku,
mengajar aku erti dan pengalaman hidup,
menjadikan aku lebih matang seiring dengan usiaku...
Alhamdulillah...
Hm...
7 -11 Jan yang lepas aku ke tempat yang aku sering rindui...
bukan kerana rindukan kesesakkan di sana...
namun rindukan teman2 yang senantiasa bertahta di jiwa...
Alhamdulillah...
sedikit terubat rindu itu... :)
Antara muka2 lama, K.Tini, Aku. K. Zuriati, Syikin, Nida, K.Lyn dan K.Anis :)
Mudah2an persahabatan ini kekal keranaMu Ya-Allah...
Oh ya... Tahniah K.Lyn...
bakal menjadi ibu bulan hadapan...
mudah2an semuanya selamat...
InsyaAllah... Ameen :)
I lovee you akak :)
Hm...
kadang2 kita terlupa,
kesesakkan bukan satu penyeksaan,
tapi, satu keadaan yang mengajar erti kesabaran...
dan terapi terbaik menjadi seorang yang penyabar,
insyaAllah, banyakkan berzikir mengingat yang Esa...
( Ya-Allah, aku memohon dariMu jauhilah aku dari sifat lupa diri,
serta sifat yang Kufur,Jadikanlah aku insan yang bersyukur,
Ameen...)
Perjalanan sewaktu memandu dari HKL ke Pantai dalam...
suasana mungkin serupa...
namun waktu dan suasana itu tidak pernah sama... -.-"
Alhamdulillah Ya-Allah...
Diatas rezeki yang melimpah ruah di Bumi Malaysiaku...
Jauhilah kami dari melakukan perkara yang boleh menyebabkan kemurkaanMu,
Serta kebinasaan yang boleh kami perolehi atas dosa2 kami Ya-Allah...
PadaMu kami memohon perlindungan serta petunjuk... Ameen (T.T)
Perjalanan sekitar Masjid Jamek,
Sungguh, aku bersyukur kerana Allah pernah memberi peluang buatku untuk menikmati
keindahan dan pembinaan dari pemikiran manusia
hasil pinjaman dariNya...
Alhamdulillah, Terima Kasih Ya-Allah...
Hm...
Tahniah juga buat sepupu...
kehadiran Zuriat pertama,
Semoga menjadi insan yang Soleh, berjaya didunia dan di Akhirat ye...
Ameen... :)
Sungguh, aku senantiasa rindu untuk menulis di sini,
menceritakan keadaan sekeliling yang sentiasa berada di hati,
namun, menulis bukannya mudah buatku yang lemah dari segi penulisan...
Mudah2an aku diberi ketenangan dan masa yang terluang untuk menulis...
Ya-Allah...
Tambahkanlah Imanku,
Bantulah aku untuk beristiqamah dalam mencari
Keampunan, Reda serta memperoleh CintaMu...
bantulah aku Ya-Allah...
Jadikanlah aku Wanita yang solehah,
yang Engkau Reda Hidupnya...
Ameen, Ameen, Ameen Ya Rabbal Alamin... :)
Sekian, Wassalam...
No comments:
Post a Comment