Thursday, March 8, 2012

Sambung Belajar dan Pilihan hidup...

Bismillah dan As-Salam...
Hm... tidak semua perkara dapat kita kongsi dengan orang...
itu yang dapat di luahkan...

Jumaat lepas, sister aku ada panggil aku,
Zalikha, nama you i dah calonkan untuk senarai post basic ICU hujung tahun ni 
( sesi Julai 2012)
Alhamdulillah... agak berbunga hati,
 (memikirkan aku masih belum berkomitmen... apa salahnya menambahkan ilmu...)
namun, bila ditanya berkaitan dengan markat penilaian SKT ( sasaran kerja tahunan)
sememangnya aku tidak layak...
markah itu perlu mempunyai 85 sepanjang tempoh 3 tahun terakhir bekerja...
dan aku perlu menunggu lagi dua tahun bekerja di situ untuk menunggu masa belajar 
ini bermaksud, lagi 2 tahun perlu bekerja disitu tanpa bertukar ke tempat lain,
kerana sekiranya bertukar, managment di tempat baru berlainan pula...
dan sekiranya aku mengikuti kursus post basic selama setahun,
aku kena berkhidmat di situ lagi 2 tahun... ( mengikut perjanjian Hospital P.P)
bermakna...5 tahun aku perlu di situ tanpa bertukar ke tempat lain....
huhu... ( T.T )

 Di icu aku, markah SKT terus tinggi walaupun kamu baru bekerja, to compare dgn HKL dulu, markah SKT 3 tahun mula bekerja tidak mungkin mencapai 80 kerana mengikut penilaian mereka kamu baru, masih belum mempunyai pengalaman yang luas... 
( Jururawat di Malaysia perlu menunggu turn untuk belajar kerana  sekiranya semua pakat belajar, tiada siapa bekerja untuk menjaga pesakit... )
Di tempat aku bekerja sekarang, aku antara senior tahun ke 5 bekerja dan dah tersenarai untuk mengambilnya krn semua senior di atasku sudah mengikuti kursus ini...

Bila dikenangkan kembali,
Aku suka bekerja dalam suasana "teamwork" walaupun sangat busy...
keadaan yang serabut itu kekadang tidak terasa...
dalam erti kata lain... suasana keseronokkan bekerja itu semakin hilang bila aku di sini...
huhu... ( tiada niat untuk mengata siapa2 di sini... )
cuma terbayang yang aku rasa aku tak mampu untuk bertahan lagi 5 tahun di situ...

There is no such thing to compare tentang yang baru atau yang lama...
cuma keseronokkan itu tiada. hanya itu yang dapat diucapkan... :(

Bersyukur
kerana yang lama itu indah, manis untuk dikenangkan...
Dan baru itu sedikit kekurang... namun ia mematangkan...
Alhamdulillah...:)

Dulu masa2 mula2 mengikuti kursus kejururawatan, 
kami ditekankan untuk menyambung pembelajaran /kursus berkaitan dengan specialty yang kami minati/ kerja kerana memberi ilmu tambahan dan menjadikan kita lebih cekap bekerja krn ilmu Kursus Diploma Kejururawatan 3 tahun tidak mencukupi melainkan pengalaman...

Namun bila memasuki alam pekerjaan,
aku mula terfikir, pekerjaan aku ini mulia... Alhamdulillah...
Namun, insyaAllah kalau ditakdirkan sudah bekomitmen @ berkeluarga, 
aku rasa keluarga itu lebih penting...

Tidak semudah dengan kata2,
Pergi kerja pukul 7 balik pukul 2 @ masuk pukul 2 punch out pukul 9,
datang pukul 9 pukul 7 tepat boleh balik
( ikut shif kerja misi2 di Malaysia)
Namun bila tepat jam 9 malam, kita tidak mungkin dapat terus boleh balik bekerja sekiranya apa2 berlaku terhadap pesakit kerana kerja kita adalah bermain dengan nyawa... dan memang tidak bertanggungjawab sekiranya kita pass over report kepada rakan sekerja seterusnya banyak perkara yang perlu di buat kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku terhadap pesakit tersebut pada shift yang bakal dia bekerja...
lebih senang disebut buat kerja hingga selesai melainkan keadaan tidak mengizinkan.
Dan bila bekerja malam...
sekiranya sudah mempunyai anak2,
( huhu... perlu meninggalkan mereka... tak dapat diungkap... )

Memang benar, kita boleh je minta klinik yang bekerja office hours...
namun bila dihitung , quota penempatan itu tidak banyak...
dan kebanyakkan bila dah usia veteren baru mudah...

Masa mula bekerja , memang aku ada tanam niat untuk sambung belajar...
sekiranya ada rezeki... Alhamdulillah... krn Ilmu itu sungguh berguna...

Bila situasi begini berlaku...
aku tak yakin yang aku dapat bertahan di situ...
kerana keseronokkan bekerja itu tiada...
dan aku rasa aku perlu merancang sesuatu...
dan dalam hati tertanam nak pi Arab... kerja kat sana...
sambil buat ibadat...
dan kumpul apa yang patut dalam tempoh beberapa tahun... 
balik berniaga...
dulu niat nak buka nurseri...
tapi situasi sekarang menakutkan dan kurang selamat...
( -.-")

Bila memikirkan future dan sekiranya Allah berikan aku pilihan...
InsyaAllah, memang aku sanggup lepaskan kerjaya kerana hidup ini sangat singkat...
hanya Allah tahu apa yang aku inginkan... 
dan mudah2an Allah kurniakan aku keadaan untuk aku memilih kelak
Ameen... 

Bab jodoh, aku bertawakkal...
berdoa yang terbaik mudah2an Allah sekiranya sudah sampai waktu, Allah permudahkan...
walaupun lambat... insyaAllah... 
mudah2an aku sabar kerana aku YAKIN dengan Janji Allah...
( bab kawin ni aku takla stress sangat... tak nafi kekadang terlintas bila kesorangan, kawan semakin berkurangan dan melihat kengkawan lain bersama keluarga masing2... )

( pesakit yang aku jaga sabtu lepas, tidak begitu tenat... )
Alhamdulillah... mungin aku tidak mempunyai ilmu yang banyak untuk membantu
namun Allah mengurniakan aku kudrat untuk menolong yang sakit...

Maafkanlah aku diatas kelemahanku ini Ya-Allah...
jadikanlah aku senantisa reda dan bersyukur dengan nikmat2Mu...
Amin... :)

YANG NYATA...
KITA HANYA MAMPU MERANCANG,
DAN DIA SEBAIK2 PENENTU SEGALA KEJADIAN...

Don't cry when the sun is gone, because the tears won't let you see the stars. 
- Violeta Parra.

‎"Maybe now, you don't have this and that.
 But who knows; one day Allah gonna give you something that makes you feel like the luckiest person on earth...InsyaAllah... :)

Sekian, Wassalam...

No comments:

Post a Comment