Tuesday, December 20, 2011

Al-Fatihah buat akak Rohana...

Bismillah dan As-salam...


Entan kenapa... aku amat rindu untuk berkata2...
walaupun omelan yang biasa2 saja dan baru saja update blog aku semalam...
pagi tadi baru habis kerja pagi...

Al-Fatihah buat Kakak Rohana Ariffin...
pesakit yang tiga bulan berada di ward aku...
masuk 13 september 2011 dan telah kembali kepadaNya pagi 13 December 2011 haritu...
mudah2an Allah Ampunkan dosa2nya dan  tempatkan beliau dengan orang2 yang beriman...

Mungkin semalam aku menjaga pesakit di bilik isolation 4 yang mana bersebelahan dengan bilik Isolation 3 iaitu tempat terakhir akak Rohana sebelum pulang ke Rahmatullah dan 
secara tak lansung aku teringat akan Allahyarhamah ini...  


kisah hidup Allahyarhamah sangat menyedihkan...
suaminya dijemput ilahi tahun lepas disebabkan kanser paru2...
kemudian dia dan 2 anak beliau masukkan ke dalam ICU kerana BURN 35%...
Selama 3 bulan melakukan Dressing dilalukan keatas beliau dan walaupun diberi ubat tahan sakit... namun masih terbayang keadaan sakit sehingga menggigil sewaktu cucian tersebut dilakukan...
mempunyai 4 orang anak2 kecil dan yang bongsu berusia 6 tahun...
dan mempunyai masalah keluarga yang tak manis untuk saya katakan di sini..
tapi benarlah...
keluarga adalah sumber kekuatan untuk kita teruskan kehidupan...
itu yang dapat aku ambil iktibar dari kisahnya...
dan aku amat sedih bila melihat ibu dan ayah beliau yang berusia pertengahan 70 dan 80an itu tidak jemu2 hadir untuk memberikan sokongan...
Namun yang pasti dari dia kita datang dan kepadanya kita kembali...
Al-Fatihah sekali lagi... ( T.T )



Sekian, Wassalam...

No comments:

Post a Comment