Bismillah dan As-salam...
Lagi 3 hari kita bakal sambut Hari Raya Aidiladha kan?
alahai cepatnya...
baru terasa semalam macam makan rendang Raya Puasa dua bulan sudah...
huhu... ( mengeluh lagi...teruknya... :( )
btw harini kerja malam 1st, dan esok 2nd night...lepas malam ni aku terus balik Kg...
dan mungkin akan berulang juga la macam Hari Raya haritu...
cuma jadual esok baru keluar... tak pasti Raya haji ni cuti ke tak...
tapi ketua memang dah bgtau yang Raya haji bg priority kepada budak2 pantai timur...
dulu kat ward UN2b HKL, Misi dalam 26 orang...
ramai juga Non-Muslim... jadi selalunya dapat la cuti walaupun dua hari @ 3 hari camtu...
berbanding dengan ICU sini...
Misi saja 102 orang...
Non Muslim sorang...
nampaknya boleh agak la kan??? :(
Hm... Xpala... just berharap kalau ditakdirkan ada komitmen lain nanti...
nak minta klinik... pastu dapat kerja waktu pejabat dan dapat bercuti sama macam orang2 ofis lain...
mudah2han... Amin... :)
Sehari dua ni dok google2 resepi menarik...
insyaAllah kalau ada kesempatan masa waktu berulang ni ingat nak buat macaroons...
cumil... haha... rasa dia tak pasti lagi...
sebab tu kalau ada masa insyaAllah nak try buat... :D
Dan teringat aku semalam...
peristiwa dengan kerani bahagian kewangan tu...
hish... kasi kurang pahale puasa je... hampeh :(
Selasa dua hari sudah aku ada call kerani bahagian claim duit uniform...
Dayah kerja malam dan dia minta tolong aku tanyakan memandangkan dah masuk bulan Nov...
Bimbang hujung tahun bahagian kewangan kena tutup akaun ...
jadi duit claim tu burn cam tu ja...
aku just tanya dia
" saya nama ... dari ward... baru transfer in bulan Fb tahun ni... bulan 7 haritu sister saya suruh saya dan kawan saya isi borang claim duit uniform untuk tahun ni... kain dan kasut kami dah dapat awal bulan 8...
just nak tanya elaun bila nak dapat ek?
kerani tu jawab " minta datang sini ( bahagian kewangan)"
then aku terus pergi ke Admin dan berjumpa dengan kerani tu...
bila semak balik permohonang dan data dalam PC...
nama aku dan Dayah xde pon hantar borang untuk Claim tahun ni...
aku pon tanya dia selalu macam mana kat Penang?
(kawan2 satu ward ICU aku cakap borang sister yang uruskan lepas kita isi
( sama juga macam KL dulu )sebab kena sign Matron.
pastu lepas dapat kain, 2 minggu lepas tu dapat elaun...)
dia cakap kat aku yang dia akan uruskan bila borang dah dia terima
masalahnya dia tak terima borang kami...
kemudian dia tunjukkan aku contoh borang yang kena isi...
betul... borang tu aku dah isi dan aku dah hantar kat ketua aku... ( format yg lain dr KL)
pastu dia suruh aku confirmkan balik dengan sister aku samaada dah hantar borang ke blum...
kalau blum dia minta aku hantarkan esok ( Rabu)
aku pon balik ke ward tanya ketua aku...
dia cakap dia baru teringat yang dia dah hilangkan borang kami dan minta kami isi yang baru...
Semalam (Rabu)... aku dan Dayah dah isi borang baru ikut format yang kerani tu tunjuk dan selepas balik kerja jumpa ketua dapat tandatangan dia, aku terus pergi ke Admin untuk submit borang tu...
masa mula2 jumpa dia aku cakap kat dia... rasanya macam biasala... aku masih tersenyum masa tu...
"Salam...Sori... kacau lagi hari ni... ni borang saya dan kawan saya... minta tolong tengok kot2 ada silap. kalau xde saya nak submit terus"
jawab salam pon dak...
kerani tu jawab.. " Eh! borang apa isi silap ni... kalau audit tengok memang kami fail...
ingat senang2 ja nak masukkan duit kat akaun orang... "
seryes tersentap aku...
rasanya aku dah bgtau dia suruh dia tengok samaada aku isi betul ke tak...
huhu...
pastu dia sambung yg 2 dr 3 helai yg aku hantar tu silap...
(rasanya seingat aku, aku dah buat sama seperti contoh borang yg dia tunjuk kat aku hari selasa dan sister aku pon dah semak sebelum aku hantar kat dia...)
mungkin nada mamat kerani tu yang agak kasar... sampai ketua dia CC ( chief cleark)
tegur dia... " M_ _ _ _ _ _...pasaipa jawab macam tu...
mana budak tu tau macam mana audit kita... bagitaula kat dia yang mana kena dia betulkan cukupla... "
kemudian CC tu panggil aku pi meja dia..
kemudian dia tunjuk satu2 benda yang aku kena buat lagi...
selepas tu baru aku faham...
(seryes memang agak terbakar masatu..
dahla mamat kerani tu tinggikan suara dia masa marahkan aku...
nasib CC tu bagi aku cool balik...)
aku pon ucap terima kasih kat CC tu...
masa tu tak lalu nak pandang muka kerani tu...
masa mula nak melangkah pergi...
aku dengar CC tu membebel kat dia...
( manala diorang tau audit kita macam mana... budak tu mai tanya cara baik awat hang jawab macam tu... )
terdetik kat hati aku... rasa syukur sebab CC tu luahkan apa yang aku rasa nak kata kat dia....then balik ward untuk perbetukan mana yang patut...
jumpa balik sister aku...
dia pon pelik.. sebab selama ni dia hantar cara yang aku hantar xda masalah pon...
tapi xpala... sister aku akan settlekan sebab dia ada meeting...
lagipon aku kerja malam harini...
lagipon aku kerja malam harini...
seryes...
aku bukannya budak yang tak tahu tapi diam...
insyaAllah aku akan tanya...
tapi perluka nak tengking2 macam tu...
memang hampeh... hope tak jumpa dah manusia macam tu...
dan mudah2an ada kursus soft skill dan dia termasuk dalam insan yang menyertainya...
Amin...
Amin...
Sekian, Wassalam...
No comments:
Post a Comment