Friday, October 21, 2011

Semoga Uncle tabah!

Bismillah dan As-salam...
ihsan dari En. Google
( contoh gambar pesakit burn yang seakan2 begini lukanya yang berada dalam ward aku...
yang ini mungkin burn over 90% injury)

Minggu ni, tugasanku banyak untuk menjaga pesakit Burn...
huhu... agak sengsara bila sampai waktu dresssing... tak tertahan bila luka mereka dicuci...
memang sakit!
dan salah seorang pesakit tersebut ialah bekas penagih dadah...
aku tabik spring kat uncle ni...
dah 3 tahun berhenti hisap dadah...
dan 3 hari sudah, aku menerima panggilan telefon daripada Dr. dari bahagian Methadone therapy... 
iaitu therapy bagi penagih dadah yang ingin berhenti dari menagih...
Dr. tu cakap pesakit aku tak pernah lupa temujanji nya dengan beliau...
ini kali pertama... Dr. tesebut hanya mahu mengesahkan bahawa dia memang admit dalam ward aku...
dan mahu kami meneruskan ubatan therapy Methadone beliau...
Dr. tersebut juga memuji pesakit aku kerana dia seorang yang sangat optimis untuk berubah!


Hm...Tak nafi kita sebagai manusia tidak pernah silapan terlepas dari melakukan kesilapan...
dan aku adalah manusia yang yakin bahawa setiap manusia akan berubah...
berubah ke arah kebaikkan kerana setian insan telah dianugerahkan naluri dan perasaan yang senantiasa mahukan kebaikkan...
harapanku agar Uncle tabah dan mempunyai semangat yang kuat untuk hidup walaupun hampir 60% badannya telah terbakar... 


Dan tadi, bila melihat gambar2 detik kematian bekas Pemerintah Libya menerusi internet...
huhu... terasa sedih... 
benar aku tak berhak menilai apa yang telah dilakukan terhadap rakyatnya, kerana aku tidak berhadapan dengan situasi mereka...
bahkan apa yang dilakukan terhadap Agama aku sendiri... 

cuma... sebagai umat islam... Aku harap Allah ampukan dosanya kerana aku yakin... sejahat2 manusia... akan ada sifat baik di dalam dirinya...
dan mudah2an dia sempat bertaubat sebelum ajal datang menjemputnya...Amin... 
Dan Nasib kita... siapa yang tahu???!!!


Mudah2an ada pengajaran yang dapat diambil dari kematian beliau...
sekiranya darjat kita tinggi...
jangan sesekali lupa memandang insan2 yang berada di bawah...




Sekian, Wassalam...


No comments:

Post a Comment