Friday, July 30, 2010

Makanan Sarawak

Bismillah dan salam...
Aku ni jenis suka try makanan apapun asalkan HALAL... tambah pulak aku ni jenis tak memilih makanan, minus organ dalaman dan binatang yang agak luar kebiasaan sebagai makanan harian eg : kerbau, arnab itik dan etc.. yg tu masih tak lalu... tahla apa penyebabnya..... dikesempatan ke Sarawak ari2 ade jgk sempat mencuba masakan tempatan kat sana... em.. mmg.. nasi berlauk + makanan semenanjung tak pandang lansung... haha... agak lupa daratanla... so aku nk perkenalkan makanan Sarawak yg mmg Femes...


LAKSA SARAWAK
Em... yummy2... aku agak blh masuk dengan laksa ni... walaupun agak rasa seakan kuah mee berempah ( bg lidah aku la) dan menggunakan bihun ...


laksa yg first skali aku makan di Restoran Planet Sambal...


selain itu aku nikmatinya di Kg. Boyan.. aku suggestkan untuk makan di kedai Pak Lah Kg. Boyan... mmg sedap dan ramai yang mencadangkan kami ke situ...

secara keseluruhannya... laksa sarawak rasanya sama.. namun better ke kedai yg mana pemiliknya muslim.. bagi mengelakkan rasa was2.. hm..




MEE KOLOK
makanan ini sebenarnya makanan orang cina di sana... ( mengikut cakap org tempatan sana.. ) namun ia menjadi femes ala2 chaw koey tiaw kat penang tu.. hehe...
apapun aku hentam je makan mee ni.. cuma rasanya seperti megi kicap + sup berlada.. so aku kurang lalu coz aku kurang makan megi... hehe...

NASI AYAM PENYET
hehe.. makanan ni aku xtau apa yang penyetnya.. makanan yang dihantar kpdku semuanya ayam yang telah dipotang dan dimasak dan xde pon terpenyet.. hehe ... apapun nasi ni blh masuk tekak aku sebab ayamnya seperti ayam goreng biasa tapi sgt2 rangup... cuma aku peliknya kat semenanjung rasanya sangat berbeza... tapi promote nasi ayam penyet sarawak...mungkin dr seberang punya kot...
hm... tapi makanan ini sebenarnya asalnya dari Indonesia.. apapun utk nasi ayam penyet aku bg 4 star!!



LINUT
makanan masyarakat melanau... hm... aku agak loya.. mungkin tak biasa kot.. tapi sepupu aku ckp ok je...
makanan ini disediakan dengan menggunakan tepung sagu yang dimasak kemudian dicicah dengan sambal belacan.. ( haa.. smbal belacan sarawak rasanya masam... tak pedas... ) mayb diorg prefer makan pedas lada dari cili kot... hm...

NASI GORANG DABAI
Nasi gorang ini hanya terdapat di Kg. Satok sj... nasi ini diletakkan sekali buah dabai yang di jerukkan... buah dabai pula hanya terdapat di sabah dan sarawak sahaja pada musim buah durian... oleh kerana sepupu aku teringin merasai apakah rasanya... jadi kami mencuba nasi ini.. Bg aku Ok la... namun rasa sebenar buah dabai tak dapat kami rasai kerna ini bukan musimnya... :(

umai ini sebenarnya makanan laut spt ikan @ udang mentah yang diperap dengan air limau yang pedas... rasanya ok jgk.. tapi bg sesiapa yg x makan makanan mentah aku x galakkn.. takut tak lalu.. kl kat semenanjung rasanya spt air asam yang dimakan bersama nasi tomato...
aku x smpt nk snap pic umai yg aku makan... sbb kejar masa artu...

waktu bersmbang dengan penduduk tempatan ada yang mencadangkan kami utk mncuba ayam pansoh.. iaitu makanan org iban... namun tak jumpa... coz ia selalu di hidangkan sms musim perayaan...


sekian , wasallam


No comments:

Post a Comment